LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, January 21, 2009

nasi kerabu


ikan goreng

kacang panjang , daun kesom,daun selom,bunga kantan,daun serai kayu(thai bay leaf),timun dihiris nipis.


serai:serai digunakan untuk sambal kelapa dan budu tumis,

Serai juga boleh dijadikan minuman yang sangat enak,rasailah kesegarannya..
lebih lebih lagi bila diminum pada cuaca panas dan ditambah dengan ketulan ais.cikmanggis memperolehi resepi air serai ni dari Saji,dan telah beberapa kali mencubanya,memang sangat sedap,

Bahan bahan (untuk dua liter air serai)

10 batang serai
250 gm gula batu
2 1/2 liter air

Cara menyediakan:
1. Serai dibelah dua
2.Campurkan serai dengan gula dan masukkan dalam air
3.Jerangkan rebusan ini sehingga setengah jam.Biarkan sejuk
4.Air rebusan serai ini sangat sedap jika di minum sejuk dengan ketulan ais



cili api yang dipetik di laman rumah,fresh

Cili api dikenali juga sebagai lada burung atau cili padi.Sebut saja cili padi kita akan terbayang akan pedasnya ,sehingga ada pepatah melayu mengaitkan dengan cili padi....
contoh,Siapa yang makan cili,dialah yang terasa pedas dan kecil kecil cili padi...

Tidak ramai yang sedar cili mempunyai khasiatnya yang tersendiri,antaranya ialah:

1.Cili dapat mengelakkan kolestrol yang tersumbat pada arteri dan secara tidak langsung dapat menghindarkan serangan jantung .Cili mengambil masa dua hari untuk mengurangkan kolestrol.

2.Cili kaya dengan vitamin A dan C serta kandungan beta karotina.

3.Dapat membantu sistem penghadaman dan mengelakkan dari sembelit.


Bersama ini cikmanggis sertakan resepi sambal belacan yang diwarisi sejak turun temurun oleh ayah cikmanggis

Sambal Belacan Tok Wan

Bahan bahannya

10 biji cili api
6 biji cili masak
40 gm belacan
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 sudu makan cuka
1 labu bawang besar
garam gula secukup rasa


Cara caranya

1.cili dicuci dan dibuang tangkainya
2.Belacan digoreng tanpa minyak atau di bakar sekejap
3.Bawang merah dan bawang putih dibakar hingga masak
4.Bawang besar dipotong bulat
5.Tumbuk cili,bawang bakar dan belacan sampai lumat
6.Bawang besar yang dipotong tadi diramas dengan cuka sampai lembut
dan tapis buang airnya.
7.Gaulkan semua bahan bahan yang telah ditumbuk dengan bawang besar,garam dan gula decukup rasa
8.Siap.....









nasi dimasak bersama dengan air bunga telang(bunga telang direndam dengan
air panas ditapis ambil airnya sahaja)





Tauge adalah bahan yang perlu ada apabila makan nasi kerabu,laksam atau laksa kelantan.Walaupun murah harganya tetapi terdapat banyak khasiat yang ada didalamnya.Tauge boleh dimakan mentah atau dimasak.

Tauge mengandungi vitamin B kompleks dan vitamin A,selain vitamin C dan kaya dengan protein.Protein yang ada dalam tauge adalah sekali ganda jika dibandingkan dengan protein yang ada dalam sebiji telur ayam.

Kandungan niacinnya sama dengan pisang,kandunganThiamin sama dengan buah avocado manakala khasiat riboflavinnya sama dengan epal.kandungan protein dalam cambah cambah tauge berkesan untuk mereka yang mempunyai penyakit anemia.

Rasanya khasiat tauge boleh mengalahkan daging dan buah tomato.Ini di akui sendiri pakar pemakanan dari Universiti Cornell,Amerika Syarikat....(sumber dari majalah SAJI)

Dibawah cikmanggis sertakan resepi masak lemak tauge kegemaran cikmanggis


Bahan bahannya:

300 gm tauge
1 ekor ikan kembung(panggang)
10 biji lada hitam
1 biji cili masak(belah empat)
1rm santan kelapa(campur 2 cawan air)
4 ulas bawang merah
garam dan gula secukup rasa

Cara caranya:

1.Tauge dicuci bersih
2.Tumbukkan bawang merah,lada hitam dan isi ikan kembung sampai lumat
3.Masukkan semua bahan bahan di atas dalam periuk,masak sampai mendidih,angkat dan siap untuk dihidangkan.






BUDU


Resepi cara membuat budu sendiri ni cikmanggis ambil dari blog sofieyya-http://alkiram.net/salam/about,terima kasih sofieyya,dah lama mencarinya dan terima kasih pada penyulawa....


Sukatannya ikut gelas yg digunakan:-Kalau 3 gelas bilis(bilis dibersihkan dan dijemur seharian sebelum diperam) +1 gelas garam..seeloknya garam kasar.
-2,3 keping asam keping dan sedikit saja nise(gula melaka dari kelate)

-air masak secukupnya,biar diparas atas sedikit bahan tadi?.dan sesuai di buat di musim panas sebenarnya sbb petua mak?kena selalu jemurkan panas..supaya bilis senang hancur..dalam tempoh 2-3 bulan dah dapat hasilnya nanti.

Resipi Asal dr Blog http://pakupakis.blogsome.com

BUDU

Bahan-bahannya;

Ikan bilis segar ( sebesar ikan bilis yang dibuat kering tu)
garam
asam keping
gula melaka/manisan

Caranya

1. Ikan bilis dibersihkan dan toskan.
2. Gaulkan bersama garam sehingga rasa kesat di tangan ( menunjukkan garam cukup masinnya)
3. Masukkan beberapa asam keping dan gula melaka. Digaul rata.
4. Masukkan ke dalam botol. Sebelum ditutup botol tersebut taburkan garam terlebih dahulu( bagi mengelakkan lalat bertelur).Tutup botol dengan kemas.
5. Letakkan botol tersebut di tengah panas.
6. Selalu2lah kacau setiap hari sehingga ikan bilis hancur. Paling lama 40 hari boleh dihidangkan

3 comments:

  1. Sedapnya nampak taugeh tu. Fresh betul. Cili tu pun best. Kalau dapat mencili orang lagi best. Tak de lah. Acah aje.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah...terliurnya tengok. Rasa lapar pulak.
    mohon maaf kerana copy gambar serainya di

    http://adzriel.blogspot.com/2011/01/serai-pun-tak-kenal.html

    ReplyDelete