Baru siap buat kek untuk hari jadi angah esok!,selamat hari jadi ya semoga sihat walafiat dan berjaya di dunia dan akhirat.Amin!
Terima kasih pada datin el sb memberi tunjuk ajar camana nak buat krim untuk kek ni walaupun melalui "udara" hehe...Terima kasih daun keladi ya!.Cikmanggis guna pakai resepi Alex Goh Banana Chocolate Cake tapi ada ubah suai sikit sikit mengikut cita rasa sendiri.Kek tak dapat dipotong lagi sebab tuan empunya diri belum balik lagi...
Resepinya nanti cikmanggis update kemudian ya ):p
(..ari ni..2.04.09..nak update resepi seperti yang dijanjikan,kek pun telah dipotong :-)
Sponge Cake
Bahan-bahannya:
A_5 biji kuning telor
20 gm gula castor
B_5 putih telur
C_120 gm gula castor
D_120 gm tepung gandum
E_70 gm butter(melted)
F-10 gm serbuk koko(ayak bersama tepung gandum)
- Pukul(A) sampai ringan dan naik
- Pukul(B) sampai betul betul kembang.Campur (C) dan pukul hingga stiff
- Campurkan putih telur yang dipukul tadi kadalam(A) dan kacau rata
- Masukkan (D) dan kacau sampai sebati
- Last sekali tuangkan melted butter yang telah disejukkan pada suhu bilik kedalam adunan diatas dan gaulkan rata.
- Bakar menggunakan bekas kek bulat ukuran 9 inci pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau hingga masak.
untuk krimnya saya gunakan whipped cream iaitu 200gm whipping cream dipukul hingga kembang dan masukkan 90 gm susu segar dan pukul lagi tapi jangan terlebih putar takut dia mengeras dan sukar untuk disapukan pada kek(datin el yang ajar saya buat krim ni..t.q datin)
Untuk coatingnya kita perlukan 400gm chocolate glazing.Saya ikut resepi alex Goh.250 gm dark chocolate(saya guna 300 gm),300 gm whipping cream,30 gm butter,1 tbsp honey.
Cara nak buat glazing ialah dengan panaskan whipping cream dan honey sampai mendidih dan tuangkan kedalam bekas coklat dan kacau sampai coklat hancur baru masukkan butter dan adun sampai sebati.
Untuksiapkan kek coklat banana ni ,potong kek horizontally into 3 layers.Sapukan cream pada permukaan kek bagi lapisan pertama dan susunkan potongan pisang tadi .Letakkan lapisan kedua dan ulangi proses yang sama dan last sekali tutup kek dengan lapisan yang ketiga.Masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
Keluarkan kek dari peti sejuk,sapukan dengan coklat glazing tadi dan hias dengan cream rosette dan potongan pisang diatasnya.Jika ada srawberri,aturkan keatas kek coklat banana agar lebih menarik.
fuiyoh..ada banana choc cake!yummynyee!! kita selalu wat cake nih bila time raya je kak..hehe!selalu diminta oleh iparduai & anak2 sedara belah my hubby..diorang suka giler kek banana chocolate nih!
ReplyDeleteanyway hepi besday wat angah ek!
Terima kasih..dia oncall hari ni!..Takut tak selamat kek dalam peti ais ni...peminat kek dok bukak tutup peti ais dari tadi! hihi...
ReplyDeletecikmanggis tahniah ya ingatkan buat warna putih tapi sangat cantik kek ni..kirim salam kat angah n hepi beday semuga panjang umur murah rezeki n cepat2 makan nasik minyak hehe..
ReplyDeleteselamat ulang tahun angah..moga hidup akan terus diberkati dan dipermudahkan dalam segala apa yang diingini..aminnnn
ReplyDeleteDatin,terima kasih atas tunjuk ajar!
ReplyDeleteAmin!..terima kasih CT Delima,jika angah baca ni,tentu terharu! terima kasih.
ReplyDelete