LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, February 3, 2009

mee kari

Dah lama tak masak mee kari,terjumpa resepi mee kari yang diberi oleh arwah kak Norlia,sedih rasanya bila terkenangkan orang yang dah tiada.Alfatihah ku sedekahkan buatnya.......Semoga rohnya tergolong dalam kalangan orng-orang mukmin.Amin


Mee karinya sangat sedap.Arwah mmg sangat pandai memasak amat beruntung kerana berpeluang menjadi jirannya.Banyak resepi menarik yng dapat dipelajari darinya.Arwah tidak pernah kedekut dengan ilmu yang dia ada.Terima kasih! Oleh kerana suami cikmanggis tidak boleh makan pedas dan makanan yng banyak santan,resepi asalnya telah diubah suai sedikit.Suami cikmanggis alah pada mee kuning,setiap kali makan mee kuning perutnya tidak selesa jadi cikmanggis gantikan dengan spaghetti.

Resepi asal...bahan.bahannya: 1 peket mee kuning(celur)

2 sudu makan rempah kari daging
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 sudu makan udang kering
5 tangkai cili kering
(semua bahan-bahan diatas kecuali mee dikisar halus)
100 gm isi kerang
100 gm isi ayam
100 gm udang segar
1 paket kecik fishball
2 keping fishcakes
1 paket kecil tahu goreng(tauhu pok)
1 keping tauhu(goreng)
2 tangkai daun kesum
2 batang sawi
1 biji kelapa+
5 cawan air air rebusan kulit udang.
asam jawa,
garam,gula untuk hiasan
4 biji telur rebus
daun bawang dan daun sup
limau kasturi,
cili masak dan cili hijau.
Bawang goreng.

Cara-caranya:

Tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi sampai naik baunya. Masukkan ayam,fish ball,fishcake dan udang kacau rata. Masukkan air rebusan kulit udang dan santan.gaul rata. Biarkan mendidih sekejap,masukkan tauhu pok,daun kesum dan sawi. Bubuh garam dan gula serta air asam jawa.Biarkan mendidih seketika. Hidangkan bersama potongan telur rebus,daun bawang,daun sup dan hirisan Cili hidup dan tauhu goreng serta limau kasturi. Mee kuning cikmanggis gantikan dengan spaghetti,santan hanya digunakan sebanyak 2 sudu makan santan pekat , tidak menggunakan air rebusan kulit udang dan tidak gunakan cili kering.Rempah kari dikurangkan hanya 1 sudu makan je. Kuahnya juga dikurangkan sb takut terlalu cair. Hasilnya boleh tahan tapi resepi asalnya mmg sedap.bau daun kesum tu sangat menyelerakan.

2 comments:

  1. waah..msti rase lbh istimewa sbb ada daun kesom tu yek? nnti nk kena try wat gak ni!

    ReplyDelete
  2. Rasa lain dari yang lain sb bau daun kesom tu,tapi ada kwn akak tak suka bau daun tu jadi dia bubuh daun kari.

    ReplyDelete