LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, May 17, 2010

Lemon chicken & Tom yum

Bahan-bahannya:)

500gm isi ayam
1 biji jus lemon
 1/2 cawan tepung ubi

 Bahan perap:

 3/4 tsp garam
3/4 tsp gula
1 tsp minyak bijan
1/2 tsp serbuk lada putih
 2 tbsp tepung jagung
1 biji telur
 Sosnya:
 250 ml chicken stock.
 1/2 tsp garam.
 2 tbsp gula
1/2 tbsp sos worchestershire.
1 tbsp jus lemon.

 Pemekat:
1/2 tbsp tepung jagung
1/2 tbsp tepung kastad.
 2 tbsp air.

Cara-caranya:

 Perap ayam dengan lemon jus,tepung jagung,garam,gula,minyak bijan,lada putih selama 3-4 jam .Atau simpan dalam peti sejuk semalam. Gaulkan ayam dengan telur hingga rata dan golek atas tepung ubi hingga sekata.Goreng hingga garing.Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Masukkan bahan-bahan sos dan masak hingga mendidih.Kemudian masukkan bahan-bahan pemekat.Tuangkan ke atas ayam goreng tadi.Atau masukkan ayam kedalam sos dan gaul hingga rata.Hidangkan ketika masih panas. Resepi asalnya cm ambil DISINI. Ini pulak tom yum paste yang di hadiahkan oleh anakanda IKA dari Bangkok.Sebenarnya cm tak sampai hati nak guna paste ni..bukan apa terasa sangat nostalgia...terharu..tak sampai hati nak guna tapi takut dia expired jadi hari ni cm masak tom yam.....sedap betul.Cm tambah kuah agak lebih sebab ada orang tak boleh makan pedas kat rumah ni:).Terima kasih Ika:) Inilah rupa tom Yum kuah banyak tu hehe tapi tetap sedap:)

22 comments:

  1. salam ibundaku yg terecinta, meh lah antar ayam tu dgn tom yum sedap tu, ;-) mekaseh sudi guna, kalau tak sedap tak pe kita tak kisah sbb bukan kita yg buat hihihi....

    ReplyDelete
  2. baru jer masuk tadi alih2 dah ada rsepi baru cam sedap jer nie kena try test..tomyam konfirm sedap sb dari negara tomyam ha3...

    ReplyDelete
  3. salam ika..hehe sedap sangat.Selama ni cm simpan dalam peti ais sayang nak guna :)..bonda tak berani nak g hantar kat bangkok..takut si baju merah tu hehe ika mai sini lah:)..terima kasih banyak2:)

    ReplyDelete
  4. salam aroha mizwa..tom yam memang kaw2 sebab siam mari hehe .Ayam pun boleh tahan..cuba lah:)

    ReplyDelete
  5. aduhai kakkk.. dah terasa kat tekak kesedapan ayam tuh yang masam2 manis! nak wat gak lah!!

    ReplyDelete
  6. saloam cm..tom yam dengan lemon chicken..satu pasangan yg ideal..hehehe...terliur ayam tu..macam terasa masam manisnya..

    ReplyDelete
  7. salam hana..buat lah hana..anak-anak memang suka ayam tanpa tulang ni..goreng garing-garing dulu:)

    ReplyDelete
  8. salam CM...apa kabar, harap sihat2 ya. lama rasanya xjalan2 ke sini. tup2 ada lauk sedap lak tu,mintak sikit bole ker CM..hehehe

    ReplyDelete
  9. salam dan selamat petang kak yam..sedap tapi kena picit lada burung baru rasa pedas kat tom yum tu..lagi pedas lagi sedap:).beruntung kak yam tinggal kat kb..kedai tom yum merata-rata dan ori dari Thai kan?

    ReplyDelete
  10. salam C.T Delima..wah lamanya kita tak "jumpa"..alhamdulillah cm sihat .Harap C.T pun sihat juga.Masak apa petang ni?jap lagi kita singgah ziarah ke rumah C.T ya:)..jangan lupa panaskan air..kita suka minum teh o tanpa gula ya hehe

    ReplyDelete
  11. umphh umphhh...sedapnya tengok...yumyum, bagi sikit cik..hihi

    ReplyDelete
  12. salam CM...ishhh..berselera tgk lemon chicken & tomyum tu...especially the cik tom tu hirup panas2, pedas2 suker...:)

    ReplyDelete
  13. salam cm..issshh...kecusss air liur tengok ayam tu..mesti rasa cam masam ada..manis..eh smua adakan..plak2 aroma tomyam negara tomyam.peehh

    ReplyDelete
  14. salam yat..I kena tambah extra cili api dalam tom Yum tu..kasi picit-picit..sedap yatt!!

    ReplyDelete
  15. wow deve essere buonissimo! ciao!

    ReplyDelete
  16. Salam makcik..dah lama tak masak lemon chicken ni, nampak begitu sedap sekali. Malam ni saya yang masak masakan Thai pulak hehe

    ReplyDelete
  17. My dear tummy...makcik selalu menunggu masakan Thai dari Tummy..pasti menyelerakan...dan unik:)

    ReplyDelete
  18. salam izah...rempah tom yum dari Ika bangkok ni memang sedap,susah nak dapat kat Malaysia...ayam lemon tu kegemaran anak bongsu cm..selamat mencuba Izah:)

    ReplyDelete