Lama tak post masakan kerana terlalu sibuk dengan hal keluarga.Hari khamis lepas adalah hari jadi anak sulong cik manggis.Selalunya saya beli je kek kat kedai tapi kali ni rasa nak cuba buat sendiri kek kegemaran anak cikmanggis iatu kek cheese.Cikmanggis gunakan resepi Alex Goh.Cikmanggis belajar cara amali dengan Datin El beberapa tahun yang lalu dan teorinya,tip-tip cara membuatnya cikmanggis belajar dengan Datin El juga tapi pjj...melalui telefon je.Resepi Alex Goh ni jika kita ikut betul-betul insya allah menjadi walaupun cikmanggis "menderhaka"sikit pada resepinya(hehe pinjam kata-kata pujangga cik mat gebu)
Sponge Cake
Bahan-bahannya:
A_5 biji kuning telor
20 gm gula castor
B_5 putih telur
C_120 gm gula castor
D_130 gm tepung gandum
E_70 gm butter(melted)
- Pukul(A) sampai ringan dan naik
- Pukul(B) sampai betul betul kembang.Campur (C) dan pukul hingga stiff
- Campurkan putih telur yang dipukul tadi kadalam(A) dan kacau rata
- Masukkan (D) dan kacau sampai sebati
- Last sekali tuangkan melted butter yang telah disejukkan pada suhu bilik kedalam adunan diatas dan gaulkan rata.
- Bakar menggunakan bekas kek bulat ukuran 9 inci pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau hingga masak.
Untuk bahagian Cream cheesenya pula kita perlukan bahan-bahan seperti berikut:
Bahan-bahannya
A-500 gm cream cheese
80 gm gula
B-300 gm susu segar
70 gm gula
C- 3 biji kuning telur
D-3 tbsp Gelatine
150 gm air(bancuh gelatin hingga sebati)
E-250 whipped cream
F-60 gm coklat masakan(dark chocolate melted)
Cara-caranya:
- Pukul (A) sampai ringan dan licin
- Didihkan( B )dan curahkan kedalam (C) kacau hingga sebati dan tapis.kemudian masak lagi selama 2 minit.
- Masak (D) menggunakan kaedah double boiler sehingga benar-benar larut dan tuangkan kedalam adunan diatas.
- Sejukkan adunan diatas dengan meletakkan bekas adunan tadi diatas ketulan ais dan terus mengacaunya sehingga sejuk.
- Masukkan(E) dan blend rata dan sebati.Ambilkan 200 gm untuk dicampurkan dengan coklat masakan .
- Belah dua kek sponge.Letakkan atas pengalas kek dan guna plastik keras sebagai penahan atau dinding(boleh dapat di kedai kek).
- Tuankang 1/2 adunan cheese dan 3/4 adunan coklat keatas permukaan kek sponge.
- Letakkan sebahagian lagi kek dan tuang adunan selebihnya.Hias permukaan kek tadi dengan adunan coklat mengikut selera masing-masing.
- Masukkan dalam peti ais dan dinginkan selama 3 jam.Keluarkan dan sapu dgn aprikot glaze.
Apabila kek siap dan mencubanya cikmanggis syorkan agar ditanbah dengan sedikit perahan jus lemon dalam adunan cream cheese tu sebab kurang rasa masam cheese,kurang "power".
salam cikmanggis...bestnye nmpak cheesecake ni..kita x pernah try wat cheesecake lg..nnti ingat nk cubala..tp klu rajin laaarr!!hehe..
ReplyDeletewsalam.rindu la kita kat inahar hehe!cuba try buat la..rumit sikit tapi insya Allah jika ikut betul2 resepi dalam buku Alex Goh ni ,menjadi dan "kejadiannya" sgt besar.Puas makan.Tajuk buku tu ialah "Temptation of Chocolate"cara nak hias tu step by step...cuba jgn tak cuba:)
ReplyDeletekak kite pon tak penah wat cheesecake..nnt nk try yg simple dulu..pastu bolela try resepi ni plak..mmg sedap ni..
ReplyDeletemummyalyssa....cuba la..bila dah jd ,seronok sangat.Bila dah boleh buat,asyik nak buat je..jenuh jiran-jiran tolong makan sb kita sendiri dah tak larat nk mkn hehe.Akak rekomen satu buku ni:Penyediaan kek kreatif oleh Alex Goh...insya Allah menjadi.Try baked cheese cake
ReplyDeletewah..cik manggis..so elegan lah kek ni..kalah secret recipe nih!
ReplyDeletehehe terima kasih catlinaFly!...marah secret recipe kat akak nnt!...selamat menimang cahayamata pertama ya,semoga semuanya selamat,ibu selamat dan anak selamat...Insya Allah
ReplyDeleterasa mcm nak buat aje kek ni..mcm sedap aje..
ReplyDeleteSedapnya. Yummmmy. Sedapnya. Jilat jari je la.
ReplyDeletesalam...minta halal ye...rasa nk cuba...sebelum ni dh penah wat cheese cake....memang laris...ramai sungguh peminat cheese cake di rumah ni
ReplyDeletekite amek resepi kat cni..
ReplyDeletebole x???