LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, May 14, 2010

Lemon butter cake

Salam dan selamat malam.Cm seperti "gila" buat kek..tak boleh nak stop sampai Angah dah bising..mom please!!this is not healthy camana nak kurus ni?........ok..ok..ini last mama masak kek buat sementara ni:) bila lihat kawan-kawan bloggers baking kek rasa suka sangat dan ingin mencubanya. Resepi asal untuk kek lemon ni cm ambil kat blog nasi lemak lover.Terima kasih Sonia.Ini adalah salah satu resepi kek butter yang terbaik yang pernah cm cuba.Sangat gebu dan kurang manis.Bila disiram dengan lemon glaze diatasnya sungguh sedap.Rasa masam dan manis jus lemon tu sungguh ngam dengan kek butter ni dan bau parutan kulit lemon pula membangkitkan rasa segar kek tu:)Mengikut kata Sonia dalam blognya ,jika kek ini disimpan semalaman baru sedap.

 Ok mari kita lihat resepinya:)

 250 gm butter-cm guna pure butter.
 200 gm gula halus.
 2 biji lemon parut kulinya
 4 biji telur grade

 A
 280 gm tepung kek-ayak dengan baking powder.
 2 tsp double action baking powder.
 4 tbsp freh milk.

 Lemon glaze:

 8 tbsp gula
2 biji lemon jus
 2 biji parutan kulit lemon.

 Cara-caranya:
  • Pukul butter dengan gula halus hingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang dan kental.
  • Kemudian baru masukkan tepung gandum,parutan kulit lemon dan susu.
  • Gaul hingga rata.
  • Masukkan adunan kek kedalam tin springfoam berukuran 8 inci.
  • Bakar hingga masak.Sementara menunggu kek masak bolehlah sediakan lemon glaze.
  • Campurkan gula.parutan kulit lemon dan jus lemon dalam periuk.
  • Panaskan atas api dan kacau hingga gula hancur.
  • Keluarkan kek yang telah masak dari oven dan cucuk-cucukkan kek dengan lidi.
  • Tuangkan lemon glaze keatas kek semasa kek masih panas.Biarkan kek semalam baru dipotong.

7 comments:

  1. Haha jogging sahajalah besok harinya... kalau terlalu risau sama apa yang healthy apa yang tidak, hilanglah keseronokan hidupni, benarkan makcik? :)

    ReplyDelete
  2. Salam cikmanggis

    Tukang masak tak semestinya kuat makan so teruskan aje aktivity masak-masak.

    Adik dah sihat? boleh main bola tentu kawan2 dah tunggu kat padang..

    ReplyDelete
  3. hai tummy..selamat petang..terima kasih sebab backing makcik hehe..betul..betul dan sangat betul..jika asyik cakap itu sihat ini tak sihat..hilanglah seronok hidup ini:)pstt pstt..dorang semua keluar petang ini...i,m home alone bolehlah masak kek lagi hahaha

    ReplyDelete
  4. salam zai..terima kasih zai..alhamdulillah dah sihat lepas ambil gas.dah keluar dengan angah tengok wayang hehe.Betul tu,tukang masak makan sikit je..rasa rasa je:)

    ReplyDelete
  5. my mom and sisters also love this butter cake, masam and manis, good combination!

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Sonia sebab share recipe kek yang sangat enak ini.My husband sangat suka kek ini:).Thanks to You:)

    ReplyDelete
  7. Bestnya thank you sebab sharekan.. nanti boleh try ni.

    Jom singgah blog saya untuk mendapatkan info kecantikan dan kesihatan.Penawar perokok tegar.

    http://dorajimi.blogspot.com/

    ReplyDelete