LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, May 3, 2010

Nasi ayam goreng

Daging ayam ni sangat lembut dan juicy dan nasinya sangat sedap.Resepi asalnya cm dapat kat SINI tapi terpaksa ubah suai dengan apa yang ada dalam peti sejuk.Cubalah pasti anda akan suka.Terima kasih pada Tummy atas resepi asalnya. Maaf lah sebab dah mengubah resepi asalnya ..maaf banyak-banyak. Cm belum puas lagi mencuba resepi-resepi didalam blog beliau.Terutamanya Thai recipes mungkin sebab kami sangat suka makanan Thai but minus cili or less cili:) Cm gantikan santan dengan susu cair Ayam diperap dengan sedikit serbuk kunyit garam dan serbuk kari.Goreng hingga garing Gaul beras hingga mesra Bahan-bahannya: 1 sudu rempah kari 1 inci halia-tumbuk kasar 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar 1/2 labu bawang besar-potong dadu 2 inci kulit kayu manis 2 biji buah pelaga 3 kuntum bunga lawang 1/2 cawan susu cair sedikit kiub yam garam lada hitam daun ketumbar 2 cawan beras basmathi-cuci toskan Cara-caranya:
  • Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
  • Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  • Tuangkan susu cair dan 5 cawan air.
  • susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.
Salad apple hijau & merah Udang goreng kunyit

21 comments:

  1. Salam makcik..minggu ni saya pula yang akan cuba resipi makcik. Dah beli bahan bahan untuk laksam :)

    ReplyDelete
  2. ya ke tummy?selamat mencuba ya..makcik sedang cari mee kerinting tu untuk masak mee hakka tapi masih belum jumpa..sungguh kecewa:(

    ReplyDelete
  3. salam cm..sedap tul nampak ayam tu.. kalau ayam tu lembut lembik ggitu lagi suka..bleh try gak la resepi dari tummy ni..copi ek..thanks

    ReplyDelete
  4. salam CM....
    kna cuba nie..
    sbenarnya dah lama cari resepi nie..

    tqvm...

    ReplyDelete
  5. semua nampak sedapnya, very special way of nasi goreng ayam, I must try this soon. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  6. salam kak.. dtg memalam nih terus lapauuu! nak wat gak lah nasik nih! nmpk sonang jaa! anak2 mesti suker! kopi er kak! thanx xo xo xooo..

    ReplyDelete
  7. Salam cm

    Next gathering nasi ayam goreng pula.Macamana nak kuruskan badan cm masak sedap2 saya pula jadi pengikutnya hihihik....

    ReplyDelete
  8. Salam CM, nampak sedaplah nasi ni...harus di cuba ni..thanks..

    ReplyDelete
  9. Salam CM,

    dari jauh dah nampak menyelerakan...mesti masuk list ni..hihi.

    ReplyDelete
  10. salam kak
    teringat, angat teringat, dan sangat, sangat ,sangattttt teringat masakan mak saya. Nasi ayam mak saya buat mmg sangat sedap..

    ReplyDelete
  11. salam izahdaut..cuba lah try insyallah berbaloi-baloi sebab anak suka sangat:)

    ReplyDelete
  12. salam chemp..cuba lah chemp.Resepi asal kat 3 hungry tummies blogspot.

    ReplyDelete
  13. hai Sonia thank you kerana singgah..cubalah hasinya sangat memuaskan:)

    ReplyDelete
  14. salam Hamsini..terima kasih:)

    ReplyDelete
  15. salam hana..silakan..silakan..hehe

    ReplyDelete
  16. salam zai..hehe tula pasai tak kurus-kurus ni..dah berlari keliling padang nih:)

    ReplyDelete
  17. salam Nuridah..masuk jangan tak masuk listnya.hehe terima kasih

    ReplyDelete
  18. salam Zam..pastinya zam merindui masakan ibu tambahan bila berjauhan begini kan?..take care

    ReplyDelete
  19. kakkkkkk...kita dah try respi nasik ni..tengkiu sooo much..ayam dia soft jek..sedap2. nnti akak masak sedap2 lagik, kita tiru yek..hehehhe

    ReplyDelete