LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, February 26, 2009

Puding tembikai

Dalam majalah SAJI keluaran ogos 2003 ada resepi puding tembikai.Gambarnya sangat menarik.Tengok je fotonya..hmm..rasa basah kerongkong bayangkan menelan puding tu.ini merupakan percubaan pertama .Dari segi rupa rasanya belum sempurna kerana kecuaian cikmanggis sendiri.Semasa nak buat biji tembikai tu cikmanggis lupa sehingga agar-agar tu mula mengeras dan biji tembikai tidak tenggelam.
Bahan-bahanya:
2 sudu besar agar-agar serbuk
950 ml air
250 gm gula pasir
1 biji putih telur
150 ml santan pekat
3 helai daun pandan
1 sudu besar cincau yg sudah dihiris halus(saiz biji tembikai)
Pewarna merah dan hijau
Air ais secukupnya
Mangkuk bulat saiz buah tembikai
pemukul telur
Cara menyediakannya:
  • Masukkan agar-agar serbuk ,daun pandan dan air kedalam periuk dan jerang sehingga mendidih.
  • kacau sehingga larut dan masukkan santan pekat.kacau hingga rata dan biarkan mendidih sebelum dituangkan kedalam manggkuk bulat dan diletakkan dalam besen berisi air ais agar adunan agar-agar cepat sejuk
  • pukul putih telur sehingga keras dan menjadi putih.bila agar-agar sejuk sedikit baru masukkan putih telur tadi,Guna pemukul telur pukul perlahan lahan sehingga adunan sebati
  • bila adunan separuh beku masukkan sedikit pewarna merah dibahagian tengahnya ,dgn menggunakan garfu kacau dibahagian tengahnya sahaja tanpa menyentuk bahagian tepi dan bawah
  • bila bahagian tepi dan bawah mula keras masukkan cincau yang dihiris tadi untuk jd biji tembikai ,kemudian dinginkan dlm peti ais
  • Bila puding beku sepenuhnya keluarkan dari manggkuk dan terbalikkan.sapukan pewarna hijau untuk jadikan kulit tembikai

6 comments:

  1. waduh cikmanggis..puding tembikai ni mengingatkan saya zaman student di husm k.kerian dulu..klu pi pasar malam ke..mesti beli puding tembikai ni...mmm..nyumnyum!!

    ReplyDelete
  2. percubaan pertama dan terus menjadi.. baguslah tu.. u mmg pandai/rajin memasak.. tq singgah blog kita tue.. have a great weekend ok! adios..

    ReplyDelete
  3. inahar...penah dok kelate ya?usm tu dekat umah cikmanggis,,patutla pandai kecek kelate mek nih hihi

    ReplyDelete
  4. paku pakis...buat bisnis ya..nnt jika cikmanggis nak beli handbag ,cikmanggis cari paku pakis ya..

    ReplyDelete
  5. big mama....sama-sama kasih....have a nice day...

    ReplyDelete