LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, May 9, 2009

Terima kasih Angah dan terima kasih Adik.

Hari ni pagi-pagi lagi cikmanggis dah siap masak untuk sarapan.Pukul 10 pagi bertolak keKolej tempat anak lelaki cikmanggis belajar.Angah yang pandu kereta..dah dapat berehat dah..tak jadi pemandu hehe..Kami 4 beranak ingin bersarapan dengan anak lelaki cikmanggis. Minggu exam..jadi kami datang untuk sarapan sama-sama agar hilang sikit stressnya sb ini merupakan final exam...sebelum meneruskan perjuangan seterusnya.kami bawak bekal makanan,kuih ,buah-buahan dan kelengkapan pinggan mangkuk cam nak berkelah rasanya cuma tak bawak khemah je . Petang tadi pulak Angah dan adik bagi kad hari ibu hihi( seronok sangat ni) dan hadiah.Angah tak pernah miss bagi kad ucapan setiap tahun..semasa beliau belajar diluar negara pun kad hari ibu akan tiba tepat pada waktunya..Adik pulak tak pernah lupa membuat kad sendiri untuk cikmanggis...jika kena puji sampai dua kad dibuatnya terima ksih daun keladi ya..terima kasih pada along.qah dan zuhri kerana jadi anak-anak yang baik dan terbaik....cikmanggis tanya suami ..mana kad dari abah..hehe dia cakap hari hari, hari ibu..bukan setahun sekali kihkih..tak romantik langsung.Tapi tahun lepas cikmanggis dapat hadiah yang sangat istimewa darinya..biarlah rahsia :)

2 comments:

  1. Selamat Hari Ibu Cikmanggis.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Ayin..selamat hari ibu untuk Ayin juga ya..

    ReplyDelete