LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, June 1, 2010

Chinese Muslim Restaurant.

Salam dan selamat sejahtera.Pasti ramai dikalangan kita yang gemar makan chinese food.Sebagai seorang muslim semestinya kita kena berhati-hati memilih kedai yang diyakini halal untuk di kunjungi.Untuk memasak sendiri pulak tentunya tak ramai yang mahir atau tahu. Beberapa hari yang lepas suami mengajak cm ke kedai makan yang dimiliki oleh seorang chinese muslim kenalannya yang bertempat di Bandar Baru Bangi.Sebenarnya suami cm ni tak suka makan dikedai tapi kali ini katanya nak lihat kedai tu.....Bila sampai ke sana..wah..ramainya orang...rasa seperti dimajlis kenduri kahwin pulak.Tingkat bawah memang penuh dan kami naik ke tingkat atas.Alhamdulillah ada satu meja kosong.Ramai betul pengunjungnya.....kami hanya memesan 2 pinggan nasi goreng ,teh cina dan teh bunga.Nak order menu lain kami tak larat nak makan jadi pasti kami akan datang sekali lagi dengan anak-anak:) untuk rasa makanannya yang lain.Nasi gorengnya ok..sedap.... Jom kita layan gambar-gambar yang sempat cm ambil....n3 ni ditujukan khas buat anakanda ku Atiqa & Johann...hehe balik nanti bolehlah balas dendam....dan Happy birthday to Jo...semoga sihat walafiat selalu:)

12 comments:

  1. Ehh begitu popular sekali..mungkin saya pulang and buka restaurant Chinese Halal sahaja hehe..

    ReplyDelete
  2. Dear Tummy..Idea yang bagus sekali..makcik & pakcik akan jadi pelanggan tetap :)

    ReplyDelete
  3. Hehe terima kasih! Mesti order banyak-banyak tau? :)

    ReplyDelete
  4. salam auntie,
    kat mana restoran ni? BBB seksyen mana? teringin nak try.. :)

    ReplyDelete
  5. We went to a Chinese Muslim restaurant too yesterday. It's none other than Amy Search's! Cheng HO! ;)

    ReplyDelete
  6. Salam cm

    Nampak memang sedap nasi gorengnya.Dekat Taman Melawati pun ada satu,ramai pelanggannya.

    ReplyDelete
  7. dear tummy...jangan risau..pasti order banyak-banyak..pasti akan jadi gemuk:)

    ReplyDelete
  8. salam Wan.. dekat dengan Billion pkns..dekat dengan yatie percik BBB...tapi kena sabar jika tak ada meja..orang sentiasa penuh,

    ReplyDelete
  9. salam Zai..ramai yang gemar makan masakan cina yang halal sekarang ni.

    ReplyDelete
  10. Hi love..hehe Amy search Rocker tu?

    ReplyDelete
  11. hari tuh saya pergi belum bukak lagi, so singgah makan kat sajian wadihana instead, pun sedap jugakk ader curu udang, ubi goreng pekena dengan kopi o panas lepas keje..simply marvellous

    ReplyDelete
  12. salam ana..cm pun teringin nak singgah kat wadihana tu..nanati sebelah kedai mohd chan tu ada kedai bake with yen:)

    ReplyDelete