LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label sup. Show all posts
Showing posts with label sup. Show all posts

Sunday, September 25, 2016

Cili Api Jeruk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bahan-bahan yang di perlukan...
Cili api.
Garam.
Gula.
Cuka makan.
Botol kaca yang sesuai.


Kali ini  saya ingin berkongsi cara-cara untuk menjeruk cili api agar ia bertahan lama.Selalunya jika kita simpan dalam peti ais dalam tempoh yang lama cili akan reput atau rosak dan jika   kita simpan dalam freezer pun cili akan jadi lebam dan akhirnya rosak juga.Jalan paling selamat adalah dengan di jadikan jeruk.
Saya ada menanam 5 pasu pokok cili api dan semuanya berbuah serentak.Alhamdulillah seronok sangat apabila melihat pokok_pokok itu berbuah dengan lebatnya.Tak habis untuk kegunaan harian kerana kami sekeluarga bukan pemakan cili tegar  jadi saya mengambil keputusan untuk menjeruk lebihan cili api yang saya petik petang tadi agar bertahan lama.


Inilah hasil tuaian petang tadi.Saya cuci bersih dan keringkan betul-betul sebelum di jeruk.

Cili api yang sudah di keringkan airnya tadi perlu di gaul dengan garam serta gula.

Kemudian cili api tadi di isikan kedalam botol yang telah di rendam dengan air mendidih dan keringkan sebelum di gunakan.Akhir sekali tuangkan cuka makan kedalam botol cili sehingga penuh.

Sekarang jeruk cili api kita sudah siap.Dalam masa empat lima hari lagi boleh lah di makan bersama bihun sup,sup tulang ,mee goreng atau apa-apa saja yang di sukai.Ada juga yang makan dengan nasi panas atau dengan ikan pekasam.Selamat mencuba...






Thursday, September 22, 2016

Sup Bebola Ikan

Menu ringkas dan senang untuk dimasak.Jom kita lihat bahan-bahannya.

Bahan-bahannya:)

Bebola ikan.

2 keping ikan tenggiri.
Sedikit serbuk lada sulah.
Garam secukup rasa.
4 tbsp tepung ubi.

Sup.

1/2 biji timun tua buang biji dan potong kiub
1/2 ketul akar teratai.-potong bulat
Beberapa hirisan halia.
2 ulas bawang putih-ketuk.
Sedikit serbuk lada sulah.
Garam secukup rasa.

Bahan-bahan untuk tabur.

Bawang goreng.
Hirisan daun bawang.
Cili api potong(jika suka pedas)
Cara-caranya:)


  • Asingkan isi ikan dari tulang serta kulitnya.
  • Kisar isi ikan dengan food processor sehingga halus.Masukkan garam serta serbuk lada sulah.
  • Kemudian masukkan tepung ubi dan kisar lagi sehingga sebati.
  • Keluarkan dari pengisar dan bulat-bulatkan  mengikut saiz yang di kehendaki.
  • Sementara itu didihkan  air dalam periuk dan rebuskan tulang serta kulit ikan sehingga mendidih.
  • Tapiskan dan ambil air rebusannya.
  • Didihkan sup tadi .Masukkan bebola ikan dan masak sehingga ianya timbul.
  • Kemudian masukkan Timun tua serta akar teratai,hirisan halia,bawang putih ketuk,garam serta lada sulah.
  • Masak sehingga sayur-sayuran itu empuk.
  • Hidangkan bersama taburan bawang goreng serta daun bawang.
  • Jika anda seorang yang suka masakan pedas boleh tambah potongan cili api.Barulah berpeluh-peluh hehe terus sihat jika demam :)

Wednesday, February 19, 2014

Sup Sayur Timun Tua

Sup Timun Tua.

Bahan-bahannya:

1 biji timun tua-belah 4 dan buang bijinya & potong kecil.
4 ulas bawang pitih-ketuk.
70 gm daging-potong kecil.
Sedikit sos tiram.
Sedikit lada sulah.
Sedikit minyak jagung.

Cara-caranya:


  • Panaskan sedikit minyak jagung.Tumis bawang putih sehingga wangi.
  • Masukkan daging.Kacau rata.Tuang kan air secukupnya.Biarkan mendidih dan daging lembut.
  • Masukkan timun,sos tiram serta serbuk lada sulah.Biarkan mendidih sekejap.Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Nasi Beras Perang.

Dalam keadaan cuaca panas sekarang ,makanan bersup menjadi pilihan kami sekeluarga.Sup sayur timun tua ini menjadi kegemaran dan saya akan menyediakan 2 atau tiga kali  seminggu.

Saturday, September 21, 2013

Sup Ayam Kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam kampung (saiz kecil rm 12 sekor)
2 biji buah pear.
1 biji buah apple.
1 biji ubi  kentang.
 1 batang karot.
5-6 biji kurma cina.
2 biji buah tomato.
1/2 batang leek.
1/2 tsp lada sulah.

Cara-caranya:


  • Ayam di buang kulitnya dan di potong mengikut saiz yang di kehendaki.Bersih dan toskan.
  • Apple ,pear,kentang  dan buah tomato di potong empat.
  • Leek di kerat-kerat.
  • Karot di belah dua dan di potong agak besar agar tak hancur semasa di reneh nanti.
  • Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam periuk dengan air yang mencukupi.
  • Masak dengan api yang perlahan sehingga ayam empuk dan kuahnya bertukar menjadi sedikit keruh.
  • Akhir sekali masukkan lada sulah.
  • Sup ayam seperti ini tak perlu letak garam atau perasa lain.Lebih sedap jika di kekalkan dengan  rasa asalnya.





Alhamdulillah kami dah siap makan sup ayam ni  :).Rasanya seakan-akan Stew Ayam .Sesuai untuk yang nak kurangkan berat badan atau yang suka dengan diet yang sihat.Cm sangat suka buah pear dalam sup ni.Sedap ada rasa masam-masam manis.



Thursday, September 5, 2013

Singgang Daging

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Bahan-bahannya:

300 gm daging batang pinang.
4 ulas bawang merah-mayang halus.
2 ulas bawang putih.-mayang halus.
4 hiris lengkuas.(hiris nipis)
3 hiris halia-mayang halus.
1 keping asam gelugur.
1/2 tbsp ketumbar biji-tumbuk kasar.
Air secukupnya.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Daging dicuci bersih dan dihiris nipis.
  • Masukkan daging ke dalam periuk tanah.Isikan dengan  semua bahan-bahan yang di atas.
  • Masak dengan api yang perlahan sehingga daging empuk.Jika perlu tambahkan air sehingga daging betul-betul lembut.
  • Rasakan masin,manis dan masam kuahnya.
Sedap dimakan dengan nasi putih dan jangan lupa "gengnya" iaitu budu atau sambal belacan...Singgang daging jugak sedap dimakan jika dibiarkan semalaman.

Friday, May 18, 2012

Mee Soba And Chive Dumpling.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Dumpling.

Dalam keadaan cuaca  yang agak panas memang sesuai sekali di hidangkan makanan berkuah dan tidak pedas atau berempah.Ini lah salah satu menu kegemaran kami sekeluarga.Terima kasih Ika kerana Cm ambil resepi dumpling dari dapurnya.Tak kenal maka tak cinta...pada mulanya Cm beranggapan sangat sukar untuk membuat kulit dumpling ,tetapi setelah mencubanya,taklah sukar.....

Bahan-bahannya:

Untuk kuilit:

125 gm tepung kanji(wheat starch)
60 gm tepung ubi.
1 cawan air panas.
70 gm tepung ubi.
1/2 cawan air sejuk( ada ais)

Cara-caranya:


  • Satukan 125 gm tepung kanji,60 gm tepung ubi dengan air panas.Kacau hingga rata.
  • Masukkan 70 gm tepung ubi dan air ais.Uli hingga licin.Pada mulanya doh akan lekat di tangan.Jangan risau.Terus uli sehingga doh sebati dan licin.
  • Bahagikan Doh kepada bentuk  bebola kecil(36 buji)
  • Gelekkan hingga nipis dan isikan inti.Buatkan seperti bunjut kerana Cm nak gunakan untuk mee sup sekejap lagi.
  • Kukus sehingga dumpling masak-kulit bertukar menjadi cerah/jernih...ketepikan.Oh ya jangan lupa,sapukan minyak pada bekas untuk kukus dumpling,agar tidak melekat.


Inti:

500 gm daun kucai potong pendek.
15 ekor udang-buang kulit dan cincang.
200 gm daging ayam cincang.
1/2 batang karot-potong kiub kecil.
3 cm halia.cincang.
Sedikit minyak bijan.
Kicap cair.
Sedikit serbuk lada hitam.
Sedikit tepung ubi.
Garam dan gula secukup rasa,

Cara-caranya:


  • Panaskan sedikit minyak jagung.Tumis halia hingga wangi.
  • Masukkan ayam,udang,karot dan daun kucai.kacau hingga rata.
  • Masukkan kicap cair,minyak bijan,lada hitam,garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali bancuh sedikit tepung ubi dengan sedikit air dan curahkan kedalam inti.Gaul rata.Sejukkan  sekejap sebelum digunakan.
Sup.

Bahan-bahan untuk Sup:

2 pokok sayur sawi-potong sederhana .
7-8 ekor udang-potong dua.
200 gm isi ayam.
3 ulas bawang putih-ketuk.
1 ketul kecil halia-ketuk.
1  /2 tsp serbuk lada hitam.
2 tbsp kicap pekat.
Garam dan gula secukup rasa.
Air secukupnya kuah.
Sedikit minyak bijan.
sedikit bancuhan tepung ubi atau jagung.
Sedikit minyak untuk menumis,

Hiasan:

Daun bawang.
Bawang goreng.

1 peket  Mee soba-rebus dan toskan.


Cara-caranya:

  • Panaskan minyak.Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan udang dan isi ayam.Kacau rata.
  • Masukkan air secukupnya.
  • Kemudian masukkan garam,gula,kicap,minyak bijan. dan lada hitam.Seimbangkan rasanya.
  • biarkan mendidih sekejap baru masukkan bancuhan tepung jagung.
  • Akhir sekali masukkan sawi.Matikan api agar sawi tidak terlalu layu.
  • Hidang:masukkan mee soba kedalam mangkuk yang sesuai,letakkan dumpling.curahkan sup.Taburkan potongan daun bawang dan bawang goreng.Siap :)

Monday, October 3, 2011

Macaroni Sup

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Apa khabar kawan kawan Cm yang disayangi :) semoga ceria-ceria selalu ya...beberapa hari tiada posting masak masak...bukan tak masak ya tapi terlalu sibuk hingga tiada masa nak ambik gambar makanan yang dimasak.Bila siap makan baru teringat hehe..Jom lihat menu Cm untuk makan tengahari nanti..dah siap.....sebelum tu nak ucapkan ribuan terima kasih pada sahabat baik Cm Puan Neo kerana banyak membantu,memberi semangat dan motivasi ketika Cm sangat sangat memerlukannya.Allah sajalah yang dapat membalasnya....
Bahan-bahannya:

1/2 ekor sotong potong bulat.(sotong besar ni Cm beli sekor rm8/
6 ekor udang-buang kulit.
1 batang pokok sawi.
1/2 batang celery
3 ulas bawang putih-ketuk
1/2 batang karot-potong bulat.
Sedikit daun sup
1 cawan macaroni
Sedikit bawang goreng.
1 ketul kiub  ayam
 1 tsp serbuk lada hitam.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:

  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga naik baunya.
  • Masukkan 3 cawan air .Biarkan mendidih baru masukkan sotong,udang,kiub ayam,serbuk lada hitam ,garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan macaroni(yg direbus terlebih dahulu).
  • Akhir sekali masukkan sayur sayuran tadi.
  • Hidang bersama potongan daun bawang dan bawang goreng
Nak selitkan gambar si Adik yang teringin nak cuci kaki..katanya kakinya kotor nak suruh  ikan bersihkan.
10 minit =5 rm

Thursday, April 21, 2011

Sup Petola Dengan Telur.

Assalamualaikum & Selamat sejahtera.

 Cm dan suami sangat suka sayur petola.Tak kira masak macamana sekali pun semuanya suka.Kami sekarang tinggal tiga beranak je yang makan kat rumah ni tapi sorang tu takut sayur..bila nampak sayur cam nampak hantu hehe...si adik la tu...
 Ini sayur semalam.Beli sebiji petola rm 2.20 sen.tak tahulah berapa gram.Cm masak sup sayur petola dengan telur.Jika tak ada bahan-bahan rencah lain telur memang menjadi pilihan.

Bahan-bahannya:
1 biji petola-buang kulit dan potong mengikut selera yang anda suka.
4 ulas bawang putih-ketuk
1 tbsb sos tiram-jika perlu boleh tambah lagi.
1/2 tsp serbuk lada hitam(Cm guna lada hitam biji-tumbuk kasar)
1 biji telur-pecahkan dan pukul sikit dengan garfu..
Garam dan gula secukup rasa.
2 1/2 cawan air.
Minyak jagung untuk menumis.
Cara-caranya:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik baunya.
  • Masukkan air,sos tiram,garam,gula dan serbuk lada hitam.Biarkan mendidih.
  • Masukkan telur dan kacau hingga rata.
  • Akhir sekali baru masukkan petola.masak hingga petola agak-agak masak tapi jangan terlalu empuk,Agak-agak bila makan rasa masih ranggup.Siap untuk dihidangkan.

Thursday, March 17, 2011

Spinach & Tomato Sweet Bread

Salam dan selamat sejahtera.Pertama kali lihat roti bayam dan tomato ni terus Cm tanda ..mesti buat sebab dalam peti sejuk ada seikat bayam dan 1/2 tin kecil paste tomato.Bunyinya agak pelik dan bila sebut sayur bayam je anak bongsu Cm mesti "lari' ketakutan.Takut sayur tapi kali ini Cm nak "perangkap' dia hehe.
Maaf lah sebab tak sempat nak ambil gambar dengan sempurna kerana dah ada peminat setia yang ready nak "ngap" je hihi.Bila potong roti yang masih panas ianya senang terburai kerana terlalu lembut:).Atiqa masak sup bayam untuk di makan bersama roti ni.
Tak sangka sikecik ni makan roti bayam dengan sup bayam hehe.Semuanya bayam :)rupanya kena silap mata sikit baru nak makan sayur.Jom lihat apa bahan-bahan untuk roti bayam dan tomato ni:)
Bahan-bahannya:

Untuk Doh Bayam.

300 gm tepung roti.
1/2 tsp garam halus.
2 tbsp minyak jagung.
3 tbsp puree bayam-1 cawan daun bayam dikisar dengan sedikit air.
2 tbsp gula halus.
1 tsp yis
1 biji telur
100 ml susu segar.
Cara-caranya:
Masukkan susu segar kedalam bekas yang sesuai.masukkan telur,gula,garam,yis,minyak jagung,paste bayam,Kacau dengan sudu hingga sebati.Kemudian Tuangkan kedalam tepung dan uli hingga sebati.(Cm guna mesin roti).Uli hingga adunan menjadi doh yang lembut .Biarkan doh naik hingga dua kali ganda saiz asa.Kemudian Tumbuk doh biar keluar angin dan potong 4 bahagian memanjang.Uli biar doh menjadi sepanjang 10 inci panjang.(untuk dipintal dengan doh tomato)

Doh Tomato.
300 gm tepung roti
1/2 tsp garam halus.
2 tbsp minyak jagung.
3 tbsp puree tomato-Cm guna yang dalam tin.
2 tbsp guls halus.
1 tsp yis
100 ml susu segar.
1 biji telur
Cara-caranya:
Lakukan proses yang sama seperti yg di lakukan pada doh bayam tadi.kemudian pintalkan satu bahagian doh tomato dengan doh bayam kemudian lingkarkan agar jadi bentuk bulatan.Aturkan  ke dalam loyang  bulat.Lakukan sehingga habis adunan tadi.Perapkan selama 30 minit.Sapukan dengan telur.Bakar hingga masak.Oh ya jangan lupa sapukan loyang dengan minyak jagung agar roti tidak melekat.

Nota:Terima kasih banyak-banyak pada My little Space kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh menarik dan sangat sihat ini.Untuk melihat cara-cara yang lebih detail sila ke blog my Little Space ya:)..gambar yang lebih menarik dan jelas..Makcikmanggis tak sempat nak ambil gambar semasa dalam proses menguli tadi kerana ketika sedang  menguli azan maghrib sedang bergumandang dari surau dekat rumah Cm ni jadi terkejar-kejar nak   solat maghrib......terus lupa nak ambil gambar:(

Friday, January 7, 2011

Jom Buat Bebola Ikan Sendiri:)

Salam dan selamat sejahtera semua.Cuaca mendung je dua tiga hari ni.Yang paling sedihnya bila tanaman sawi yang baru nak tumbuh habis dihanyutkan hujan.Cabaran...ok lah mari kita sama sama buat fish ball sendiri.Kebersihan terjamin dan yang pentingnya sangat sihat kerana tiada bahan bahan pengawit yang digunakan.Dan pastinya  sangat sedap:)
Pagi tadi semasa ke  pasar ternampak ikan tenggiri ni jadi Cm beli dua keping lebih kurang 800 gm.Bila lihat ikan yang segar begini terus niat nak buat fish ball.anak bongsu cm tak suka makan ikan jadi terpaksa buat fish ball baru dia makan.Anak anak hanya suka makan ayam sahaja.


Bahan-bahan bahan yang diperlukan:
800 gm ikan tenggiri
3 tbsp tepung jagung
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
sudu ceramic  seperti dalam gambar diatas.
Ikan di cuci hingga bersih dan ketepikan tulangnya.Kerukkan isi ikan dengan menggunakan sudu ceramic  ni hingga habis.
Kemudian campurkan isi ikan dengan sedikit garam,lada putih dan tepung jagung.Uli hingga sebati.

Untuk dapatkan fishball  yang kenyal ,adunan ikan tadi hendaklah di uli sehingga berkilat.Caranya agak" brutal" sikit hehe...tumbuk adunan tu kemudian "baling" kedalam mangkuk beberapa kali .Untuk mengelakkan dari adunan melekat ditangan,tangan hendaklah dibasahkan selalu.Jadi sediakan semangkuk air yang bersih.Ulangi peroses yang sama sehingga ianya benar benar sebati dan berkilat.Jika ada rasa tak puas hati nak marahkan seseorang bolehlah lepaskan geram disini..tumbukk baling kemudian tumbukk lagi hehe.
Masukkan tulang dan kulit ikan tenggiri tadi kedalam periuk dengan sukatan air yang mencukupi.Masak hingga mendidih.Masukkan satu ketul kiub ikan bilis.Kemudian bulat-bulatkan adunan ikan tadi dan masukkan kedalan air rebusan.Masak hingga fish ball timbul di permukaan.Siap untuk digunakan samada nak makan terus atau masak dengan sayur atau mee.
Hasilnya... hmm fish ball yang sungguh enak dan kenyal..toing!toing! toing :)
Cm suka masak fish ball ni bersama sayur petola dan suun...Sedappp..selamat mencuba ya:)
** Untuk rujukan sila klik DISINI

Sunday, November 28, 2010

Sup Lima Warna

Salam dan selamat sejahtera.Semasa singgah di blog INI cm rasa sangat tertarik dengan resepi Tateishi Kazu's Miracle Vegetable Soup    .Beberapa hari cm dok baca berulang ulang dan ternyata ianya sungguh menarik minat Cm yang suka mencuba apa apa saja masakan atau resepi baru terutama yang ada kaitan dengan kesihatan.Maklum sajalah Cm ni orang veteran...sebenarnya tak kira veteran atau muda kesihatan amat penting.Kena jaga ya....kesihatan itu harta ya:)
Semasa singgah di Jusco puchong (IOI Mall) Cm beli lobak putih yang masih ada daunnya.(susah nak dapatkan daun lobak putih) Bahan bahan lain dah beli beberapa hari yang lalu...Cendawan, Kobo root,Karot dan Lobak putih tanpa daun.Cm suka dengan nama  Sup Lima Warna kerana lebih senang nak sebut:)..

Merah-karot
Hijau-Daun lobak putih
Putih-lobak putih
Kuning-Kobo root
Hitam-Cendawan Shitake

Apakah khasiat sup ni?sila baca DISINI .Hari ini merupakan hari pertama  jadi masih terlalu awal untuk nak bagi komen tentang kesannya.Insyallah akan Cm beritahu apa yang "terjadi' selepas  ini hehe.

Bahan-bahannya:
225 gm kobo root(Burdock Root)
450 gm lobak putih
225 karot
225 daun karot putih
3 biji cendawan shitake segar-jemur di panas matahari (cm jemur 1 hari)


Cara-caranya:
  • Kobo root,lobak putih,daun lobak putih dan karot dicuci hingga bersih.
  • Jangan dikupas kulit.Potonng seperti gambar diatas.Cendawan di belah -belah.
  • Guna periuk tahan karat .Masukkan 3 kali ganda air daripada sukatan berat sayur sayuran tadi.
  • Masak hingga mendidih.Kemudian kecilkan api dan renehkan selama 2 jam.
  • Sejukkan.Tapiskan dan simpan dalam peti sejuk.
  • Simpan dalam bekas kaca atau bekas tahan karat.
  • Cm minum 3 kali sehari.
Sukat air 3X ganda berat semua sayur sayuran
Guna periuk stainless steel
Masak hingga mendidih dan biarkan atas api yang kecil selama 2 jam

Tapiskan
Sedia untuk diminum.

*** Kepada kawan-kawan yang ingin mencuba sendiri Sup Lima Warna ni sila baca dengan teliti blog INI dan ada di link ke blog yang satu lagi.Penerangan dengan sangat terperinci.Oh ya..rasa sup ini seperti sup lobak putih biasa.Walaupun tiada di bubuh garam atau gula tapi ada rasa manis...cm suka rasanya:)
**** Kobo Root ada dijual di Jaya Jusco,sangat murah satu paket mengandungi  2 batang berukuran 1/2 meter setiap batang dan   harganya 3 rm lebih.