LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label minuman. Show all posts
Showing posts with label minuman. Show all posts

Friday, January 15, 2016

Green Smoothi

Bahan-bahanya:

1 batang celery.
1 biji peria katak.
1 biji epal hijau.
1 hirisan limau nipis.

Cara-caranya:

Bersihkan sayur sayuran serta buah epal.Buang biji peria.Masukkan kedalam mesin pemerah jus.Tuang jus ke dalam bekas yang sesuai.

Campurkan dengan ketulan ais.Siap untuk di minum.
Kepada yang tak tahan rasa pahit boleh campurkan dengan air sejuk....cairkan sedikit.Dapat satu jug kecik.

Alhamdulillah setelah seminggu saya minum jus ini kandungan gula dalam darah saya semakin menurun daripada 6 (puasa) ke 5.5 (tak puasa)


Thursday, September 3, 2015

Minuman Yang Menyegarkan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ada menanam beberapa pasu pokok pudina.Alhamdulillah semuanya hidup subur.Selalunya saya masukkan ke dalam teh O dan minum ketika teh masih panas.Sedap betul ... saya letak sedikit gula ...manis buah kata orang tu kan.

Kali ini saya ubah sikit bahan-bahannya untuk minuman sejuk sesuai sangat dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ini.

Bahan-bahannya:
(Untuk 1 jug saiz sederhana)

Daun pudina secukupnya.
1 biji lemon.
3-4 tbsp madu.
Kiub ais secukupnya.
Cara-caranya:


  • Lemon di potong nipis.Beberapa keping
  • Selebihnya di perah untuk jusnya.
  • Ambil beberapa tangkai daun pudina.Masak dengan 2 gelas air sehingga mendidih.Sejukkan &masukkan 3 -4 tbsp madu dan kacau hingga sebati.
  • Tuangkan air rebusan pudina ke dalam jug dan tambah dengan air sejuk secukupnya &tambah dengan jus lemon.
  • Masukkan daun pudina yang segar serta hirisan buah lemon.
  • Letakkan  kiub ais secukupnya.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Thursday, June 5, 2014

Cendol

Assalamualaikum  dan selamat sejahtera,

Cendol

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung beras.
6 tbsp tepung ubi.
4 helai daun pandan.
5 helai daun pandan serani.
2 tsp air kapur.
6 cawan air.

Ketulan air batu secukupnya.

Cara-caranya:


  • Daun pandan di gunting kecik dan kisar dengan 6 cawan air sehingga hancur.Tapiskan .
  • Satukan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati.Tapiskan.
  • Tuangkan adunan ke dalam periuk yang sesuai dan masak dengan api sederhana.Sentiasa kacau agar adunan tidak berketul ketul.
  • Apabila adunan mula mendidih dan nampak likat perlahankan api.Sentiasa kacau.


  • Kecilkan api dan tutup periuk 3-4 minit.Kemudian kacau lagi sehingga adunan berkilat dan naik wapnya.
  • Bila adunan nampak  seperti  foto di atas ,ianya sedia untuk di masukkan kedalam acuan cendol.Pstt sila abaikan periuk belanga di bahagian belakang tu ya.Cm tak sempat nak kemas sebab waktu berbuka dah dekat tp cendol dalam proses di atas dapur  lagi  hehe.
  • Isikan satu mangkuk air dengan ketulan air batu.Masukkan adunan ke dalam acuan cendul dan tekan perlahan-lahan sehingga selesai.
  • Inilah hasilnya.Jika kawan-kawan ingin mencuba bolehlah guna 1/2 daripada resipi ini ya.Cm harap kawan-kawan dapat beritahu Cm samada berpuas hati atau tidak dengan resipi ini.Nanti dapatlah kita perbaikinya.

Cm suka cendol di campur dengan susu cair dan sirap gula Melaka.Terpulanglah jika ada yang suka campur dengan santan.Sesuaikan dengan selera masing masing.Selamat mencuba ...

Thursday, November 21, 2013

Pandan Chiffon Cake Dan Teh Tarik Kaw Kaw .

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Semalam suami Cm membersihkan pokok-pokok pandan kat tepi rumah yang merimbun dan menjadi sarang nyamuk.Sayang pulak nak buang daun-daun pandan tu jadi Cm kisar dan tapis jusnya untuk di jadikan pandan paste,kena simpan beberapa hari dalam peti sejuk baru dapat hasilnya.sementara yang selebihnya Cm kisar dan ambil jusnya    untuk di gunakan dalam Kek Chiffon pandan ni.Terima kasih My Baking Workshop kerana berkongsi resipi yang sunggu sedap ni.My son cakap Sedap sambil angkat ibu jari hehe.

Bahan-bahannya:

A

4 biji kuning telur.
90 gm gula kastor.
70 ml minyak jagung.
70 ml santan kelapa-Cm guna KARA.
45 ml jus pandan yang pekat.
1/8 tsp garam.
150 gm tepung gandum.-di ayak
1 tsp baking powder.-di ayak.
1 tsp pandan paste.(Tak letak sebab tak ada)

B

4 biji putih telur.
80 gm gula kastor.
1/8 tsp cream of tartar.



C

Loyang Chiffon saiz 6"
(Tak perlu di sapu minyak)



Cara-caranya:


  • Panaskan oven 175 C
  • Satukan semua bahan-bahan A dalam mangkuk yang sesuai.Guna hand whisk dan whisk sehingga sebati.Ketepikan.
  • Pukul B sehingga kembang dan bertanduk.
  • Kaub balik B kedalam A sedikit demi sedikit  sehingga sebati.
  • Tuangkan ke dalan loyang dan bakar sehingga masak.
  • Apabila kek sudah masak terbalikkan loyang dan biarkan kek sejuk baru di keluarkan.
Sekarang ni cuti sekolah jadi  Si adik satu-satunya anak yang ada kat rumah ni ...Layan je seleranya yang nak makan kek Chiffon dan Teh tarik kaw Kaw :)

Jika  ada kawan-kawan yang nak mencuba kesedapan teh tarik ni sila lah KESINI ....Petang ni teh tarik terlebih milo :)....milo tarik hehe.








Thursday, January 17, 2013

Nam Dok Anchan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini  Cm nak perkenalkan satu minuman yang sungguh unik, namanya.Nam Dok Anchan.Minuman kegemaran masyarakat Thai..Oh ya sebelum tu, Cm nak ucapkan terima kasih pada Diana .Setelah membaca tulisan Diana tadi Cm terus masak sirap purple ni kerana simpanan bunga telang agak banyak dalam peti sejuk.Selalunya Cm guna bunga telang untuk masak nasi kerabu dan buat pulut tai tai....wah sungguh menarik warna sirap ni :)

Sejak kebelakangan ini kami ( Cm & Suami ) cuba elak dari mengambil makanan yang mengandungi pewarna tiruan dan bahan  pengawet.Kami banyak menanam sayuran herba sendiri di rumah.Walaupun kawasan untuk tanaman sangat terhad tetapi kami cuba sedaya yang boleh untuk menanam secara organik.Alhamdulillah walaupun tanaman tak banyak tetapi hasilnya berterusan.Bulan ini pokok timun yang kami tanam telah menghasilkan buah yang sungguh lumayan :).....jadi...apabila dapat tahu bunga telang boleh dijadikan bahan minuman ...seronok sekali.Tak perlu lagi guna sirap warna merah tu :)...pokok telang tumbuh merata rata di tepi rumah.

Bahan-bahannya:

6 kuntum bunga telang.
1 biji limau kasturi.
1 helai daun pandan.
Gula secukup rasa.
3 cawan air.
Kiub ais secukupnya.

Cara-caranya:


  • Masak air,bunga telang,gula dan daun pandan hingga mendidih.
  • Tapis dan sejukkan.
  • Tuangkan kedalam bekas yang sesuai.
  • Perahkan jus limau kasturi.
  • Masukkan kiub ais secukupnya.
  • Siap untuk dihidangkan.
Warna asal sirap ini adalah biru tetapi sebaik saja di campurkan dengan jus limau kasturi ianya bertukar menjadi warna ungu dengan serta merta.


Sunday, November 25, 2012

Teh Tarik

Petang-petang begini sedap jika dapat pekena teh tarik dengan karipap goreng.Cm ingin  berkongsi resipi teh tarik yang sungguh enak sekali.....tak perlu ke kedai mamak ya.Anda boleh menikmati teh tarik di rumah bersama-sama   keluarga.

Bahan-bahannya   .(Sumber asal KakZai Greenwood Park)

(untuk satu teko sedang)

4 tbsp serbuk teh Boh.
3 tbsp serbuk teh cap masjid.
2 tbsp serbuk milo.
Secubit garam.
1/3 cawan susu cair)
Susu pekat manis secukup rasa.(Terpulang pada selera masing-masing).
Cara-caranya:


  • Satukan kedua-dua jenis serbuk teh kedalam periuk yang sesuai.Masukkan 4 cawan air dan masak sehingga mendidih.Kecilkan api dan biarkan serbuk teh betul-betul kembang.
  • Tapiskan kedalam teko yang sesuai.
  • Masukkan susu cair,milo,garam dan susu pekat manis .
  • Kacau hingga rata.Tuangkan  air panas mendidih jika bancuhan agak  pekat.Tambah mengikut kesesuaian selera masing-masing.
  • Boleh lah lakukan proses "menarik" teh ke dalam gelas yang sesuai....boleh tunjukkan kehebatan masing masing :).....
Pekena teh tarik dengan karipap panas......yum yum....cuba lah:)
Selamat mencuba:)...cuba jangan tak cuba....

Thursday, September 20, 2012

Jus Tiga Rasa




Assalamualaikum dan selamat pagi.Agak lama tak kemaskini blog....tiada alasan yang kukuh atau yang mantap ....hanya tiada semangat....,tiada idea.....,tiada kekuatan untuk masuk dapur & masak  dan ambil gambar seperti biasa....betul- betul tidak bersemangat  :(

Selepas sebulan... bulan Syawal yang penuh dengan acara  makan-makan dan hanya berpuasa selama 6 hari badan semakin 'comel'....apakata hari ini kita minum jus buah-buahan je ya......

Bahan-bahannya:

1 biji mangga-potong dadu dan simpan dalam freezer hingga keras.
2 biji buah kiwi-kupas kulit dan simpan dalam freezer.
1 potong sedang buah tembikai-potong kecil dan simpan dalam freezer.
Cara-caranya:


  • Blend buah mangga hingga hancur dan tuangkan kedalam gelas agak-agak lebih kurang  1/3 gelas
  • .Kemudian blend buah kiwi dan tuangkan keatas jus mangga tadi  
  • Akhir sekali blend buah tembikai dan tuang kedalam gelas yang sama hingga penuh.
  • Siap untuk di minum:)






Thursday, September 8, 2011

Air Daun Mambu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Dua tiga hari ni komputer Cm buat hal..tak tahu lah kenapa.Kejap kejap "pengsan"...bila guna tak sampai 10 minit ianya padam....baru je dibaiki......pagi ni Cm punggah komputer ke dalam bilik yang ada penghawa dingin  baru ok...rupanya komputer ni nak tempat sejuk..bijak bijak:)
Selepas raya ni kita makan macam macam...makanan yang agak "kejam" pada badan kita.Makanan yang manis,lemak dan sebagainya.Terima kasih pada Liza dan suami kerana bersusah payah bawa balik daum mambu ni untuk Cm...terharu sangat.Siap dijemur hingga kering...(.sori gambar kat atas ni tak berapa terang.)seorang rakan baik Cm (Chinese lady) beritahu khasiat meminum air rebusan daun mambu ni.Katanya beliau sekeluarga mengamalkannya.Baik untuk mengawal gula dalam darah  atau dalam kata lain untuk mengelakkan dari penyakit kencing manis....jika dah ada penyakit tu jangan tangguh tangguh lagi kena jumpa doktor ya.........

 Rebus beberapa helai daun mambu hingga mendidih.minum airnya.Untuk pertama kali Cm minum dalan sukatan yang kecil. Rasanya teramatlah pahit.....Sila rujuk disini tentang khasiat daum mambu atau neem.mengikut kata penulisnya badan setiap orang tak sama penerimaannya.Ada yang alah pada sesuatu herba .Jadi mulakan dalam sukatan yang agak kecil dan lihat tindak balasnya.Bulan depan Cm ada temu janji dengan doktor untuk buat pemeriksaan darah.Untuk melihat kandungan gula dan lain lain lagi.Insyallah Cm akan beritahu hasilnya selepas mengamalkan minuman air rebusan daun mambu ni:)


 Kepada kawan-kawan yang ingin mencubanya tunggu keputusan pemeriksaan darah Cm dulu...jika ok boleh lah mencubanya....jika tak ok akan Cm beritahu juga:).......Berhati hati apabila menghadiri rumah terbuka .....makan dengan kadar yang paling minima ...sayangilah diri kita .....jaga kesiatan ya:)
 (Psstt...orang kat Somalia mati sebab tak cukup makan tapi orang kat Malaysia mati akibat terlebih makan..btol tak?)


Sunday, April 17, 2011

Kopi O kaw kaw

Selamat pagi semua!!Alhamdulillah setelah  dok bising bising semalam tak dapat nak sidai kain kerana cuaca redup hari ini Alhamdulillah...matahari bersinar terik walaupun baru pukul sembilan pagi.....dah sarapan ke belum?pagi-pagi selepas solat subuh  Cm masuk ke dapur nak tengok apa yang ada untuk sarapan.Bila buka bungkusan roti  hmmm roti dah expired dah berkulat.Terkenangkan menantu Cm..jika ada Johann roti tak akan berkulat sebab beliau bersarapan dengan roti tiap-tiap pagi.,,,,
Entah kenapa bila lihat sepasang cawan lama kopitiam ni terasa nak minum kopi pulak.Kami sekeluarga agak jarang minum kopi sebab tu kopi disimpan dalam freezer untuk mengelakkan jadi keras seperti batu.Cm minum kopi Muar tapi anak-anak lebih suka minum kopi segera.Semasa bersarapan tadi suami Cm cakap terkenang semasa kanak-kanak dulu beliau keluar bersarapan dengan ayah di kopitiam kat Bentong.Tuang kopi kedalam piring pastu hirup.Katanya sedap betul tetapi kenapa bila lakukan sekarang tak sedap hehe.Zaman kanak-kanak semuanya terasa Indah.makan nasi dengan ikan masin pun sedap tapi bila umur dah 1/2 abad lebih ni selera agak memilih.

Semasa Cm kanak-kanak dulu (48-49 tahun yang lalu) di pasar besar Kota Baharu ada jual belalang goreng.Ohhh sedap sungguh rasanya.Lemak-lemak..lebih sedap dari udang.Tetapi jika sekarang makan belalng goreng boleh termuntah hijau.Begitu juga dengan belut. Cm pernah  beli belut kat Pasar Bentong dan balik masak..semua orang takut nak makan ....
Hari tu masak takoyaki ,Kebetulan  ada lagi lebihan sos takoyaki dalam peti sejuk....dengan bahan-bahan yang serba kekurangan Cm buat satu adunan untuk sarapan.Ok sedap tapi Cm anggapnya sebagai cekodok moden bukan takoyaki:).Banyak bahan yang tak ada.

Minggu depan majlis akad nikah Angah jadi Cm agak sibuk dengan persiapan untuk majlis tersebut.Walaupun majlis diadakan secara kecil-kecilan dan hanya keluarga terdekat je yang hadhir namun kena juga bersiap-siap.Ini merupakan kali kedua Cm adakan majlis akad nikah dirumah jadi perasaan tak seperti yang pertama dulu ketika atiqa kahwin.Kali ini lebih bersedia.Doakan lah agar majlis akan berjalan dengan lancar.Semoga segala urusan sentiasa dipermudahkan olehNya.Selamat berhari minggu.Ceria-ceria selalu.

Thursday, February 24, 2011

Air Barli & Nostalgia

Salam dan selamat sejahtera.Cuaca panas hingga ke malam.Kering kerongkong dan haus rasanya.Sudah beberapa hari anak Cm Atiqa minta Cm masak  air barli... baru hari ini dapat buat.Bukan susah pun masukkan dalam pressure cooker tunggu 20-30  minit dah siap..Kesian lihat "mak buyung" ni hehe.Terkenang zaman dulu dulu semasa hamil anak pertama teringin nak makan macam -macam  tapi tak kesampaian kerana tinggal merantau jauh dari keluarga.

Semua anak anak Cm masuk asrama penuh ketika didalam tingkatan empat.Kemudian masuk kolej Ib 2 tahun sebelum ke Luar negara jadi agak jarang dapat berbual bual atau berdua duaan seperti sekarang ini.Bila habis belajar anak anak terus bekerja ....sibuk memanjang jadi sebelum Atiqa mula bekerja kami ada masa untuk pot pet pot pet .....jap baik ..jap merajuk..jap kecik hati pastu baik balik hehe....ok la.... jom lihat camana nak masak air barli cara cepat:)

1 cawan biji Barli -cap ayam
Air secukupnya.
2 helai daun pandan.
Sedikit gula-agak agak manis buah.
Cara-caranya:
Masukkan kedalam pressure cooker dan masak selama 20-30 minit.Siap untuk diminum panas atau sejuk.
Gambar dulu-dulu......hai lama sungguh gambar-gambar ni.......kebanyakan kawan-kawan dah jadi nenek ....dan ada diantara guru guru ni telah tiada lagi.....al fatihah buat yang telah  pergi buat selama-lamanya.Jasa mu sentiasa dikenang..... Allah sajalah yang dapat membalasnya.

Monday, December 27, 2010

Teh Pudina

Salam dan selamat sejahtera.Daun pudina yang  sungguh segar hasil dari kebun cikmanggis.Sayangnya nak petik tapi jika dipetik insyallah pucuk baru akan tumbuh semoga  akan berkembang biak.Pagi tadi Cm masak teh Pudina kegemaran seisi rumah...hmmmm segarnya :)..terkenang gurauan salah seorang adik lelaki Cm ....katanya...jika tak ada daun pudina bubuh je ubat gigi Colgate dalam  teh hehe..satu idea yang baik tu....

Bahan-bahannya:
Serbuk teh
air mendidih
Daun pudina secukupnya
Sedikit gula(manis-manis buah)
Cara-caranya:
Masukkan serbuk teh,daun pudina dan sedikit gula(optional) kedalam teko.Tuangkan air mendidih.Biarkan teh kembang dan daun pudina agak layu..siap..hhmmm!!ahhhh segarnya.


Wednesday, July 21, 2010

Ais Krim Malaysia



The first menu for Muhibbah Malaysia Monday is called, “Ais Krim Malaysia,” otherwise known as the Malaysian popsicle. I was quite happy when Suresh told me that I could write the recipe in Bahasa Malaysia but I am not sure whether Google translator could do a good job in translating, so it’s better to have another person translate instead.


Ais Krim Malaysia reminded me of my childhood, as I often bought them for 5 sen each. There were a lot of flavour to choose from, namely orange flavour, sweet rose essence, bubur kacang, asam boi, pineapple and sarsaparilla. Nowadays, you can get the popsicles for 20 sen each.


Reminiscing my childhood, I made some of popsicles to be enjoyed. This time around, I chose new flavours, mostly Malaysians’ favourite drinks; Ribena (blackberry flavour), Milo (hot chocolate), even kiwi and rose. All you need to prepare the popsicle is to get a long plastic tube as shown in the picture below.
Add a couple of spoons of Milo powder into warm water, followed by the sweetened condensed milk. Stir them and let the drink cools down before you pour it into the plastic tubes. You can also prepare the other variety of flavours, or you can mix your favourite flavours instead. 

Once you have poured the drinks into the plastic tubes, make sure you leave a space  at the end, so that you could tie the plastic tubes neatly. Leave them in the freezer for a couple of hours before enjoying them.

Masukkan dalam peti ais dan tunggu hingga beku/keras

 Ais Krim Malaysia yang sudah keras/beku siap untuk di makan.

Untuk keterangan lebih lanjut please click HERE

Perisa Sirap Bandung menjadi pilihan utama:)
Jus buah kiwi
Milo


 ***Thanks to my beloved "google"Muaaahhh:)
*Sepatutnya n3 ni untuk hari isnin  tapi tak apa lah cm nak post untuk hari ini:) sebab sudah salah faham masa baca aturannya tadi.