LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label pisang. Show all posts
Showing posts with label pisang. Show all posts

Wednesday, June 25, 2014

Masak Lemak Cili Api Pisang Lemak Manis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya menanam beberapa batang pokok pisang di tepi rumah  untuk dapatkan  daunnya sahaja.Jika berbuah pun tak sempat makan  kerana berebut dengan beberapa ekor tupai yang sentiasa berkeliaran di keliling rumah kami ini.Beberapa hari lepas suami Cm tebang pokoknya dan bawa setandan pisang ke dalam rumah.Katanya kali ini dia menang kerana berjaya bawa setandan mini pisang tu ke dapur.Alahai kesian pulak si tupai jinak tu ...

Pisang lemak manis yang kami tanam ini dari jenis yang sukar dikopek kulitnya walau pun telah masak.Kulit bahagian dalamnya  melekat pada isi buahnya.Pisang ini dah cukup tua untuk di peram tetapi kali ini Cm masak  lemak cili api campur ayam.Alhamdulillah memang sedap.

Masak Lemak Cili Api Pisang Lemak Manis.

Bahan-bahannya:

10 biji pisang lemak manis (yg belum masak)
5 biji cili api (jika suka pedas boleh tambah)
1 biji kelapa parut ambil santannya.(3 cawan lebih kurang)
6 ketulan kecik ayam -bahagian bertulang.
5 ulas bawang merah.
1 ulas bawang putih.
1 inci halia.
1 inci lengkuas.
1 inci kunyit hidup.
2 bartang serai di ketuk.
1 tbsp kerisik.
Sedikit gula.
Garam secukup rasa.
1 keping asam gelugur.
1 hedai daun kunyit

Cara-caranya:


  • Pisang di kupas sedikit kulit luarnya.Tak perlu dibelah kerana saiz pisang yg sgt comel :)
  • Bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas,kunyit dan cili api dikisar halus.
  • Daun kunyit di siat-siat.
  • Serai di titik.
  • Masukkan santan ke dalam periuk yang sesuai.Tuangkan bahan-bahan kisar,daun kunyit dan serai ,ayam serta pisang.
  • Masukkan garam,gula,asam keping ,serai dan daun kunyit.
  • Masak sehingga mendidih sehingga  pisang empuk.
  • Akhir sekali masukkan kerisik.
  • Biarkan sekejap di atas api agar kuah sedikit pekat.

Tuesday, April 15, 2014

Popia Pisang Nangka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selalunya kita makan popia yang ada sayur-sayuran tetapi kali ini mari kita ubah selera... sekali sekala mencuba  popia Pisang Nangka.Seorang kawan Cm ,Puan Ha yang bagi idea ini..

Popia Pisang Nangka.

Resipi asal: Puan Ha

Bahan-bahanya :)

Kulit popia
Pisang nangka.
Gula pasir.
Minyak masak untuk deep fry.

Cara-caranya:


  • Pisang di kupas kulit  dan dibelah empat ,kemudian di potong dua menjadikan 8 potong semuanya.
  • Gaulkan dengan sedikit gula pasir.
  • Ambil satu potongan pisang dan balut dengan kulit popia .
  • Goreng sehingga perang.

Alhamdulillah anak-anak pasti suka terutama yang tak suka makan sayur :)..ada rasa masam dan manis.
Nota: Lain kali saya nak cuba masukkan parutan keju .

Sunday, July 1, 2012

Banana & Ice Cream.

Assalamualaikum dan delamat sejahtera.


Selamat berhujung minggu semua.......Tiba-tiba Cm rasa nak makan Pisang Dengan Ice Cream.Terpanggil-panggil dan tidak dapat ditangguh-tangguh lagi.Pagi tadi makan nasi lemak yang dibeli oleh menantu Cm tetapi rasa tak berapa kena dengan sambalnya atau mungkin selera Cm yang meragam selepas demam beberapa hari.Hidung pun tersumbat dan suara masih lagi kedengaran seperti Rock kapak punya orang......Boleh lah ganti Ella jika berterusan macam ni hehe.
Cm mengajak Si adik menemani Cm untuk beli ais krim berperisa Vanilla..ke station Petronas..tak ada...ke Pasaraya Darusallam pun tak ada....akhir sekali jumpa kat Speed Mart.banyak dugaan  betul hanya untuk dapatkan Ice Cream perisa Vanilla.....

Bahan-bahannya:

Ais Cream Vanilla.
Pisang berangan atau apa-apa je pisang yang sesuai.
Madu.
Sedikit Butter.
Tepung jagung.

Cara-caranya:

Pisang dibuang kulit dan di belah dua.Bancuhkan sedikit tepung jagung.Celupkan pisang kedalam bancuhan tepung jagung.Bancuhan jangan pekat ya..agak-agak melekat pada pisang je bukan seperti adunan untuk goreng pisang.

Panaskan butter dalam kuali non stick.Goreng pisang hingga masak dan warna keeamasan.Sejukkan dulu baru di hidangkan dengan ice cream,.

Cara untuk menghidangnya: Aturkan pisang ke dalam pinggan atau piring.Skopkan Ice cream,Picitkan sedikit madu keatas Ice Cream. dan pisang.Siap:)......

Selamat berhujung minggu:)

Wednesday, June 20, 2012

Cokodok Pisang & Durian Belanda.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari ini Cm ke pasar agak lewat kerana masalah kereta yang "tak mau" nak hidup enjinnya.Tetapi apabila mekanik datang dan hidupkan enjin tanpa usik apa-apa pun ..elok je hidup enjin nya...agaknya dia bagi amaran agar "ganti" kereta baru ni hehe....apabila masuk dalam kereta  baru kami sedar yang  air cond tak berfungsi.Alamak tengah panas pulak tu...Cm terpaksa buka tingkap dan kembangkan  lubang hidung luas luas agar dapat udara secukupnya dari luar sambil Zuhri ketawa..lucu agaknya......
Semasa singgah kat Pasar tadi budak yang jual pisang tu panggil Cm.katanya ada pisang cantik untuk buat Cekodok.Dia dah kenal Cm kerana selalu beli pisang dan buah-buahan dengannya.Tujuan utama Cm singgah kat gerainya kerana nak tanya samada buah Durian Belanda ada ke tak.....katanya ada dan harganya Rm16 untuk se kilo.mak datuk..mahal sungguh.Masa kat kampung dulu-dulu Durian Belanda terbuang begitu saja.Tak ada orang nak makan apa lagi nak membelinya.Cm ubah fikiran.Tak jadilah nak beli Durian Belanda baik beli pisang je.Apabila Cm bertanya kenapa mahal sangat  buah Durian Belanda ..jawabnya sebab buah ni datang dari negeri Belanda....hehe temberang betul:)


Bahan-bahannya:

15 biji pisang awak yang masak ranum.
2 biji telur.
3+ cawan tepung gandum.
1/2 tsp garam.
1/2 cawan gula merah.
1/2 cawan kelapa parut.

Cara-caranya:

Lenyek pisang hingga hancur.masukkan telur,gula merah,kelapa,garam dan kelapa parut.Gaul hingga sebati.Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.Jika agak lembik tambahkan sedikit lagi tepung.Kacau hingga rata.

Panaskan minyak.Basahkan hujung jari dan jemput sejemput dan masukkan kedalam minyak panas.Goreng hingga perang dengan api yang sederhana.Lakukan proses yang sama  sehingga selesai.




Sunday, January 29, 2012

Pisang Goreng/Goreng Pisang

assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Setiap kali kawan Cm Liza balik kampung Ayahanda Liza akan  kirimkan  pisang untuk Cm.Alhamdulillah kami anak beranak "mewah" makan pisang goreng hari ini.Terima kasih Pak cik..terima kasih daun keladi.Setiap kali Cm goreng pisang Cm akan gunakan resepi Ayin untuk bancuhan tepungnya.Sedap dan ranggup.Wangi bau tepung kastad dan warnanya sungguh cantik.


Bahan-bahanya:

180 gm tepung gandum.
20 gm tepung kastad.
20 gm tepung ubi(Cm guna tepung jagung)
20 gm tepung beras.
1 tbsp minyak masak.
1/2 tsp baking powder.
300 ml air.
secubit garam.
1 biji telur.

Muhibbah Malaysian Monday

Cara-caranya:

  • Satukan tepung gandum,tepung ubi atau tepung jagung,tepung beras,garam ,baking powder kedalam mangkuk yang sesuai.
  • Masukkan minyak masak dan telur kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati dan tidak berketul ketul adunannya.
  • Potong pisang mengikut cara yang anda suka.Celupkan kedalam bancuhan tepung dan goreng hingga perang  keemasan atau sehingga ranggup tepung salutnya.
  • Sedap dimakan bersama sambal kicap.


Saturday, November 12, 2011

Jemput Jemput Pisang

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.



Cekodok Pisang,Jemput-Jemput Pisang atau Cucur Pisang adalah nama yang sama:).Sungguh senang untuk membuatnya bak kata orang pejam mata pun boleh buat hehe tipu je tu...ini lah kuih untuk minum petang kami 3 beranak hari ini.......semua orang tahu bagaimana  nak masak cekodok pisang cuma ada sedikit bahan-bahan yang berbeza.Umpamanya Cm suka masukkan sedikit  kelapa  parut dan telur kerana  bau kelapa dan telur tu sungguh wangi . Ada  orang suka letak serbuk penaik agar cekodok nampak kembang & cantik ...terpulanglah pada selera masing masing.


    
Komen:                                                                  

Cekodok je:)....selamat berhujung minggu dan ceria-ceria selalu...kepada anak-anak yang telah menduduki peperiksaan UPSR  baru-baru ini jangan lupa ya 17 hb. Nov. keputusannya.Sebenarnya Cm yang tak sabar-sabar nak tahu keputusan UPSR si adik:)

Thursday, March 31, 2011

Black Bottom Banana Cake.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Alhamdulillah akhirnya dapat makan kek pisang setelah percubaan semalam gagal.Sebenarnya semalam Cm buat kek pisang yang marble tu tapi entah kenapa la gagal.Kek pisang jadi bingka.Agaknya tersalah sukat bahan-bahannya.Kawan-kawan cyber yang lain dapat hasilkan banana kek yang sungguh cantik dengan resepi yang sama.Tentunya Cm yang silap.

Jadi tadi Cm ke dapur Along Roz dan ambik resepi Black Bottom Banana Cake.Terima kasih sebab anak-anak suka..katanya.."Ini barulah Kek pisang..semalam tu bingka"hehe...terima kasih Along:)


Bahan-bahannya:
1 cawan gula halus.
1  1/2 cawan tepung gandum.
1 1/2 cawan pisang lenyek.
1/2 cawan butter
1 biji telur.
1/2 tsp garam.
1 tsp baking powder.
1 tsp Soda bicarbonat
1 tsp esen vanilla.
1/3 cawan serbuk koko.


Cara-caranya:

  • Putar butter dan gula hingga kembang
  • Masukkan telur dan putar lagi hingga gebu
  • Masukkan pisang lenyek dan putar agar pisang sebati dengan bahan-bahan tadi .Masukkan esen vanila
  • Kemudian masukkan tepung gandum jangan lupa ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat dulu ya.Kemudian kaup balikkan hingga rata dan sebati.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Satu adunan dibiarkan warna asal dan satu lagi dicampur dengan serbuk koko.
  • Guna loyang yang sesuai.tuangkan adunan koko dan ratakan.Kemudian tuangkan adunan yang satu lagi diatasnya.Bakar hingga masak.:)

Friday, March 25, 2011

Pisang Kukus

Assalamualaikum dan selamat petang.Dah minum petang?petang ni tak ada kuih untuk buat kawan dengan kopi O kaw kaw.....ada angin malas..sebenarnya  amat penat sekali selepas kerja-kerja menyental dan mop lantai.Maklum lah segalanya dilakukan sendiri...untuk hiburkan hati anggaplah kerja seperti ini sebagai satu senaman untuk keluarkan peluh:).....memang berpeluh dan perut pun terasa lapar....
Kebetulan semalam Opah kawan dan jiran Cm bagi sesikat pisang abu yang agak besar saiznya.Terima kasih buat Opah mudah-mudahan sekarang ini Opah dah berada di Mekah Al Mukarammah.Selamat menunaikan ibadah umrah...semoga semuanya di permudahkan olehNya..amin....

Berbalik pada cerita pisang ni..semasa Cm kecik-kecik dulu selalu makan pisang rebus yang dijual di kedai-kedai kopi kat kg Cm kota Baharu.Pisang nangka atau pisang awak direbus dan dimakan begitu saja.Sedap sangat jadi untuk kembalikan kenangan dulu Cm kukus pisang yang Opah bagi ini dan di makan bersama kelapa parut dan gula.Gengnya kopi o panas..yum yum...
Ada orang suka makan pisang rebus dengan kelapa yang digaul dengan sedikit garam je tapi Cm ni kan orang Kelantan.Makan pulut kuning cicah gula,makan ubi rebus cicah gula dan makan jering rebus pun cicah gula hehe.Dasat kan..tetapi sejak dah jadi kumpulan orang-orang pencen ni Cm agak jarang makan benda-benda manis hanya sekali sekala .Itu pun sangat berhati-hati sekali..awas manis ni racun ....
Okay..sesiapa yang tak pernah  makan pisang kukus ni boleh lah try ya...ceria-ceria selalu:)bye bye..

Nota:  Thank you to adik Nurul Aini tunggu Mr.Postman hantar cenderahati dari makcikmanggis ya:)

Saturday, March 19, 2011

Sira Pisang

Salam dan selamat petang.Cuti sekolah dah nak habis ...minggu depan bermula lah rutin biasa pergi mengambil dan menghantar si adik ke sekolah.Hai penat tau pastu nak masak,nak kemas rumah,nak berkebun dan nak berblog lagi hehe:)..Petang ni tiba -tiba terasa nak makan pengat pisang.teringat jika berbuka puasa masa kecik-kecik dulu.mak selalu sira pisang,keledek atau labu.Sedapnya....
Pisang yang paling sesuai untuk disira ialah pisang awak dan pisang nangka tetapi kat rumah Cm ni tiada pisang lain kecuali pisang lemak manis yang agak masak.Tak apalah janji dapat sira walaupun isinya agak lembik dan terlalu manis apabila dicampur dengan gula melaka.Lain kali tak boleh guna pisang lemak manis ya.
Ini lah rupa pisangnya.

Kupas pisang:)

Rendam sekejap dengan air kapur.
Bahan-bahan yang diperlukan:
12 biji pisang lemak manis(lain kali guna pisang nangka atau pisang awak ya)
4 kuntum bunga cengkih.
1 helai daun pandan.
3 tbsp gula merah
1/2 cawan air.
Cara-caranya:
Satukan air dan gula merah ,daun pandan,bunga cengkih dan masak hingga mendidih.Kemudian baru masukkan pisang dan masak hingga kuahnya likat,Siap:)

Nota:Pisang jenis yang Cm guna ini kurang sesuai untuk disira sb isinya agak lembik.Sira pisang sepatutnya pejal.Jadi Cm sarankan agar guna pisang yang Cm sebutkan di atas tadi.

Friday, January 7, 2011

Hujan Oh Hujan.....

Salam dan selamat sejahtera.Beberapa hari lepas hujan yang sangat lebat menyebabkan tanaman yang baru nak tumbuh habis mati dibawa oleh air hujan ke kawasan yang lebih rendah.Jika hujan diwaktu siang sempat juga Cm tutup tanaman tu dengan plastik tapi semasa hujan tu  Cm sedang enak berdengkur dibawah selimut  kerana hujan turun diwaktu tengah malam.... jiran sebelah rumah cm pula  sedang bercuti di luar negara  ..keliling yang gelap gelita..Seriau juga nak keluar malam  sorang sorang ... rumah kami ni tidak berpagar.Jadi pasrah saja la.....
Inilah pokok pokok yang terselamat dari banjir besar hujan lebat tempohari kerana kedudukan batas yang agak tinggi.Bila Cm baca blog Kebun Malay-Kadazan Girls rasa sangat teruja nak berkebun dalam bekas polystryrene seperti itu.Selamat dari air hujan.Jika nak selamat lagi boleh usung masuk rumah hehe.Cm dah beritahu hasrat Cm ni pada suami....,tahu apa reaksinya?..sambil tepuk dahi katanya"habislah I kali ni"kihkih...dulu kena punggah tahi kambing:)...demi isteri .....now kena cari polystryrene!
Ini pula batas yang di tanam dengan pokok sawi.Hampir licin kerana tanahnya telah dihanyutkan air.Nak kena minta ganti rugi buat batas yang lebih tinggi atau letak batu bata yang lebih tinggi untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku lagi.
Yang ini pokok rocket yang Cm tanam dalam pasu.Dah ada peminatnya.Beberapa pokok telah habis dimakan oleh peminat misteri itu.

Semasa balik kampung hari tu Cm sempat petik beberapa biji cili api yang berwarna putih yang ada kat tepi rumah my mom untuk buat benih.Alhamdulillah begitu cepat tumbuh.Nampak gayanya kena tanam cili api je kat keliling rumah Cm ni kerana tak banyak musuh dan tak perlu penjagaan rapi hanya perlu dibaja sahaja...Ok lah habis bab kebun mari lihat menu minum petang kami 3 beranak tadi......
Goreng pisang memang favourite Cm (.Cicah pulak dengan sambal kicap)..asalkan pisang tak kira buat macamana pun semuanya Cm suka.Untuk dapatkan goreng pisang yang sedap tepung salutnya mesti garing dan ranggup.Jika lemau je itu tandanya bancuhan tepung yang tak kena.....
Bahan-bahan untuk bancuhan tepung goreng pisang:
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
2 tbsp tepung jagung
1 tbsp kelapa parut.
sedikit air kapur
1 tsp serbuk kunyit.
sedikit garam.
2 tbsp minyak masak yang mendidih.
air secukupnya.(Cm agak-agak je)
Cara-caranya:
  • Satukan bahan-bahan diatas kecuali minyak masak,air kapur dan air.
  • Gaul hingga rata baru masukkan air dan air kapur..Sukatan air tu Cm main agak agak je jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
  • Gaul hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan minyak panas dan kacau rata .
  • Siap untuk dicelup dengan pisang dan goreng hingga ranggup.

Thursday, January 6, 2011

Lempeng Pisang

Salam dan selamat sejahtera.Alhamdulillah petang ni baru tertunai hasrat dihati nak makan lempeng pisang.Bila lihat kat rumah Along Roz terkenang zaman dulu dulu:)zaman pop yeh yeh hehe.Nak kata zaman Jepun pun Cm belum ada lagi time tu.

Bahan-bahannya :
6 biji pisang raja yang masak ranum-saiz pisang yang agak besar.
1 biji telur
1/2 biji kelapa parut ambil putihnya.
3/4  cawan tepung gandum.
Cara-caranya:

  • Lenyek pisang hingga hancur.
  • Masukkan bahan bahan selebihnya  dan gaul hingga rata.
  • Sediakan daun pisang secukupnya.
  • Panaskan kuali leper jika ada kuali non stick lagi baik.
  • Letakkan sehelai daun pisang keatas kuali kemudian sendukkan adunan keatasnya.Tutup dengan sehelai lagi daun pisang  dan bakar dengan api yang perlahan.
  • Balik-balikkan agar ianya masak sekata.Bila telah masak buangkan kedua-dua daun pisang dan biarkan lempeng diatas kuali hingga perang atau sedikit garing.(Bau daun pisang tu sungguh menyelerakan)
  • Potong mengikut selera masing masing dan siap untuk dihidangkan.

Tuesday, July 6, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah semuanya beres..dah selesai.dapur ku dapat berfungsi seperti biasa:)terima kasih pada adik-adik pekerja maintenance yang sangat cekap.Paip diganti baru dan sinki yang bocor sudah dibaiki.Tombol tingkap pun turut diganti begitu juga dengan  plug kat dapur yang berbulan-bulan rosak siap diganti baru.....
Selepas pekerja siapkan kerja membaiki sinki cm terus ke pasar,jika awal sempatlah beli ayam kampung jika lewat alamat kempunan lah.Hari ni cm masak kicap ayam kampung ,Pisang muda masak lemak cili api dan sup timun tua(ni untuk suami )

Inilah ayam kampung yang cm maksudkan..kecik-kecik je dan dagingnya pun masih lembut.Teringat kat Ayam di Nando's kecik molek....

Setelah disiang dan dicuci bersih nampak sikit sangat ni.Jika di masak kicap harus cm tak sempat makan sebab adik dan abangnya sangat suka menu yang begini:)




Jika masak ayam kicap   cm  tak suka masukkan banyak-banyak bahan selain dari bahan-bahan asas sebab anak-anak akan complain jika rasa jintan atau sebagainya.Rasanya semua orang tahu macamana nak masak ayam kicap ni tapi cm nak letakkan juga resepi khas  untuk anak-anak yang jauh diperantauan ..jika teringin nak makan ayam kicap yang selalu ibunya masak:) boleh lah ambik resepi ni.....senang dan tak banyak bahan.

Ayam Kampung Masak Kicap
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam kampung -potong kecik&perap dengan garam dan serbuk kunyit sekejap.
1 labu bawang besar -potong bulat.
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili hijau-belah dua
2 inci halia.
sedikit kulit kayu manis-agak-agak 2 inci
2 kuntum bunga lawang.
kicap manis secukupnya.
1/2 tsp lada sulah.
garam dan gula secukup rasa.,

Cara-caranya:
  • Tumbuk atau kisar bawang merah,halia dan bawang putih hingga hancur
  • Goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan kulit kayu manis,bunga lawang dan bahan-bahan kisar hingga naik baunya.Masukkan kicap ,gula ,garam dan lada sulah.
  • Masukkan ayam goreng dan kacau rata kemudian masukkan lebih kurang 1 cawan air dan biarkan ianya mendidih.
  • maskkan hingga kuahnya pekat baru masukkan bawang besar dan cili hijau.gaul sekejap dan angkat.
Ok  menu seterusnya.......

Masak lemak pisang muda ni sangat sedap dimakan dengan ayam masak kicap .Anak kecik cm tu makan bertambah-tambah.Siap puji lagi katanya jika boleh dia nak tambah lagi tapi perut dah penuh hehe.Jom lihat resepinya.
Gulai Lemak Pisang Muda.
Bahan-bahannya:
8 biji pisang muda-dikoyak sedikit kulinya tapi jangan sampai habis& potong bulat atau serong.
5 biji cili api-jika suka pedas boleh lebihkan.
1 inci kunyit  hidup.
1 batang serai -titik
1 helai daun kunyit.
5 ulas bawang merah.
1/4 cawan ikan bilis
1/2 cawan santan pekat-jika suka lemak boleh lebihkan.
3 cawan air.
garam secukup rasa.
Cara-caranya:
  • Bawang merah,cili api dan kunyit hidup dikisar hingga hancur.
  • Satukan pisang,bahan-bahan kisar,serai,ikan bilis  dan air kedalam periuk dan masak hingga pisang empuk.
  • Kemudian baru masukkan santan.dan garam.Biarkan mendidih sekejap .Last sekali masukkan daun kunyit.Siap untuk dihidang,
ok selamat mencuba ya:)