LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, March 1, 2009

Roti cone ayam

Bahan-bahan untuk roti
A
240 gm tepung roti
60 gm tepung gandum
55 gm gula
5 gm garam
10 gm susu tepung
2tsp yis segera
1/2 tsp bread improver
B
1/2 biji telur
150 ml air sejuk
1/4 tsp cuka
C
30 gm butter
cara-caranya:
Adun A sehingga sebati,tambah B dan uli hingga sebati.Campur C kedalam doh.Terus menguli sehingga memperolehi doh yang lembut dan kenyal.bentukkan menjadi bebola dan tutup dgn plastik selama 15 minit dan sedia untuk di balut pada cone.
bahagikan doh tadi menjadi 40 gm setiap satu.Biarkan selama 10 minit.canaikan bebola doh tadi menjadi jejalur panjang agar dapat di lilit pada acuan cone.letakkan cone-cone yang siap dibalut kedalam dulang pembakar yang disapu dgn sedikit minyak.rehatkan selama 25 minit sebelum dibakar dan sapukan dgn telur.bakar dalam suhu 190 darjah celcius.
Inti ayam:
1/2 dada ayam(rebus dan disiat-siat halus)
sedikit mayonise,garam dan lada hitam
salad,timun dan tomato
(resepi asalnya dari buku The world of bread oleh ALEX GOH)

2 comments:

  1. fuhh..gebu gilos nampaknye roti cone ni..akak..klu kita nk bagi luar roti tu lembut..sapu telur ke sapu susu segar ke atau sapu butter ke?

    ReplyDelete
  2. Gerau, aarrrggh tension tengok.

    ReplyDelete