LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, June 20, 2010

Ayam Percik

Sudah beberapa hari anak lelaki cm yang kecik ni tak ada selera makan.Bila ajak makan katanya tak selera.Jadi tengahari tadi cm masak ayam percik kegemarannya.Bila beritahu nak guna dapur arang terus nampak ceria..hehe bukan apa ni..nak main api....Jom kita lihat bahan-bahan ayam percik kali ini.

Bahan-bahannya:

3 ketul ayam(satu ekor ayam dipotong 4 dan ambil 3 ketul)
2 inci halia*
1 tsp garam*
2 ulas bawang putih*
*Tumbuk hingga hancur untuk perap ayam.

Kuah percik:
1 1/2 cawan santan pekat
1 tbsp tepung jagung
6 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai-ketuk
1 keping asam gelugur
3 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
1 tsp serbuk kunyit
6 biji cili kering

Cara-caranya:
Tumbuk halia,bawang putih dan garam hingga lumat.lumurkan pada ayam dan perap sekejap.Kemudian rebus ayam dengan 2 cawan air hingga separuh masak( jika mahu kuah lebih boleh tambahkan lagi air rebusan) .Toskan...Tips dari kak yam=katanya lebih sedap jika ayam direbus separuh masak dengan santan cair,serai diketuk selain dari halia dan bawang putih.terima kasih kak yam saya pasti akan cuba tips ni bila nak masak ayam percik nanti:)

Untuk kuah:
  • Kisar cili kering,bawang merah,bawang putih dan halia hingga hancur.
  • Bancuhkan bahan kisar diatas dengan santan pekat dan air rebusan ayam hingga sebati.
  • Masukkan kedalam periuh dan masukkan serai dan asam keping. Didihkan atas api sekejap.Jangan sampai pecah minyak.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung,gula dan garam.
  • Angkat dan ketepikan.
Sementara itu panggang ayam hingga masak.Curahkan sedikit kuah dan panggang lagi sehingga kuah percik mesra dengan ayam.Balik-balikkan ayam dan sapukan kuah hingga betul-betul melekat pada ayam.Angkat dan hidangkan.Tuangkan lebihan kuah percik tadi keatas ayam.Tapi pastikan kuah percik tadi dipanaskan hingga betul-betul masak sebelum dicurahkan pada ayam untuk mengelakkan dari ianya cepat basi.







Pada sesiapa yang ingin mencuba untuk sos bbq ala cikmanggis silalah guna kuah percik ni..pasti anda akan speechless jugak.

20 comments:

  1. walllaahhhhh! nak cube buatlah! dah ngences nih tgk model tuh geget2 ayam! haiihhhh! tp lg syok klu dpt bakar dgn arang cenggitu kan kak kann.. carik arang dululah!

    ReplyDelete
  2. salam CM..
    jap jap jap..nak sangkut napkin kat leher dulu nie..ya ampon..mmg sedapnya ayam percik nieh..tgk sosej bakar tuh perkena dgn sos cm..lagi lah tangkap leleh..sedapnya ayam percik bakar guna arang..baunya pon wangi sangat..

    ReplyDelete
  3. salam hana..bestnya main masak masak..tapi kan hana ..basah kuyup peluh..panas kena asap..habis kain diampaian bau asap:)tapi berbaloi baloi

    ReplyDelete
  4. salam chemp..ok ok lap dulu mulut tu..amboi meleleh tu hehe..nah cm bagi ayam sepaha nih kihkih

    ReplyDelete
  5. Yumm
    yumm
    yummie...
    Salam bertandang
    moga kita semua
    di berkati Allah
    جزاك اللهُ خيراً‎

    ReplyDelete
  6. salam cm..cuba rebuskan ayam yg telah diperap dgn halia n bawang putih tu dgn santan cair,n serai yg diketuk separuh masak..cuba n rasa perbezaannya..hehe jangan marah kakyam hanya beri cadangan je..

    ReplyDelete
  7. mak aiihh..cikmanggis!!! kita pung dh speechless nih..tu baru tgk ayam tu..lom lagik rasa..mesti melotupss woo!! tpkan kita mmg x pernah lg cuba wat ayam percik sendiri..takut remeh kononnye..hehe!! tu yg makan ayam percik satahun sekali time bulan pose jek! xpe laa..lepas nih leh cuba wat guna resipi cm..mesti sodaap! oh ye..happy father's day gak wat ayah cm ye! kagum sgt saya bila baca pasal wan cikmanggis..of course we shud be proud of our fathers for everything they have done to make living much better for us..sayaang BAH!!

    ReplyDelete
  8. salam zul..cm pun berharap begitu juga persahabatan kerana Allah pasti membawa seribu kebaikan.Jemput makan:)

    ReplyDelete
  9. salam kak yam..terima kasih atas tips kakyam tu.. baru teringat ..rasanya ibu cm pun masak camtu.Makasih:)pasti akan cuba nanti:)

    ReplyDelete
  10. salam pie..rasanya menu ni boleh dimakan..orang diabetik boleh makan:)

    ReplyDelete
  11. salam inahar..apa khabar?guna oven biasa pun ok ..terima kasih ..kami adik beradik sangat bersyukur kerana mempunyai ayahanda yang mempunyai kesedaran yang tinggi tentang pentingnya pelajaran pada anak-anak.Kami sangat bangga jadi anak wan...selamat hari bapa untuk abah ina juga ya:)

    ReplyDelete
  12. salam .....kak CM cyg..hehe
    nak bagi petua niee..jgn mareee..
    selepas kita makan makanan yg dibakar..seharusnya kita makan timun utk menuteralkan semula karbon yg terhasil diatas makanan tsbt..
    itu yg ilah baca suatu masa dulu berkaitan satay..

    ReplyDelete
  13. salam jalilah..terima kasih satu petua yang bagus tu sebab tu la menu sate ada timun kan?terima kasih:)

    ReplyDelete
  14. Salam cm, lapar dibuatnya tengok ayam percik cm, wangi kena bakar dengan arang.

    ReplyDelete
  15. Salam makcik.. nampak dah sembuh tu..main api pulak!
    Dah bookmarked tapi akan cuba masak dalam oven aje.
    Design baru makcik ni bagus!

    ReplyDelete
  16. salam zai.. memang semerbak baunya masa membakar ..dan asap toksah cerita hehe ..saja nak main masak-masak dengan sikecik ni:)

    ReplyDelete
  17. salam sejahtera Tummy..hehe jika dapat main api terus sihat:)..guna oven pun sedap dan cepat.Terima kasih... makcik tukar"langsir" sebab tak lama lagi bulan Ramadhan:)

    ReplyDelete
  18. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.

    Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.

    2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺👍🏻

    3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:


    ▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.

    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.

    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.

    .................................................................

    ▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.

    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
    ..................................................................

    ▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.

    Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.

    ...............................................................


    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete