LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, April 25, 2010

Khao Phat Kaphrau @Thai fried Rice With Holy Basil

Holy basil atau kemangi Daun selasih Salam dan selamat malam.Dah lama tak masak rindu rasanya kat kuali besi di dapur tu hehe.Beberapa hari yang lepas dah minta izin dengan Tummy nak masuk dapur dia,nak cari resepi dan jumpa resepi nasi goreng thai ni.Semasa singgah di pasar chow kit hari ahad lalu cm beli bahan-bahan nak buat nasi goreng ni.selama ini cm dah salah faham dengan 2 jenis pokok herba iaitu daun kemangin dan daun selasih.Bila penjual tu terangkan pada cm baru lah tahu selama ini cm sangka daun selasih tu adalah daun kemangin. Ok mari kita lihat bahan-bahan untuk masak nasi goreng thai :) 1 cawan nasi sejuk jika nasi panas sejukkan dulu dan masuk dalam peti sejuk jap 1/4 labu bawang besar-potong nipis 2 ulas bawang putih-cincang halus 2 biji cili api -ketuk leper 1/2 biji cili hijau-cincang cili merah yang dipotong secukupnya daun kemangin secukupnya udang isi ayam sayur kailan secukupnya kicap sos tiram sos ikan lada putih 1 biji telur Cara-caranya:)
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
  • Tumiskan bahan-bahan yang dicincang tadi hingga wangi-cm guna kuali besi dan api yang besar sebab nak tiru orang masak kat warung hehe
  • Masukkan udang serta isi ayam.Kacau rata dan masukkan semua sos dan lada putih.
  • Kemudian masukkan nasi dan kacau hingga mesra.
  • Pecahkan sebiji telur dan gaul rata.
  • Masukkan kailan dan daun kemangin. Gaul hingga rata dan angkat:)
Terima kasih kat 3 hungry Tummies atas resepinya yang sungguh enak sekali.Selama ini cm hanya makan daun-daun ni sebagai ulam saja tapi bila dijadikan bahan didalam nasi goreng ianya membangkitkan aroma dan rasa yang sungguh berbeza.

10 comments:

  1. salam cikmanggis..waduh kita br balik keje nih..bila nmpak nasi goreng thai nih..terus lapor..td kt klinik mamam maggi mamak jek..huhuu!

    ReplyDelete
  2. salam makcik,
    tengok gambar pertama yg ats sekali tu boleh tahan lagi, tapi bile scroll ke bawah, fuhh yg kedua tu,,,,kene amek sapu tangan wat lap mulut... ni klu tenung lama2

    ReplyDelete
  3. Salam makcik..... dah miss masakan makcik tapi ni resipi saya pula :)
    Tapi terus gembira cuka hehe. Besok masak mee Hakka untuk makcik!

    ReplyDelete
  4. salam cm

    saya pun tak berapa kenal bab daun2 ni macam sama aje.

    Macam sedap aje nasi goreng tu...

    ReplyDelete
  5. salam kak..mintak maap kiter tag akak! tapi kalau akak sibuk, tk wat pong tkpe.. 'aiman tak kesahh..' hihihi

    ReplyDelete
  6. salam inahar..malam ni kerja malam lagi ke ?maaf la cm tak sempat nak visit blog inahar hari ni..bizi sangat,sekarang baru dapat mengadap laptop:) pssttt sedap betul nasi goreng thai ala Tummy ni..cuba lah tapi mesti ada holy basil....

    ReplyDelete
  7. salam zam..apa khabar hari ni?sakura masih berkembang..nnt zam masak nasi goreng sendiri..senang je:)

    ReplyDelete
  8. hi Tummy..thanks ya..resepi ni memang sedap sangat sesuai dengan selera makcik...ok makcik tunggu mee hakka besok...jangan lupa:)

    ReplyDelete
  9. salam tun..eh sedap betul nasi goreng ni(hehe puji diri sendiri:)..cuba lah tun..

    ReplyDelete
  10. salam hana..alamak kita kena tag ke?jap jap akak g tengok..kalu senang oraitt gak sekali sekala kena tag:)

    ReplyDelete