Selamat petang semua :) Cm dah siap masak kuih Tako,satu lagi kuih dari negara jiran.Pertama kali Cm mencuba kuih kegemaran kami sekeluarga.Dulu pernah cuba buat casing /kotak dari daun pandan tetapi gagal kerana Cm main taram je ikut suka sendiri,Ada lobang di tengah-tengahnya serta bentuk yang herot merot :(.
Kali ini Cm belajar dengan berpandukan step by step dari beberapa buah blog Thai.Alhamdulillah berjaya akhirnya walaupun tak berapa cantik.Nak cantik nampak gayanya botak lah pokok pandan kat tepi rumah ni.Terima kasih pada Puan Neo kerana bawakan daun pandan untuk Cm tengahari tadi.Alhamdulillah.Rezeki.
Thanks to Wendy kerana berkongsi resipi kuih Tako ini.Cm selalu singgah ke dapur Wendy jika ingin mencari resipi masakan Cina tetapi kali ini dapat pulak resipi masakan Thai .
Bahan-bahannya:
Lapisan Pandan:
25 gm tepung Hong kwee.
250 ml air perahan daun pandan.
40 gm gula pasir.
3 biji sengkuang Cina-cincang kasar.
Lapisan Santan:
15 gm tepung hong Kwee
125 ml air.
125 ml santan.
Secubit garam.
40 gm gula pasir.
Cara-caranya:
- Sediakan bekas /casing dari daun pandan.Cm bentukkan dengan menggunakan daun pandan yang berukuran 7 inci.Jadi saiz kuih Tako ini agak kecil.
- Satukan semua bahan-bahan untuk adunan pandan ke dalam periuk non stick.Masak dengan api yang perlahan dan hendaklah sentiasa kacau sehingga adunan likat dan berkilat.
- Sudukan ke dalam bekas daun pandan agak-agak 1/2 bahagian.
- Kemudian satukan bahan-bahan bahagian santannya pula.Kacau atas api sehingga pekat dan berkilat,
- Tuangkan ke atas permukaan adunan pandan tadi .Biarkan adunan sejuk baru masukkan ke dalam peti sejuk.
- Siap untuk di hidangkan.
Kali ini sambutan yang diterima sungguh baik,hilang dalam beberapa minit je jadi Insyallah Cm tanda resipi ini untuk Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi :)