LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, February 18, 2009

hadiah dari kampung

Rindu kat kawan-kawan,balik kampung jap tak sempat nak buka komputer ...guna masa sepenuhnya bersama kedua ibu bapa tersayang.Ayah cikmanggis dah uzur,umur 80 tahun dan sakit-sakit.Rasa amat keberatan untuk melangkah pulang ke Kuala Lumpur tapi apakan daya hidup mesti diteruskan disini. Semasa cikmanggis kepasar sempat mengambil gambar untuk dimuatkan disini...sangat nostalgia,banyak yang dah berubah.Kawan-kawan pun dah ramai yang berhijrah mengikut suami masing-masing.Ada yang dah bercucu...dan ada yang dah kembali ke Rahmatullah....Bila melihat kedua ibu bapa,terasa sangat sebak...selalunya dorang berdua akan datang kerumah cikmanggis untuk beberapa malam dan kerumah anak-anak yang lain yang tinggal di sekitar Lembah Kelang ni,tapi sekarang tiada lagi.Kami adik beradik akan bergilir-gilir pulang melawat untuk beberapa hari.Alhamdulillah kerana masih ada adik beradik yang tinggal di kampung.Merekalah yang menjaga kedua ibu bapa yang dah uzur tu. Semasa di Pasar siti Khatijah,rasa sangat teruja dengan pelbagai kuih muih yang dijual disana.Ada kuih yang tak pernah cikmanggis makan puluhan tahun.Tercari-cari makanan seperti jering rebus tapi tak jumpa,mungkin bukan musimnya.Masa ke rumah Ayoh Wang ternampak jering rebus..meleleh air liur!.Cikmanggis sempat juga membeli kain batik sutera dan beberapa helai baju batik untuk abang haji cikmanggis untuk dipakai pada setiap hari khamis.

3 comments:

  1. best nyer hadiah dari kampung nih..
    meleleh2 air liur den...gulp...

    ReplyDelete
  2. err jap..gambar no 2 dan no4 tu ape yea?
    kurang arif laa mata ku ini~

    ReplyDelete
  3. MAnjE..no1:kerabu kaki ayam,2:Asyura,4:ubi keladi rebus.12:Beko...makcik tak sempat nak tulis nama...

    ReplyDelete