LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, January 29, 2009

couscous

Bhan-bahannya: 2 cawan couscous 2 1/2 cawan air panas mendidih. sedikit garam. Minyak zaitun. Cara-caranya: Masukkan couscous kedalam air panas,campurkan sidikit garam tutup dengan aluminium foil.Biakan sekejap. Bila air tadi kering dan couscous tadi kembang,gaulkan dengan sedikit minyak zaitun.Panaskan minyak dalam kuali(2 sudu makan) masukkan couscous dalam kuali,kacau perlahan lahan sampai couscous tadi kering.Angkat. Bahan-bahan untuk kuahnya: 1 biji buah tomato 1 dahan daun ketumbar. 1 ketul kecil bunga kobis. 1 biji kentang 1/2 batang celery 1 biji terung bulat. 1/2 batang zuccini. 1/2 batang lobak putih. 1/2 batang karot. sedikit lada hitam 1 labu bawang besar. 4 cm kayu manis. 1 sudu teh serbukjintan manis 1 sudu teh serbuk ketumbar 3 ulas bawang putih. 500 gm labu(bahan yang mesti ada) 5 ketul ayam(ambil bahagian yang byk tulang) sos tomato Tomato puri. Garam,gula,lada hitam. Kiub pati ayam(optional) Cara-caranya: 1- Potong semua sayur-sayuran diatas ikut selera masing-masing tetapi jangan terlalu kecil. 2.Bawan besar potong kiub,bawang putih dicincang. 3.Panaskan minyak zaitun,tumiskan bawang besar,kayu manis dan bawang putih sampai naik baunya,masukkan serbuk jintan dan serbuk ketumbar Kacau dan masukkan 3 cawan air sejuk. 4.Bila mendidih baru masukkan ayam dan semua sayur-sayuran serta kentang. 5.Kemudian masukkan 2 sudu besar tomato puri,3 sudu besar sos tomato. 6.Masukkan kiub ayam,gula,garam dan sedikit lada hitam. 7.Biarkan kuah mendidih dan ayam serta sayur-sayuran masak serta kuahnya agak pekat barulah diangkat dari api. Terima kasih pada Puan Syarifah Tamimmah Al.Idrus dari Bukit Antarabangsa kerana memberi resepi ni pada cikmanggis.

1 comment:

  1. wah ! hidangan kuskus buat hamba rasa macam kembara zaman muda dulu dilorong-lorong kota fez, casablanca dan meknes di moroko...secara spiritual atau rohani saja melalui bacaan buku dan ajaran sufiya.

    ReplyDelete