Semalam makan nasi lemak jadi hari ni kena "tolak" kolestrol sikit hehe..jadi cikmanggis masak laksa asam.Pagi-pagi kepasar dan beli apa yang patut.Pukul 10 pagi semua dah siap.Ini dikira sarapan dan makan tengahari sekali.Anak anak perempuan cikmanggis sedang "berdiet" jadi memang elok la menu laksa untuk hari ni.Walau pun semua orang dah tahu resepinya,kita nak tempek jugak...
Bahan-bahannya:)
800 gm ikan kembung
1 bungkus laksa basah
(1 kg)
2 labu bawang besar
7 tangkai cili kering
4 keping asam gelugur
1 inci belacan
2 tangkai daun kesom
1 kuntum bunga kantan
1 biji timun
1 labu bawang besar
5 biji telur rebus
sedikit cili masak dan cili api
daun salad
daun pudina,daun selom
beberapa biji limau kasturi
Cara-caranya:)
Ikan direbus dengan 2 keping asam gelugur dan sedikit garam.Asingkan isinya dari tulang dan ketepikan.(nnt blend dengan air rebusan ikan tadi)
Blend 2 labu bawang besar,belacan dan cili kering sampai hancur.
Masukkan dalam periuk dan masak sampai mendidih.Masukkan daun kesum dan sekuntum bunga kantan(belah dua),masak lagi biar bahan bahan kisar tadi betul betu masak.
Masukkan isi ikan yang dikisar dengan air rebusan tadi.Tambah air ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.Masak sampai mendidih.
Masukkan 2 keping asam gelugur dan rasa garam secukupnya
.Ada orang suka bubuh ajinomoto tapi cikmanggis hanya bubuh garam sahaja
.Untuk ulam-ulamannya,potong nipis timun,daun salad,Telur rebus belah dua,potong cili,limau kasturi dan daun selom dan daun pudina.1 labu bawang besar dipotong bulat.
Rendam laksa sekejap dengan air mendidih atau jirus je dengan meletakkan laksa dalam tapis.Siap untuk dihidangkan.
makcik, manje datang
ReplyDeletenak mintak laksa sikit..
dah lama tak makan nie..
mak asyik masak laksa johor aje..
aduiii...mengidam daku~
Dah habis manje..hari minggu penduduk padat..hehe
ReplyDeletesame la kita hari minggu lepas sarapan laksa, saya buat utk keluarga dan 2 bekas lak anta kat umah ipar2 yg berdekatan ...
ReplyDeleteala..lambat pulak nak merasa laksa makcik..pasni kalau agak2 nak buat laksa, ding dong dlu umah manje..nnt manje bawak bekas siap2 tunggu depan uma makcik...heheheh~
ReplyDelete