LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, March 10, 2010

Menu untuk cuaca panas

Hilangkan dahaga dengan segelas ice green tea Makan dengan nasi panas..hmmm sedap Sup bebola ikan tenggiri & labu air Bahan-bahannya:) 3 keping ikan tenggiri 1 biji labu air (kecil) 1 ketul kiub pati ikan bilis 1/2 tsp lada sulah 4 cawan air sedikit garam 5 tbsp tepung jagung sedikit daun bawang 1 inci halia muda 3 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah Cara-caranya:)
  • Asingkan isi ikan dari tulangnya.
  • Masakkan 4 cawan air dengan tulang dan kulit ikan tenggiri.Tapis
  • Isi ikan ditumbuk bersama kiub ikan bilis dan bawang putih hingga lumat..Masukkan lada sulah.
  • Gaulkan isi ikan bersama tepung jagung hingga sebati
  • bulat-bulatkan.Masukkan dalam sup yang mendidih.
  • Labu di potong dadu.Masukkan ke dalam sup tadi.
  • Letak kan garam secukup rasa.Kecilkan api.
  • Mayang bawang merah dan halia nipis-nipis.Tumis dengan sedikit minyak jagung sehingga garing.Masukkan kedalam sup bebola ikan tadi.siap untuk dihidangkan dengan potongan daun bawang.
Salam kembali dipetang rabu yang hangat ni :) dalam cuaca yang sangat panas begini kita kena hati-hati memilih menu untuk anak-anak dan orang yang kita sayangi.Jangan pilih menu yang sangat berminyak,pedas atau berempah.Eloknya makanan yang berasaskan sup dan ada unsur-unsur yang menyejukkan badan.Begitu juga dengan minuman.Elakkan dari minum an yang terlampau manis atau berkarbonat.Memang sedap bila dapat minum air coca cola tapi awas kandungan gulanya sangat tinggi.Maaf la cikmanggis membebel pulak hari ni.Jom lihat resepi makan tengahari cm tadi:)

7 comments:

  1. tak tau dah nak mkn apa skarang..tekak sentiasa kering..air mineral tak lalu nk minum..terpaksa mkn byk buah-buahan supaya tak dehydrate..ni dtg rumah makcik nk minta sup bebola sikit..boleh? ;)

    ReplyDelete
  2. hmm dah nak summer ni, bole ah buat.

    ReplyDelete
  3. salam achik..sabar ya..mengandung anak sulong mmg perit sikit tapi seronok kan..pengalaman yang boleh dikenang hingga hari tua.Banyak berehat.Makan banyak sayur dan buah buahan dan minum banyak air..jika tak dapat telan air kosong..minum fresh jus.

    ReplyDelete
  4. Love..tea sangat sedap..bubuh ais..fuhhh best !!

    ReplyDelete
  5. salam Paij..kat Dubai dah nak summer ke?

    ReplyDelete
  6. cikmanggis: skrg spring, summer start mei, jun. tapi before that lg dah panas.

    ReplyDelete