Monday, August 24, 2009
Majlis berbuka puasa
Semalam MACMA dan Taman desa Resident Association menganjurkan majlis berbuka puasa dan forum Diet and Health di masjid Al Muhsinin Taman Desa Jalan Kelang Lama.MACMA (Persatuan Cina Muslim Malaysia ) juga menjemput penaung baru nya Tun Abdullah dan isteri.Penduduk yang bukan beragama islam juga dijemput hadhir pada majlis tersebut.
Pada mulanya suami cm ingin batalkan niatnya untuk kemajlis berbuka puasa tu kerana kurang sihat tapi entah camana beliau ubah fikiran.Hati cm pun berbelah bahagi tapi selalunya nak buat kebaikan banyak dugaannya.Kami meneruskan hajat berbuka di Masjid Muhsinin Jalan Kelang Lama...walaupun cm ada cakap kat suami agar berbuka puasa kat rumah je sebab hati tak sedap je rasanya...
Selepas solat isyak kami terus balik dan tidak sempat menunaikan solat terawih kerana suami cm rasa tak sihat...bila sampai ke kereta..... yang kami letak agak jauh dari masjid ....,alangkah terperanjatnya kerana kereta kami hanya tinggal 3 tayar,satu lagi dah kena kebas..ya allah,ketika jemaah sedang solat isyak,ada pula "jemaah" lain yang sedang buat"pahala".......seperti biasa suami cm seorang yang sangat tenang,dia ckp Alhamdulillah orang curi satu tayar je,jika dicuri 4 tayar..camana nak balik ni.
Terima kasih pada pakcik yang bersusah payah menolong kami menukar tayar spare tu dan kami bernasib baik kerana si pencuri meninggalkan nuts untuk pasang tayar tu berhampiran kereta ...jika tak camana nak pasang tayar spare.....
Alhamdulillah semuanya selamat dan sekejap lagi nak ke kedai tayar ,nak tukar tayar kereta.Syukur pada Allah ...segala puji pujian padaNya ....padaNya kami memohon perlindungan untuk dunia dan akhirat.....segala apa yang berlaku ni tentu ada rahmat disebaliknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
heee..kesiannye..sapelah punye angkara..Allah bukakanlah pintu taubat padanye supaya org lain taklah susah..kereta jadi beca lah pulak roda tiga..
ReplyDeletedatin..pasang tayar spare..kete kaknah,sib baik ari ni tak sekolah,nak ke kajang sekejap lagi,kena tukar tayar baru,tayar spare sangat kecik
ReplyDeleteSalam cikmanggis...
ReplyDeleteSaya belajar dari Akak dan hubby . Sentiasa berlapang dada dan menerima dengan Redha.
Walau hati berdetik, adakah saya sekuat dan setabah akak ??
Iskk..rasa insaf baca tulisan cikmanggis.. tahle.. saya rasa sebak pulak . huhuhu tq kak .
tq so much !
dugaan di bulan ramadhan. Kalau kat negeri sendiri kena macam tu selalunya kita nak marah aje kan. Tapi kalau kat Mekah, orang amik kita punya kita senyum aje. Macam suami cik manggis la tu. Baik je, walaupun tayar satu dah tak de. Betul jugak kata dia, baik dia amik satu, kalau empat sekaligus lagi payah. Insyaallah, ada rahmat di sebalik tu semua.
ReplyDeletetulah sib bek dia amek 1 tyr jek
ReplyDeletetu sure tgh terdesak sgt..sbb dia kekurangan tayar kot..
dugaan bln pose ni byk2 bersabar...huhuhu
Bulan puasa pun dia buat juga ye. Saya tak sesabar suami CM.
ReplyDelete2 tahun lepas rumah saya kena pecah masuk oleh pencuri. Masa tu saya balik raya haji. Rantai hadiah perkahwinan isteri saya kena curi. Kalau saya dapat pencuri tu, nahas saya kerjakan. Geram betul....
Puasa2 pun ade jugak yg buat perkara tu senonoh tu.. mujur la husband Cmanggis tuh penyabar.... :)
ReplyDeleteLinda...cm dah biasa...suami cm selalu menenangkan keadaan sebab cm ni cepat panik,sorang sangat cool dan sorang lagi gelabah je.Alhamdulillah jika sama-sama gelabah..entahlah..:)
ReplyDeletegerau...dah siap pasang tayar baru petang tadi..alhamdulillah.
ReplyDeleteel..entah lah...siapalah gerangan orangnya,rasanya ramai dah jadi mangsa
ReplyDeleteijan..ujian dibulan puasa ni..sabar je la
ReplyDeleteLEE..sekali ingat ,geram jugak tapi benda dah berlaku,jadikan pengajaran dan ingatan.Dah pese ko anok-anok..demo pakai sport rim,kalu ile gak...teriok la..
ReplyDeletealahaii.. menduga kesabaran betul yer CM..mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku..selamat berpuasa ye CM.. salam..
ReplyDeletemakcik,
ReplyDeletedugaan bulan ramadhan ni~
teruk betul org yang buat keje2 mcm tu~
mamamin..terima kasih.ya la min,sabar je la kan.
ReplyDeletemanje..kena banyak bersabar,tambahan dibulan yang mulia ni
ReplyDelete