LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, February 9, 2009

Nasi berempah

Semalam masak nasi berempah dan kari dal serta sambal belacan.Masa nak makan baru teringat nak ambil gambar .Takut nasi tu abis cikmanggis cepat-cepat ambil gambarnya.Tak sempat nak "solek" pun..hehe...pucat je rupanya. Bahan-bahan untuk nasi berempah: 4 cawan beras basmathi 5 cawan air 1/2 sudu teh serbuk kayu manis 1/2 sudu teh serbuk buah pala 1/2 sudu teh serbuk jintan putih 2 sudu makan lada hitam biji(tumbuk kasar) 4 ulas bawang putih(ketuk) 2 labu bawang besar(dadu halus) Minyak zaitun. 1 batang daun ketumbar 2 cm kayu manis 3 sudu makan tomato puri 1 ekor ayam (potong 4) Cara-caranya: Rebus ayam dengan serbuk kayu manis,buah pala,jintan putih,1 sudu makan lada hitam,bawang putih dan garam sampai ayam masak.Keluarkan ayam dari periuk,toskan dan goreng ayam dengan minyak zaitun(pan fry) sampai ayam tu agak perang sket. Tumis bawang besar sampai kuning,masukkan kayu manis.Ambil 5 cawan air rebusan ayam tadi,masukkan kedalam tumisan bawang.biar mendidih baru masukkan 4 cawan beras .Masukkan lada hitam,garam dan daun ketumbar serta ayam goreng tadi kedalam periuk nasi.Apabila nasi separuh masak,timbus ayam dengan nasi dan biarkan nasi masak sepenuhnya. Nasi ni sedap dimakan dengan dal dan acar timun serta sambal belacan. (terima kasih ummi Athiyah kerana bg resepi ni pada cikmanggis)

3 comments:

  1. mak ai..meleleh ayaq liuq nengokkan nasi berempah nih..waa seronokla akak ek..anak2 balik cuti..bestnye..kene masak sedap2 nih!

    ReplyDelete
  2. ptg ni hanya tinggal berempat je...tiba tiba jd sunyi.Kak long dah balik muar,anak lelaki tu dah balik kolej....hmmm camni lah bila anak-anak dah besar!Time dorang masih kecik ni guna masa sepenuhnya bersama mereka ya...

    ReplyDelete