Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mee Wantan.
3 ulas bawang putih.
1 peket mee wantan.Peket kecil ada 5 ketul(boleh di dapati di Jaya groccer)
Sedikit kicap pekat.
sedikit sos tiram.
sedikit minyak bijan.
Telur mata.
Ayam garam(lebihan lauk semalam)
Sup Sayur.
Sos cili /sos cili nasi ayam.
hiasan
Daun bawang
cili potong
Satu menu yang sungguh ringkas dan cepat serta amat mengenyangkan.Celur mee wantan dan toskan.Ketuk bawang putih dan tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak masak.Bila wangi masukkan kicap pekat dan sos tiram.Gaul sebati baru di masukkan mee wantan.Gaul sehingga mesra dan renjis sedikit minyak bijan dan balik balikkan agar sebati.Siap.
Hidangkan dengan telur mata atau jika ada lebihan lauk ayam boleh di potong kecil dan dihidangkan bersama sup sayur serta sos cili....senangkan...
Minuman Homemade yogurt.
Lepas makan mee wantan teringat kat yogurt dalam peti ais..bab makan teringat saja hehe.
Potong kiub buah betik.Masukkan ke dalam gelas yogurt yang telah di campurkan dengan sedikit yakult sebagai perisa.Alhamdulillah.
Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts
Wednesday, November 18, 2015
Wednesday, November 13, 2013
Kwey Teow Goreng.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Jika nak dapatkan kwey teow goreng yang sedap jangan masak dalam kuantiti yang banyak.Goreng sikit sikit macam kat kedai tu.Itulah pesanan seorang teman Cm bila ditanya kenapa kwey tiow yang dia masak sungguh sedap.
Bahan-bahannya:
1/2 peket kwey teow.
8 ekor udang.
1/2 cawan kerang yang siap di kopek.
5 ulas bawang putih-ketuk.
2 batang sawi.-dipotong.
3 kelopak daun kobis-dihiris..
1/2 cawan tauge.
1 biji telur.
4 keping fish cake.-potong kecil.
Sedikit sos ikan(.nampla.)
Sedikit kicap manis.
Sedikit sos tiram.
Sedikit pes cili & oil.(1 tsp)-boleh ganti dengan 3-4 biji cili api -ketuk.
Garam secukup rasa.
Gula secukup rasa.
Bawang goreng.
Daun bawang.
Limau kasturi.
Cara-caranya:
Selamat mencuba insyallah rasanya tidak mengecewakan.Sedap dimakan dengan sambal yang Cm masak semalam.Sambal ini sangat pedas tetapi apabila tunggu 2-3 hari rasa pedasnya berkurangan.

- Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Masukkan cili paste & cili oil dan di kacau-kacaukan.
- Masukkan kwey teow ,kicap manis dan sos ikan.Gaul sehingga rata.Keluarkan dari kuali.
- Panaskan sedikit minyak masak.Tumis bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan udang,kerang dan fish cake.Kacau hingga rata.Masukkan garam,gula,kicap dan sos ikan secukup rasa.
- Kemudian masukkan sawi dan kobis.
- Pecahkan telur dan kacau sehingga sekata.
- Masukkan kwey teow tadi dan gaul sehingga mesra.
- Akhir sekali masukkan tauge dan kacau sekejap .Siap.
- Taburkan dengan hirisan daun bawang,limau kasturi dan bawang goreng.
Selamat mencuba insyallah rasanya tidak mengecewakan.Sedap dimakan dengan sambal yang Cm masak semalam.Sambal ini sangat pedas tetapi apabila tunggu 2-3 hari rasa pedasnya berkurangan.
Sunday, November 10, 2013
Homemade Mee Kuning Lagiii
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saudara terdekat Cm Wawa Amanda minta resipi Homemade Mee Kuning .Cm berjanji jika Cm betul-betul berpuas hati dengan hasilnya barulah Cm kasi resipi padanya.Alhamdulillah setelah mencuba beberapa kali.... 5-6 kali ( dalam masa 2 minggu),maka petang tadi Cm benar-benar berpuas hati.Terima kasih pada Puan Roziha Ismail kerana sudi berkongsi petua yang amat berguna dengan Cm.Terima kasih daun keladi :) Dengan berpandukan petua dari Pn. Roziha ,mee kuning kali ini lebih kenyal dan tak mudah putus.
Bahan-bahannya:
400 gm tepung gandum.
100 gm tepung ubi.
1 1/2 tsp garam.
1 biji telur.
1 tbsp air kapur.
Air+telur+garam+air kapur=250ml.

- Satukan semua bahan-bahan diatas di dalam mangkuk dan uli sehingga sebati.Adunan agak keras seperti gambar di atas tetapi jangan risau setelah di mesin beberapa kali akan terhasil doh yang licin tetapi masih agak keras.
- Selepas beberapa kali di gelek dengan menggunakan bahagian mesin yang licin dan memperolehi ketebalannya yang sesuai ,gelek dengan bahagian penggelek pasta pula.
- Apabila siap di gelek Cm taburkan dengan sedikit tepung .
- Panaskan air sehingga mendidih dan celur sedikit demi sedikit selama 2-3 minit.Keluarkan dan toskan airnya.Keringkan dengan menggunakan kipas angin.Akhir sekali lumurkan dengan sedikit minyak jagung.
- Alhamdulillah nampak gayanya lepas ni tak perlu beli mee lagi.
Walaupun terendam di dalam kuah sup yang mendidih,Mee Kuning ini tak patah seperti sebelumnya.
*** Jika anda ingin membaca komen/petua puan Roziha sila klik DISINI
Thursday, October 31, 2013
Mee Kuning.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bebeapa kali Cm buat Mee Kuning tetapi masih belum berpuas hati dengan hasilnya.Cm suka makan Mee Kuning yang berkuah seperti Mee bandung..Mee Sup dan bakso tetapi Mee yang Cm buat ni selalunya tidak kenyal.Bila masak yang bersup ianya mudah patah.Cm harap kawan-kawan dapat memberi petua bagaimana nak dapatkan hasil Mee yang kenyal. atau ada tak sesiapa yang ada resipi Mee kuning yang kenyal seperti yang terdapat kat kedai tu :).....
Bahan-bahannya:
500 gm tepung gandum.
1 biji telur.
1 tsp serbuk kunyit.
1 tbsp air kapur.
Sedikit garam.
Air+telur+serbuk kunyit+garam+air kapur=250 ml.

- Satukan semua bahan-bahan di atas dan uli hingga sebati.Doh untuk mee ni agak keras.
- Bahagikan doh menjadi beberapa ketul.Bulat bulatkan.
- Gelek dengan mesen pasta bahagian yang licin beberapa kali sehingga memperolehi permukaan yang licin.
- Kemudian gelek di bahagian mee.
- Taburkan dengan tepung agar tidak melekat.
- Panaskan air dalam periuk.Celur mee selama 2-3 minit dan toskan airnya.
- Bilas dengan air paip.Lumurkan dengan minyak.
Friday, December 14, 2012
Bihun Goreng
Bihun goreng untuk lunch kami hari ini.Semasa Cm sibuk menggoreng bihun di dapur tiba-tiba Along menghulurkan bungkusan yang mengandungi 2 biji pinggan ini.Posmen baru hantar katanya.Alhamdulillah...sangat sangat gembira.Terima kasih my dear friend Sonia.mmkoi :)..suka sangat sangat !!
Hari ini tiada resipi kerana semua orang tahu goreng bihun kan.Cm main campak-campak je.Anak-anak memang suka makan bihun jadi macamana masak sekali pun mereka tetap suka.Asalkan bihun :)
Selamat menjamu selera dan selamat berhujung minggu ..bye bye :)

Friday, December 7, 2012
Mee Telur
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Cm teringin nak makan mee kuning tebal yang di jual di kedai tetapi terpaksa lupakan kerana suami alah pada mee seperti itu.Sudah lama kami tak menikmati mee kuning yang dibeli di pasar.Setiap kali makan pastinya suami Cm akan sakit perut dan muntah-muntah.Tak tahulah apa kandungan yang terdapat didalam mee kuning itu.
Semalam semasa menonton rancangan Chef At Home ,Chef Michael Smith tunjukkan cara-cara nak buat homemade pasta...wah mudahnya..main campak-campak je.....jadi pagi ni Cm cuba ingat-ingat balik resipinya........oleh kerana kandungan telur yang agak banyak jadi Cm namakan Mee telur..pstt pandai pandai tukar nama ..Michael Smith tak perasan pun hikhik..
Bahan-bahannya:
4 cawan tepung gandum.
6 biji telur grade C.
2-3 tbsp minyak zaitun.

- Satukan semua bahan-bahan ke atas papan pencanai.gaul hingga sebati.Jika agak lembik tambahkan sedikit tepung agar doh agak-agak keras/kental.Uli sehingga betul-betul sebati.
- Bentukkan menjadi sebiji bebola dan balut dengan cling wrap selama 10-15 minit.
- Kemudian potong menjadi beberapa potongan agar senang untuk di mesin nanti.
- Gelek dan tabur tepung kemudian lipat dan gelek sekali lagi.
- Masukkan ke dalam mesen pasta no 5,gelek hingga nipis.
- Tukar ke bahagian corak pasta dan mesin doh hingga selesai.
- Sementara kerja kerja menggelek selesai bolehlah sidai mee seperti gambar yang Cm tunjukkan di atas.Guna lah kreativiti masing masing:)..Sidai pada hanger pun boleh :)
- Akhir sekali panaskan air di dalam periuk.Masukkan sedikit minyak masak.Biarkan mendidih.Masukkan mee berperingkat-peringkat selama 2-3 minit.(celur) kemudian toskan dan gaul dengan sedikit minyak masak.(Jika nampak mee terlebih tebal bolehlah di tarik-tarik perlahan lahan sebelum dicelur)
Alhamdulillah mee yang Cm buat kali ini lebih kenyal berbanding dengan yang sebelum ini yang agak lembut dan cepat putus bila di tarik.
Alhamdulillah.Inilah hasilnya.Selamat mencuba ya :)
Friday, May 18, 2012
Mee Soba And Chive Dumpling.
Dumpling.
Dalam keadaan cuaca yang agak panas memang sesuai sekali di hidangkan makanan berkuah dan tidak pedas atau berempah.Ini lah salah satu menu kegemaran kami sekeluarga.Terima kasih Ika kerana Cm ambil resepi dumpling dari dapurnya.Tak kenal maka tak cinta...pada mulanya Cm beranggapan sangat sukar untuk membuat kulit dumpling ,tetapi setelah mencubanya,taklah sukar.....
Bahan-bahannya:
Untuk kuilit:
125 gm tepung kanji(wheat starch)
60 gm tepung ubi.
1 cawan air panas.
70 gm tepung ubi.
1/2 cawan air sejuk( ada ais)
Cara-caranya:
- Satukan 125 gm tepung kanji,60 gm tepung ubi dengan air panas.Kacau hingga rata.
- Masukkan 70 gm tepung ubi dan air ais.Uli hingga licin.Pada mulanya doh akan lekat di tangan.Jangan risau.Terus uli sehingga doh sebati dan licin.
- Bahagikan Doh kepada bentuk bebola kecil(36 buji)
- Gelekkan hingga nipis dan isikan inti.Buatkan seperti bunjut kerana Cm nak gunakan untuk mee sup sekejap lagi.
- Kukus sehingga dumpling masak-kulit bertukar menjadi cerah/jernih...ketepikan.Oh ya jangan lupa,sapukan minyak pada bekas untuk kukus dumpling,agar tidak melekat.
Inti:
500 gm daun kucai potong pendek.
15 ekor udang-buang kulit dan cincang.
200 gm daging ayam cincang.
1/2 batang karot-potong kiub kecil.
3 cm halia.cincang.
Sedikit minyak bijan.
Kicap cair.
Sedikit serbuk lada hitam.
Sedikit tepung ubi.
Garam dan gula secukup rasa,
Cara-caranya:
- Panaskan sedikit minyak jagung.Tumis halia hingga wangi.
- Masukkan ayam,udang,karot dan daun kucai.kacau hingga rata.
- Masukkan kicap cair,minyak bijan,lada hitam,garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali bancuh sedikit tepung ubi dengan sedikit air dan curahkan kedalam inti.Gaul rata.Sejukkan sekejap sebelum digunakan.
Sup.
Bahan-bahan untuk Sup:
2 pokok sayur sawi-potong sederhana .
7-8 ekor udang-potong dua.
200 gm isi ayam.
3 ulas bawang putih-ketuk.
1 ketul kecil halia-ketuk.
1 /2 tsp serbuk lada hitam.
2 tbsp kicap pekat.
Garam dan gula secukup rasa.
Air secukupnya kuah.
Sedikit minyak bijan.
sedikit bancuhan tepung ubi atau jagung.
Sedikit minyak untuk menumis,
Hiasan:
Daun bawang.
Bawang goreng.
Cara-caranya:
- Panaskan minyak.Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan udang dan isi ayam.Kacau rata.
- Masukkan air secukupnya.
- Kemudian masukkan garam,gula,kicap,minyak bijan. dan lada hitam.Seimbangkan rasanya.
- biarkan mendidih sekejap baru masukkan bancuhan tepung jagung.
- Akhir sekali masukkan sawi.Matikan api agar sawi tidak terlalu layu.
- Hidang:masukkan mee soba kedalam mangkuk yang sesuai,letakkan dumpling.curahkan sup.Taburkan potongan daun bawang dan bawang goreng.Siap :)
Tuesday, April 10, 2012
Mee Siam Goreng.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Nostalgia
Bila sebut Mee Siam dan Kacang Kuda Pedas pastinya terkenang zaman sekolah menengah dulu-dulu.....nostalgia sekali.....semasa tinggal di asrama disebuah sekolah berasrama penuh di Jb....kakak kakak senior pernah memasak Mee Siam dan Kacang Kuda Pedas untuk jualan di Koop atau jika ada program jualan makanan(Ingat-ingat lupa)..tetapi rasa Mee Siam dan Kacang kuda tu tak pernah lupa.....Sangat sedap sekali..
Cm pernah beberapa kali cuba masak Mee Siam dan kacang Kuda Pedas tetapi tak dapat menandinginya.... mungkin kerana ketika itu usia Cm belasan tahun dan sekarang dah 50an hehe.....Selera pun dah berubah...atau pun mungkin juga ketika itu sedang "kelaparan"......maklumlah ,dulu-dulu mana ada mak ayah datang menziarahi setiap minggu dan bawa stok makanan seperti anak anak sekarang....Tambahan pulak jarak yang sungguh jauh.....
Kelantan dan Johor Baharu satu destinasi yang sungguh jauh (ketika itu la..).....Setiap cuti penggal persekolahan kami pelajar pelajar dari Kelantan menaiki keretapi ,bertolak pukul 10 malam dari Jb dan sampai di Wakaf Baru pada pukul 5 petang keesokan harinya....bayangkan..lubang hidung kami hitam dimasuki asap hehe..Nostalgia:) ..yang menariknya ada dikalangan kami yang bertemu jodoh diatas kereta api :)
Bahan-bahannya:)
1/2 peket bihun-rendam dengan air paip hingga lembut.
5 ulas bawang putih.
7 ulas bawang merah-potong nipis.
2 tbsp udang kering.
3 biji cili kering-rebus sekejap-tos.
1/2 tbsp taucu.
10 ekor udang-buang kulit.
Garam secukup rasa.
Gula secukup rasa.
Sedikit kicap manis.
sedikit sos tomato.
2 keping tahu-dadu dan goreng.
1 cawan tauge.
3 pohon daun kucai-potong aga-agak 2 inci.
Hiasan:
1 biji cili masak-potong nipis.
Segenggam kacang tanah-goreng tanpa minyak & tumbuk kasar.
2-3 biji limau kasturi.
Daun bawang.
3 biji telur-rebus.
Sos Taucu
6 tangkai cili kering-rebus& tos.
1 tbsp taucu.
1 tbsp udang kering.
3 ulas bawang putih.
5 ulas bawang merah.
Gula secukup rasa.
Air secukupnya.
Cara-caranya:)

- Kisar bawang putih,taucu,udang kering,cili kering dengan sedikit air hingga halus.
- Panaskan minyak ,goreng bawang merah hingga raggup-ketepikan.
- Dengan mengguna minyak yang sama ,tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan udang dan gaul hingga rata.Masukkan sedikit air .
- Masukkan kicap manis,sos tomato ,gula dan garam(jika dah masin tak perlu masukkan garam.)
- Kemudian masukkan bihun.Gaul rata.Jika perlu tambahkan sedikit lagi air.
- Masukkan bawang goreng,tauhu goreng,daun kucai dan tauge.Kacau hingga sekata.
- Siap untuk dihidangkan bersama sos taucu,potongan telur rebus,daun bawang,taburan kacang tanah ,limau kasturi dan hirisan cili masak.
Sos Taucu:)
- Kisar bawang merah,bawang putih,cili kering,taucu dan udang kering hingga hancur.
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan sedikit air.
- Masak hingga mendidih.
- Kemudian masukkan gula secukup rasa.
- Jika suka sos yang cair tambahkan lagi air atau jika suka sos yang pekat ,masak sehingga sosnya pekat.
Friday, January 6, 2012
Mee Kari
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Selamat menjamu selera ya!Cuaca yang sungguh panas..semasa menunggu si adik kat sekolah tadi terasa bahang panas membakar muka.....dah lah wajah ku hitam hitam si tampuk manggis hehe pasni hitam hitam melegam la jawabnya :)....bila balik rumah terus buat permohonan..abah beli kan mama Sunglass hehe.....(pstt alasan....)
Rasa agak kecewa bila Si adik mengadu kena belajar Maths & Science dalam bahasa Malaysia...katanya 1st day belajar dia tak faham apa apa pun...setelah hampir 6 tahun belajar dalam bahasa inggeris tetiba tukar ke bahasa Malaysia mesti memakan masa untuk adjust balik....Cm adalah penyokong tegar pengajian maths and science dalam bahasa inggeris...tak kisahlah apa pun alasan yang orang bagi untuk menghalang nya..........apa pandangan kawan kawan semua?
Hari ni kami tiga beranak makan mee kari untuk lunch.Resepi asalnya sila klik DISINI (Jika anda penggemar masakan mee atau kuey tiew sila lah ke dapur Tummy..banyak resepi yang menarik) tetapi Cm ubah suai sikit bahan bahannya mengikut apa yang ada dalam peti sejuk:).....jadi tak payahlah Cm letak resepinya ya.....
Komen:Alhamdulillah dah kenyang.....
Tuesday, December 13, 2011
Kerabu Beehoon
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Satu menu yang sungguh sedap ala Nyonya ....ada rasa masam,pedas dan bau bunga kantan serta ,daun limau purut yang sungguh menyelerakan.Cm ambil resepi dari buku masakan Best Noodle Recipes oleh Betty Saw.
Bahan-bahannya:)
280 gm udang segar.
140 gm sotong segar-potong bulat.
280 gm taugeh
280 gm bihun-celur dengan air panas dan toskan.
140 gm udang kering-cuci dan goreng tanpa minyak hingga garing.-tumbuk bersama belacan hingga lumat.
1 tbsp belacan-goreng tanpa minyak sekejap.-tumbuk dgn udang kering.
15 biji cili masak-kisar jadi paste dan masak hingga pekat.
12 biji bawang merah-hiris nipis.
3 batang serai-mayang halus
15 biji cili api-belah dua.
1 kuntum bunga kantan-mayang halus.
6 helai daun limau purut-mayang halus.
20 helai daun selasih
4 tbsp kcang tanah-panggang dan tumbuk kasar.
Garam dan gula secukup rasa.
sedikit kicap cair.
Sedikit sos ikan
4 biji limau kasturi-perah jusnya.
Cara-caranya:)- Perap udang dan sotong dengan garam dan sedikit lada putih.
- Panaskan air dalam periuk celur bihun hingga kembang.Toskan airnya danketepikan.
- Celur tauge sekejap.Toskan.
- Celur udang dan sotong.Toskan.
- Tumbuk udang kering dan belacan hingga hancur.
- Satukan semua bahan-bahan seperti cili paste,cili api,bawang merah,udang kering yg ditumbuk bersama belacan tadi,taugeh,daun limau purut,bunga kantan,udang ,sotong dan gula serta garam.Perahkan jus limau,masukkan kicap cair dan sos ikan.Seimbangkan rasa masam,pedas dan manis.Tabur dengan kacang tumbuk.Siap untuk dihidangkan.
Komen:) Sedap.Bolehlah sekali sekala tukar selera....selamat mencuba ya...
Thursday, August 11, 2011
Laksa (resepi ulangan)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera......
Sejak mula berpuasa asyik makan yang goreng-goreng je..rasa bersalah pada diri sendiri dan orang dalam rumah ni terutamanya suami Cm yang tak digalakkan makan makanan yang berminyak atas sebab kesihatan....jadi dah dua hari kami berbuka dengan makanan yang berasaskan sup atau rebus.Hari ni masak Laksa dan lebihkan sayur atau ulamnya.Alhamdulillah bila tukar menu ni nampak berselera pulak kami anak beranak berbuka:)
Bahan-bahannya:)
800 gm ikan kembung
1 bungkus laksa basah(1 kg)
2 labu bawang besar
7 tangkai cili kering 4 keping asam gelugur
1 inci belacan
2 tangkai daun kesom
1 kuntum bunga kantan
1 biji timun
1 labu bawang besar
5 biji telur rebus
sedikit cili masak dan cili api
daun salad
daun pudina,daun selom
beberapa biji limau kasturi
Cara-caranya:
Ikan direbus dengan 2 keping asam gelugur dan sedikit garam.Asingkan isinya dari tulang dan ketepikan.(nnt blend dengan air rebusan ikan tadi)
Blend 2 labu bawang besar,belacan dan cili kering sampai hancur.Masukkan dalam periuk dan masak sampai mendidih.Masukkan daun kesum dan sekuntum bunga kantan(belah dua),masak lagi biar bahan bahan kisar tadi betul betu masak.Masukkan isi ikan yang dikisar dengan air rebusan tadi.Tambah air ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.Masak sampai mendidih.
Masukkan 2 keping asam gelugur dan rasa garam secukupnya.Ada orang suka bubuh ajinomoto tapi cikmanggis hanya bubuh garam sahaja.Untuk ulam-ulamannya,potong nipis timun,daun salad,Telur rebus belah dua,potong cili,limau kasturi dan daun selom dan daun pudina.1 labu bawang besar dipotong bulat.
Rendam laksa sekejap dengan air mendidih atau jirus je dengan meletakkan laksa dalam tapis.Siap untuk dihidangkan.
Selalunya Cm beli laksa fresh dari pasar tapi hari ni ke pasar agak lewat kerana ada misi dengan liza:)..terima kasih Liza..Cm dah kembalikan baldi you tadi hehe.
Akhir sekali Cm nak ucapkan berbanyak terima kasih pada seorang pengunjung blog Makcik Manggis dari Nottingham UK atas kiriman kad ucapan yang sungguh menarik ini:)..MakcikManggis suka sangat kerana pertama kali dapat kad seperti ini.....terima kasih dan jangan lupa jemputan Makcik hari tu ya hehe:)

Friday, July 29, 2011
Mee Kari...khutbah Jumaat.
Salam dan selamat sejahtera....
Sementara tunggu si adik mandi untuk solat Jumaat Cm nak buat n3 untuk hari ini ya:)...Si abang ke masjid dengan kawannya jadi si adik kena tunggu abahnya untuk ke masjid berhampiran....Cm dok membebel kat adik...jangan abaikan solat 5 waktu dan solat jumaat..anak lelaki kena jadi ketua keluarga nanti..bla..bla..bla...kena jadi orang lelaki yang berwibawa cam abah tau hik hik...(tak habis habis puji abah)....bila lihat muka adik selamba je agaknya tak dengar pun sebab tiap tiap kali hari jumaat Cm khutbah awal awal sebelum dia dengar khutbah jumaat kat masjid.....last sekali siap pesan..adik hari ni kena baca quran 8 muka surat sebab semalam tak baca..... alamak apa la mama ni ada tunggakan pulak(hahaha).....dia lah satu satunya yang masih ada kat rumah ni.Kakak kakaknya dah ada keluarga sendiri........Terima kasih kerana "datang" lewat dapat temankan mama......
Ini lah menu yang paling simple untuk makan tengahari kami bertiga...(seorang ibu dan 2 anak lelaki :)....Resepinya ada DISINI
Ini pulak sambal kegemaran Angah........Resepi asalnya ada DISINI.
Kali ni sambalnya warna kehitaman sebab Cm guna cili api hijau.Rasa tetap sama..sedap berapi:)

Subscribe to:
Posts (Atom)