LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label talam. Show all posts
Showing posts with label talam. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Talam Pisang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Cm jarang masak kuih talam kerana tak ramai peminat tapi bila pisang yang dibeli 2 hari lepas masih tak terusik maka tengahari tadi Cm cuba buat kuih Talam Pisang ni.Resepi Cm ambil dari dapur Sakinah Omar.  Bila tengok resepinya agak mudah guna cawan je jadi Ini lah hasilnya...terima kasih Sakinah:)



Bahan-bahannya:

Lapisan bawahnya:

3 1/2 cawan santan kelapa.
1 1/4 cawan tepung beras.
1/2 cawan tepung gandum.
1/2 cawan gula pasir.
Secubit garam.
1 cawan pisang lenyek.

Cara-caranya:

  • Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
  • Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
  • Alaskan loyang dengan plastik dan tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
  • Kukus hingga masak dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan.


Lapisan Atas:

Bahan-bahannya:)

3 cawan santan kelapa.
3/4 cawan tepung gandum.
1/4 cawan tepung jagung.
1/4 cawan gula pasir.
secubit garam.
Sedikit pewarna kuning.


Cara-caranya:

  • Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
  • Masak dengan menggunakan api yang perlahan.bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi.
  • Ratakan supaya  mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak.
  • Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua  untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya:)
Komen:Kepada peminat kuih talam dan pisang boleh lah cuba ya.Senang sangat dan rasanya pun sedap.


    Monday, August 1, 2011

    Kuih Bingka Ubi Kayu (I)


    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


    Ubi lagi ya hehe.Baki ubi  kayu parut semalam Cm masak bingka.Alhamdulillah sambutannya sungguh baik sekali.Kebetulan Angah dan suami berbuka bersama-sama kami hari ni.Meriah la  :)..kepada kawan kawan yang ingin mencuba resepi ini jangan teragak-agak memang sedap:)(puji sikit)......



    Bahan-bahannya:(Sumber Rujukan dari Periuktanah)

    4 cawan ubikayu parut.
    1 cawan gula.
    2 cawan santan pekat.
    1/2 tsp garam.
    100 gm butter
    2 biji telur.
    Sedikit pewarna kuning.


    Cara-caranya:

    Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam mangkuk.Gaul hingga sebati.Tuangkan kedalam loyang yang sesuai.Bakar hingga masak.Apabila masak guna kan  api bahagian atas.Masak sekejap sehingga bahagian atas bingka perang.Biarkan bingka betul-betul sejuk baru di potong.Selamat mencuba ya:)

    Terima kasih An dari periuk tanah.kerana berkongsi resepi yang sedap ini.Minta maaf banyak banyak sebab Cm ubah suai resepi ni  mengikut selera Cm hehe.Jangan marah An ya:)p...selamat berbuka puasa .

    Kuih Talam Ubi Kayu @ Tepung Boko Ubi Kayu.

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

    Selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat sekelian.Hari ini hari pertama berpuasa jadi malam tadi tidur pun tak berapa lena kerana asyik fikir untuk bangun sahur..exited sungguh:)...Cm bangun agak awal jam 4 pagi untuk sediakan makanan . Seperti biasa kami bersahur ala kadar sahaja.....Nasi goreng ,sayur dan buah serta minuman panas.
    Kuih Talam Ubi Kayu ni Cm buat malam tadi.Pertamanya nak ucapkan terima kasih pada Si abang kerana tolong mama parut ubi kayu ni.Bersungguh-sungguh beliau memarut ubi.Selepas maghrib dia mulakan tugasnya dan di sambung selepas Solat terawih..terima kasih banyak banyak.Tanpa pertolongannya projek Kuih Talam ni pasti gagal kerana Cm dah tak larat nak parut ubi..penat sungguh selepas kembali dari kampung semalam.Ubi ni hasil pemberian mak mertua Cm.mmkoi Mama....

    Bahan-bahannya-Sumber...Along Roz,Knor Ganu dan Cmg.

    Bawah

    600  ubi kayu yang diparut.
    160 ml santan cair.
    50 gm gula merah.
    200 gm gula pasir.
    Sedikit pewarna kuning.

    Bahgian atas:

    600 ml santan.
    1/2 tsp garam.
    40 gm tepung gandum.
    70 gm tepung beras.

    Cara-caranya:

    Bahagian bawah.

    • Masak gula merah.gula pasir bersama santan cair dan daun pandan.
    • Tuangkan kedalam bekas yang mengandungi ubi kayu parut.Kacau hingga rata.masukkan sedikit pewarna kuning.Gaul lagi.
    • Tuangkan kedalam loyang yang sesuai dan ratakan.Kukus hingga masak.
    Bahagian Atas.

    • Satukan semua bahan bahannya dan tapis.
    • Tuangkan keatas ubi kayu yang dikukus tadi.Kukus hingga masak.
    • Apabila masak buka penutup pengukus dan biarkan diatas api selama 10-15 minit.
    • Tunggu kuih betul-betul sejuk baru di potong.

    Cm masak Talam Ubi kayu ni awal untuk berbuka puasa kerana Cm suka makan talam yang sejuk yang disimpan dalam peti ais terlebih dahulu.,,,,,sedap betul terutamanya bahagian atasnya.Terima kasih Nor,along dan Cmg....Bahagian atas tu memang perfect lah....
    Terima kasih Along Roz kerana bagi kad ni...Cm dah gantung sebagai hiasan di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.Makasih ya Along.
     Ini lah ubi kayu yang kami bawa balik dari kkampung:)

    Thursday, July 28, 2011

    Kuih Ketupor

    Salam dan selamat sejahtera.

    Ramadhan makin hampir ..perasaan bercampur baur susah untuk dinyatakan disini...sedih ada..rindu ada dan tak sabar pun ya jugak.....azam baru setiap tiba Ramadhan....

    Sedih kerana Cm kehilangan Ayahanda tersayang bermakna Ramadhan tahun ni ibu ku berpuasa tanpa Wan.Tahun lepas walau pun uzur Wan tetap berpuasa........

    Bulan puasa merupakan bulan yang dapat mengikis lemak-lemak tepu dibadan ni..Bulan bulan lain hanya menambahkan lemak je.....Mudah-mudahan memperolehi kesihatan yang baik agar dapat melipat gandakan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya.Insyallah....

    Semalam singgah ke dapur Along Roz dan terjumpa resepi yang agak unik......lain dari yang lain.Namanya pun pelik....Ketupor...Jadi  petang ni Cm mencuba resepi dari Along dan Alhamdulillah menjadi.Cm suka sangat bahagian lapis bawahnya..rasa lemak-lemak kelapa parut....Bahagian atas tu rasa seperti kuih talam biasa atau kuih seri muka.....Tadi Cm guna pewarna kuning sebab pewarna unggu dah kering:(
    Bahan-bahannya:

     Atas:
    1 cawan beras-rendam hingga kembang.
    3 cawan santan cair.
    Secubit garam.
    120 gm kelapa parut-putih

    Bawah:
    200 ml santan.
    2 biji telur
    40 gm tepung gandum.
    100 gm gula pasir.
    Secubit garam.
    pewarna unggu(cm guna warna kuning)
    Cara-caranya:

    Untuk lapisan bawah:

    • Toskan beras.Blend dengan 3 cawan santan hingga hancur.(bukan hancur jadi tepung ya..ada biji-biji halus)
    • Masukkan dalam kuali,bubuh sedikit garam dan kelapa parut.Masak hingga pekat.
    • Sendukkan kedalam loyang dan ratakan permukaannya.kukus hingga masak.
    Lapis Atas:

    • Satukan semua bahan-bahannya dalam blender dan blend hingga sebati.
    • Tuangkan kedalam loyang tadi dan kukus hingga masak.
    • Bila dah masak buka penutup pengukus dan biarkan atas api selama 10 minit.
    • Tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk baru di potong.Gambar diatas ni hasil daripada orang yang tak sabar nak rasa kuih ni..potong ketika masih panas hehe..terukkan:)..selamat mencuba.

    Terima kasih along sebab berkongsi resepi yang sungguh istimewa ni.

    Friday, April 15, 2011

    Kuih Seri Muka Durian

    Salam dipetang Jumaat yang mulia.Alhamdulillah syukur pada Yang Maha Esa kerana memperolehi kesihatan yang baik.sihat itu rezeki,anak-anak itu rezeki....dapat berlindung didalam rumah yang selesa ini juga merupakan rezeki..Alhamdulillah...

    Sudah lama nak cuba resepi Seri muka Durian ini.Dapat bayangkan enaknya bau durian:)Aaahhh sungguh sedap...betul tak tipu:)....Terima kasih pada Madiha sebab Cm ambik resepi dari dapurnya.

    Bahan-bahannya:

    Bahagian bawah:
    250 gm beras  pulut-cuci dan rendam 1 jam.
    170 ml santan cair
    1/2 tsp garam
    2 helai daun pandan.

    Cara-caranya:
    Satukan semua bahan-bahan diatas dan masukkan kedalam loyang yang dilapik dengan plastik.Kukus hingga masak.Keluarkan daun pandan.Tekan-tekankan  hingga pulut padat atau mampat.

    Bahagian Bawah:
    150 gm isi durian.
    3 biji telur
    375 ml santan pekat.
    35 gm tepung gandum
    10 gm tepung jagung.
    125 gm  gula.
    1/2 tsp garam.
    Sedikit pewarna kuning.
    Cara-caranya:
    • Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam blender dan blend hingga sebati.
    • Tapiskan kedalam periuk dan masak sekejap dengan api perlahan dan hendaklah selalu dikacau agar tidak berketul-ketul.Bila hampir mendidih angkat.
    • Tuangkan kedalam loyang yang mengandungi pulut dan kukus hingga masak.
    • Apabila masak buka penutup kukusan dan biarkan kuih dalam pengukus diatas api selama 20 minit baru diangkat.
    • Apabila kuih betul-betul sejuk barulah dipotong.
    *Semasa Cm potong kuih ni belum betul-betul sejuk sebab dah tak sabar nak makan:) jadi potongannya kurang kemas.Selamat mencuba.