LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, February 20, 2009

Jeruk cili padi

Cikmanggis sangat suka tanam cili padi.Walaupun jarang menggunakannya.Pernah dapat 1 kg sekali petikSeronok sangat apabila melihat hasilnya.Selalunya sedekah pada kawan-kawan je.Semasa balik kampung ari tu cikmanggis melihat mak cikmanggis membuat jeruk cili padi.Rupanya taklah susah sangat. Jeruk cili dapat disimpan berbulan-bulan lamanya jika dibuat dengan betul. Cili padi dibuang tangkainya.Cuci bersih dan masukkan kedalam penapis.Biarkan cili betul-betul kering baru digaulkan dengan sedikit garam dan gula.Kemudian masukkan kedalam botol yang kedap udara tapi pastikan botol tu kering.Jika terkena air cili jeruk cepat rosak.Tuangkan cuka kedalam botol cili tadi sehingga menutupi cili dan tutup kemas-kemas. Cili jeruk ni sangat sedap dimakan bersama bihun sup atau makanan bersup...sup ayam,tulang dam mee goreng,baunya sungguh sedap.

4 comments:

  1. cili jeruk ini juga sangat sedap di makan dengan megi mi kan cikmanggis..

    ReplyDelete
  2. mama sy selalu buat jeruk lada cengik(cili padi)ni.. kata nye..kalau takde lada/cili idup utk menumis, leh gak gune lada jeruk ni utk menumis :)

    ReplyDelete
  3. datin...mmg sdp giler makan dgn bihun sup td burrr sendawa hehe

    ReplyDelete
  4. catt...ni cara orang dulu-dulu nak simpan cili sb time tu tak ada peti ais.

    ReplyDelete