Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pening jugak kepala memikirkan apakah menu yang sihat untuk dihidangkan pada ahli keluarga yang siap pesan awal awal lagi takmau yang bergoreng..yang byk minyak..yang berlemak..yang berdaging.....Ulang ulang resipi laksa lah jawabnya...Alhamdulillah nampak gaya PakEnciknya suka...siap hirup kuah slurrrp hehe.
Untuk resipinya Cm guna resipi yang INI.resipi yang Cm paling suka.Kali ini Cm ikut petua seorang kawan...katanya jika tak suka bau hanyir ikan yang agak kuat buanglah kepala ikan semasa merebusnya.Alhamdulillah ada sedikit perubahan pada baunya.Lebihkan daun kesom ya.
Inilah rupanya ikan tanpa kepala.Semasa di pasar tadi siap suruh penjual tu siang dan buangkan kepala ikan.
Semasa mengusung belanga hitam ni ke luar rumah (untuk bergambar) sebab nak dapatkan cahaya yang lebih terang ..jiran baru sebelah rumah ni ada di depan rumahnya...Macik buat bizi je...buat buat tak nampak sambil terbongkok bongkok ambil gambar dan terkibas kibas menghalau lalat yang datang keliling belanga macik ni..haish geram betul lalat ni kacau ........
Ulam mesti lebih.
Alhamdulillah Pakcik cakap sedap :)
Showing posts with label laksa. Show all posts
Showing posts with label laksa. Show all posts
Thursday, November 28, 2013
Sunday, October 27, 2013
Laksa Dan basikal.
Hari ini kami makan Laksa untuk lunch dan pastinya untuk dinner jugak :).Bermacam-macam resipi yang Cm jumpa di internet.Cm pun dah mencubanya.Ada yang guna lengkuas sebagai bumbunya.Ada juga yang letak serai dalam kuahnya dan ada yang guna ikan sardin dalam tin tu....
Alhamdulillah seorang kawan baik Cm Datin El telah berkongsi satu resipi yang cukup mudah tetapi rasanya inilah yang terbaik setakat ini.Datin El dapat resipi ni dari besan beliau yang tinggal di langkawi.Kira resipi ori la ni :) Jom kita tengok bahan-bahannya....oh ya jangan terkejut pulak..resipi ni tak letak belacan ya ...
Bahan-bahannya:
1 1/2 kg ikan kembung.
15 ulas bawang merah.
7 tangkai cili kering-jika suka pedas boleh tambah cilinya.
2 keping asam gelugur.
Garam secukup rasa.
Sedikit garam.
Ajinomoto-Cm tak letak.
3 tangkain daun kesom.
1 kuntum bunga kantan.
Ulam / sayur
Bawang besar-mayang.
Daun selom-hiris halus.
Daun kesom-hiris.
Timun-racik halus.
Limau kasturi.
Bunga kantan.
Cili api.
Nenas-hiris halus.
Daun pudina-hiris
Telur rebus-secukupnya.
Cara-caranya:
Kasuhan peserta Powerman pagi tadi.pantas sampai tak sempat nak ambil fotonya.
Pasukan kayuhan Ceria.
Kayuhan Ceria.
Pemandangan di depan Hotel Pullman tempat kami berbasikal.

- Ikan dikukus dan diambi isinya dan di kisar halus..
- Tulang ikan dikisar dengan sedikit air dan ditapis.Ambil airnya.
- Cili kering direbus dan di asingkan bijinya.
- Kisar bawang merah dan cili kering.
- Masukkan air secukupnya untuk kuahnya ,jangan terlalu banyak.
- Masukkan bahan-bahan kisar,air tulang ikan tadi dan masak sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan isi ikan yang telah di kisar ,asam keping,daun kesom,bunga kantan ,garam serta sedikit gula.
- Masak kuah sehingga mendidih dan seimbangkan rasa masin,masam dan manis kuahnya mengikut selera masing-masing.
BASIKAL
Cm selalu cerita tentang hobi kami suami isteri yang suka berbasikal setiap hujung minggu.Pagi tadi yang paling seronoknya semasa kami leka berbasikal kami bertembung dengan rombongan kayuhan ceria yang di adakan sebulan sekali di Putrajaya.Suka melihat kanak-kanak ,orang dewasa dan orang tua yang mengambil bahagian.Mereka sungguh bersemangat sekali .Putrajaya menyediakan banyak taman-taman yang mesra Basikal .Sungguh cantik berserta dengan kemudahan asas seperti tandas awam dan tempat berehat secukupnya.Sesiapa yang tinggal di Putrajaya atau yang berhampirannya ,jangan lepaskan peluang yang ada...
Kasuhan peserta Powerman pagi tadi.pantas sampai tak sempat nak ambil fotonya.
Pasukan kayuhan Ceria.
Kayuhan Ceria.
Depan Hotel Pullman waktu matahari hampir terbenam.
Sunday, July 18, 2010
Laksa Johor
Salam dan selamat pagi.Pagi yang agak lucu:)...pagi-pagi lagi kami berdua(suami & cm) bersemangat untuk brisk walk seperti biasa...dari rumah kami terus menuju ke arah rumah Pm dan terus ke Lake Club sebab nak jogging tepi tasik.Bila sampai kehujung tasik perut terasa lapar dan kami beredar ke food court yang berhampiran.Suami hulur rm12 untuk bayar makanan dan minuman(2 mangkuk mihun sup,2 botol air mineral).Katanya dia bawa 12 rm je.Seperti biasa kami tak bawak purse or wallet jika berjogging .setelah bayar semuanya termasuk rm2 kuih untuk 5 biji hanya tinggal beberapa sen je.
Kami berdua berjalan balik tapi cm dah tak larat.....berangan dalam cerita Korea jika isteri tak larat berjalan suami kendong kat belakang.. mesti pengsan suami ku.. .kihkih.Nak naik bas tak ada duit,nasib baik bawa hp terus talipon si abang yang sedang tido...hehe pengajarannya ialah ..ukur baju dibadan sendiri...jika tak kuat jangan nak jogging jauh-jauh.Sampai dirumah along ketawa terkekeh-kekeh katanya ..apala mama ni :)...selepas rehat sekejap dan mandi terus masuk dapur masak Laksa Johor atas permintaan si abang yang dah bertahun tak makan laksa johor....
Untuk resepinya sila klik DISINI.resepi ni sudah berkali-kali diulang tayang.Dibawah ni Cm nak kongsi gambar-gambar yang sempat cm ambik semasa di Kota Bharu tempohari.Setiap kali balik ke Kb ayahanda selalu ajak ke Kedai Lalat..satu nama pekan yang agak unik.Tak sempat nak tanya wan kenapa nama Kedai Lalat:).Di Kedai Lalat ni terdapat macam-macam jualan pakaian,makanan,sayur-sayuran,buah-buahan dan segala jenis ikan laut dan darat,..ikan siakap yang masih bergerak-gerak lagi.Jom kita lihat:)
Ikan siakap yang masih lagi bergerak-gerak
Ayahanda & Bonda ku:)

Subscribe to:
Posts (Atom)