LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Friday, May 8, 2020

Assalamualaikum,

lama makcik tak post apa apa aktiviti masakan atau kebun.Selamat berpuasa semoga sihat sihat semuanya.Inilah hasil kebun makcik beberapa hari lepas,Alhamdulillah,Timun tak habis makan separuh saya frozenkan.

Buluh madu pun galak tumbuh sebab hari hujan seminggu dua ini.Rebung madu saya frozen juga tetapi saya potong dan rebus sehingga lembut baru di masukkan ke dalam freezer...oh ya ada yang bertanya macamana nak frozenkan timun?mula mula cuci dan keringkan kemudian belah dua untuk keluarkan bijinya.Masukkan ke dalam plastik dan simpan dalam freezer.

okay sehingga bertemu lagi bye...

Saturday, April 6, 2019

Sayur Pedas Daun Moringa



Bahan-bahannya.

Daun moringa
Keledek-potong kecil
Bawang merah
Lada hitam
Sedikit budu(Optional)
Isi ikan..ikan rebus ambil isinya
Sedikit gula,(Optional)
Sedikit garam.

Cara-caranya:)

Didihkan air secukupnya..jangan banyak nanti tak sedap.

Tumbuk bawang merah,lada hitam dan isi ikan sehingga hancur..kasar kasar pun ok.

Masukkan bahan tumbuk dengan keledek ke dalam periuk.Masak sehingga keledek empuk.

Akhir sekali baru masukkan daun moringa,garam,gula dan budu.

Bila mendidih matikan api.
Siap.

Thursday, September 22, 2016

Sup Bebola Ikan

Menu ringkas dan senang untuk dimasak.Jom kita lihat bahan-bahannya.

Bahan-bahannya:)

Bebola ikan.

2 keping ikan tenggiri.
Sedikit serbuk lada sulah.
Garam secukup rasa.
4 tbsp tepung ubi.

Sup.

1/2 biji timun tua buang biji dan potong kiub
1/2 ketul akar teratai.-potong bulat
Beberapa hirisan halia.
2 ulas bawang putih-ketuk.
Sedikit serbuk lada sulah.
Garam secukup rasa.

Bahan-bahan untuk tabur.

Bawang goreng.
Hirisan daun bawang.
Cili api potong(jika suka pedas)
Cara-caranya:)


  • Asingkan isi ikan dari tulang serta kulitnya.
  • Kisar isi ikan dengan food processor sehingga halus.Masukkan garam serta serbuk lada sulah.
  • Kemudian masukkan tepung ubi dan kisar lagi sehingga sebati.
  • Keluarkan dari pengisar dan bulat-bulatkan  mengikut saiz yang di kehendaki.
  • Sementara itu didihkan  air dalam periuk dan rebuskan tulang serta kulit ikan sehingga mendidih.
  • Tapiskan dan ambil air rebusannya.
  • Didihkan sup tadi .Masukkan bebola ikan dan masak sehingga ianya timbul.
  • Kemudian masukkan Timun tua serta akar teratai,hirisan halia,bawang putih ketuk,garam serta lada sulah.
  • Masak sehingga sayur-sayuran itu empuk.
  • Hidangkan bersama taburan bawang goreng serta daun bawang.
  • Jika anda seorang yang suka masakan pedas boleh tambah potongan cili api.Barulah berpeluh-peluh hehe terus sihat jika demam :)

Monday, September 19, 2016

Kebun Mini Saya


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.


Alhamdulillah pagi tadi saya sempat berkemas sekitar kebun mini sementara cucu masih tidur.Sudah agak lama kebun di biarkan bersepah sepah dengan daun kering......bila dapat kemas tu rasa lega sangat.Alhamdulillah.

Selain dari tanaman sayur-sayuran saya juga tanam beberapa jenis pokok hiasan dan pokok  bunga.Inilah bunga yang paling saya sayang sekali.Pokok hydragea warna pink .... dah hampir dua tahun saya tanam..lebih kurang la ( tak ingat tarikh beli anak benih). Tidak mahu berbunga.Rasa nak give up dah sebab lama sangat tetapi tiba-tiba mengeluarkan bunga.Walaupun kecik saja bunganya sudah cukup membuatkan hati saya kembang setaman hehe.....yang warna biru tu saya beli dah siap ada bunga....tidaklah excited sangat tetapi yang warna pink  tu saya tanam dari benih yang di beli dari kampung.Dijaga dengan penuh perhatian serta kasih sayang.
 Okay.... yang ini pulak pokok yang ada di kebun mini saya sepanjang tahun.Wajib ada.Sebelum pupus saya akan tanam baru.Pokok kesom dan pokok Ginseng jawa.Pokok kesom tu kerana saya selalu guna dalam masakan saya jadi tak perlu beli.Daun kesom tak boleh di simpan dalam peti sejuk kerana ianya cepat kering jadi jika tanam bekalan fresh sentiasa ready untuk di gunakan.

Sementara pokok  Ginseng jawa pulak sangat nostalgia kerana pokok asalnya adalah pemberian dari seorang rakan kebun di alam cyber Diana dari Kebun Bahagia Sungai Buloh.Diana yang  bawa benih dan  tanam untuk   saya di rumah   Putrajaya  jadi ianya tidak akan saya biarkan pupus.Insyallah.Terima kasih Diana.
 Ini pulak sudut tepi rumah saya.Pasu-pasu kecil tu adalah pokok sawi kerinting.Rasanya seminggu lagi dah boleh di tuai.Dapat goreng dengan bihun atau buat sup sayur.Alhamdulillah.

Di dalam pasu-pasu di atas ini saya semaikan benih pokok ketumbar dan benih salad.Dua jenis sayur ini saya tidak pernah berjaya semai.Tidak tumbuh dan ini entah kali ke berapa saya semai.Semoga kali ini saya berjaya.Bercucuk tanam ini mengajar kita erti sabar dan tidak mudah putus asa.


Akhir sekali saya nak tunjukkan benih bendi yang agak pelik saiznya.Bendi gemok saya panggil hehe.Memang besar dari biasa.Sahabat saya Puan Neo yang bawa benih ini dari kampungnya .saya telah semai dalam petak semaian mudah-mudahan akan tumbuh dan dapatlah saya merasai masakan sayur bendi gemok ini.Insyallah.



Wednesday, April 23, 2014

Kek Lobak Merah.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kek Lobak Merah

Bahan-bahannya :)

2 1/2 cawan tepung gandum.
1 1/2 tsp baking soda.
2 tsp baking powder.
1 tsp garam.
4 biji telur.
2 1/2 tsp serbuk kayu manis.
1 cawan gula perang (brown sugar)
3/4 cawan minyak jagung.
4 cawan lobak merah yang di parut kasar.
1/2 cawan badam flakes.
1/2 cawan kismis.

Cara-caranya:


  • Lobak merah di parut kasar.
  • Satukan minyak jagung  ,telur,gula dan garam di dalam bekas yang sesuai.Whisk sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak dengan baking soda ,serbuk kayu manis dan  baking powder.Gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan parutan lobak merah,badam dan kismis.Gaul sehingga rata.
  • Isikan adunan ke dalam cawan kek kertas dan bakar sehingga masak.
Kek yang sangat ringkas serta cepat disediakan.Jika adunan agak cair boleh tambahkan dengan  1/3 cawan tepung gandum....oh ya tak lupa Cm nak ucapkan terima kasih daun keladi pada Gert kerana hadiahkan cawan kek kertas  ini.Cm suka sangat :)....

Monday, November 18, 2013

Labu Masak Dengan Sos Tiram.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Satu lagi menu yang sungguh simple dari dapur Cm :).....Labu Masak Dengan Sos Tiram.Jom kita lihat resipinya ya....

Bahan-bahannya:

1/2 biji labu yang saiz sederhana.-kupas kulit dan potong dadu.
4 ulas bawang putih-cincang.
1/2 labu bawang besar-cincang.
1/3 tsp lada sulah.
1/2 cawan air.
Sedikit sos tiram.
Sedikit kicap manis.
Sedikit kicap masin.
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-caranya:


  • Panaskan minyak masak.Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik baunya.
  • Masukkan labu dan gaul sehingga mesra.Kemudian masukkan sos tiram,kicap manis,kicap masin dan lada sulah.
  • Masukkan 1/2 cawan air dan gaul sehingga sekata.
  • Kecilkan api dan masak sehingga labu empuk.Jika air sudah kering dan labu belum masak bolehlah di tambah dengan sedikit air lagi.

Saturday, November 16, 2013

Tauge Goreng Dengan Ikan Bilis.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cm suka sangat makan tauge yang berumur dua hari yang mempunyai kepala yang besar dan ekornya yang kontot .Makan dengan laksa atau laksam Kelantan sangatlah sedap.Agak sukar nak dapatkan tauge seperti ini kecuali di Pasar Siti Khadijah Kota Baharu.Jika teringin sangat nak makan kenalah  "bela" tauge sendiri.Cukup umur dua hari bolehlah di masak.Walaupun nampak sangat simple tetapi percayalah ianya sungguh yummy :)
Ha..inilah dia rupa tauge kontot kepala togel tu hikhik.Apabila di kunyah ianya sungguh ranggup.
Tauge yang belum dibuang kulitnya.


Bahan-bahannya:

1 mangkuk kecil tauge.
3/4 mangkuk kecil ikan bilis-goreng sehingga garing.
3 ulas bawang putih-tumbuk kasar.
1/2 labu bawang besar-potong bulat.
1 biji cili masak-potong bulat atau ganti dengan cili api jika nak pedas.
1 tangkai daun ketumbar-siat-siat.
1/3 tsp lada sulah.
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit minyak untuk menumis.


Cara-caranya:


  • Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih sehingga wangi.Masukkan cili potong dan bawang besar.Masak sehingga layu.
  • Masukkan garam,gula,daun ketumbar dan lada sulah.
  • Kemudian masukkan ikan bilais.Gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan tauge dan masak sekejap saja.2-3 minit.Gaul dengan pantas  sehingga sebati.
  • Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas :)


Sunday, July 14, 2013

Sayur Peria




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sudah berbulan-bulan kami sekeluarga dapat menikmati sayur peria organik yang kami tanam betul-betul di depan pintu rumah kami..Rajin sungguh pokok peria ni berbuah tak putus-putus dalam masa beberapa bulan ini.Bermacam-macam cara Cm masak..kerabu,rebus,goreng,masak lemak ,makan sebagai ulam dengan sambal belacan dan lain-lain lagi.

Buah peria bergayut-gayut walaupun pokoknya hampir kering.Tadi Cm dok kira ada 7 biji yang menanti untuk di petik.Jika lambat peria akan masak.


Kami tanam pokok peria  ini betul betul di depan pintu kerana disinilah tanahnya yang  agak  subur  & gembur .Kami gilir-gilirkan dengan tanaman timun,terung,kacang panjang serta  peria dan peria yang paling banyak berbuah kerana hampir tiada musuh..

Alhamdulillah walaupun kebun bersaiz "sekangkang kera" hasilnya sungguh lumayan.Sayur yang bebas dari racun kimia.

 Saiz buah peria ini agak kecik jika di bandingkan dengan buah yang awal awal dulu.
Peria Goreng Dengan Daun Ketumbar.

Bahan-bahannya:

3 biji buah peria-hiris nipis.
6 ulas bawang merah-hiris
1 pohon daun ketumbar-cincang halus.
1/2 tsp serbuk lada hitam.
Garam dan gula secukup rasa.
sedikit minyak jagung untuk menumis.

Cara-caranya:


  • Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga wangi.
  • Masukkan peria dan kacau  rata.
  • Akhir sekali masukkan daun ketumbar,serbuk lada hitam,garam serta gula.
  • Gaul sehingga rata ,kecilkan api dan biarkan peria masak dengan airnya tanpa di tambah air biasa.
  • Hidang dan sedap di makan ketika masih panas.

Selamat berbuka puasa :)


Wednesday, July 3, 2013

Acar Masak..Ramadhan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Minggu depan umat islam mula berpuasa.Semoga kesihatan kembali normal setelah beberapa hari terbatuk-batuk.Orang lain masa jerebu hari itu batuk dan demam tapi Cm ni selepas jerebu baru lah batuk,selsema melanda.Alhamdulillah Allah bagi sakit yang sungguh minima berbanding dengan orang yang mengidap penyakit kronik yang sukar untuk sembuh.

Menjelang Ramadhan terkenangkan arwah ayah.Beliau orang yang paling sibuk untuk menyambut puasa.Beli lauk pauk dan barang-barang keperluan dapur.Sebelum tidur arwah ayah akan berpesan pada kami agar jangan lupa "pasang" niat...."Sahaja aku berpuasa sebulan,bulan Ramadhan kerana Allah Taala"...ha..ingat tu jangan lupa niat.Masih terngiang-ngiang ditelinga pesanan arwah ayah.

Cm jarang menulis tentang arwah ayah yang Cm panggil Wan,bukan tak ingat tetapi Cm buat-buat lupa agar tidak rasa terlalu sedih /merinduinya.Setiap kali selesai solat tidak pernah lupa untuk   mendoakan agar rohnya  ditempatkan di Syurga bersama-sama para Anbiya dan Syuhada.Semoga Allah ampuni segala dosa-dosanya.Semoga kami di ketemukan di Syurga..Insyallah.

Kami bangga dengan Wan yang buta huruf,tidak pernah besekolah seorang yang yatim piatu sejak umur 8 tahun  tetapi mempunyai pandangan yang jauh tentang pendidikan anak-anak.Walaupun Wan hanya buruh kasar bergaji sekitar  rm 3sehari  pada tahun 1973  tetapi semua anak-anak Wan berjaya dalam pelajaran.Kehidupan kami bertambah baik  sedikit demi sedikit.Wan pula sentiasa berusaha untuk mengubah kehidupannya.

Kami selalu ketawa bila Wan buat lawak bila ada orang bercakap besar tentang kejayaan anak-anak mereka.Wan akan keluar ayat-ayat mautnya...hah Engineer?buleh muat dengan lori..Dokter?belana koknar  kat rumoh nih hehehe.... Begitulah Wan..alfatehah.



Bahan-bahannya:

1 biji timun-buang biji dan potong nipis memanjang.
1 batang karot-potong kecik memanjang.
Sedikit bijan.
5 batang kacang panjang.-potong
6 ulas bawang putih-kupas biarkan sebiji sebiji.
3 tangkai cili kering.
4 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih.
Gula merah secukupnya.
Cuka secukupnya.( Cm guna cuka kurma)
Garam secukup rasa.
2 inci halia.
Secubit kapur sireh.
1 inci kunyit hidup.
Sedikit minyak untuk menumis.


Cara-caranya:


  • Rendam kacang panjang.timun dan karot dengan air kapur sekejap.
  • Kisar bawang merah,cili kering,halia,kunyit dan 3 ulas bawang putih hingga hancur.
  • Panaskan minyak.Tumis bahan-bahan kisar hingga naik baunya.
  • Masukkan gula merah,garam dan cuka.Kacau rata.
  • Kemudian masukkan sayur-sayuran dan 6 ulas bawang putih.
  • Masak sehingga layu.Rasa masam,manis dan masin.Biar seimbang.Taburkan bijan.kacau hingga rata.



Thursday, June 20, 2013

Lontong Jawa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pagi tadi  Cm belajar satu lagi  resipi baru dari Bibik..Selama ini Cm selalu nampak di pasar tani ada peniaga yang menjual "nasi himpit" dalam gulungan daun pisang.Teringin nak buat  sendiri dan hari ini tertunailah hasrat dihati.


Bahan-bahannya:

3 cawan beras-cuci bersih.
4 cawan air.
Daun pisang secukupnya.
Pencungkil gigi secukupnya.

Cara-caranya:


  • Beras dimasak seperti biasa tetapi lebihkan air agar sedikit lembik.Sukatan air sebenarnya bergantung pada jenis beras tetapi jangan terlampau lembik ya.Sedang-sedang je.
  • Apabila nasi masak sejukkan sekejap agar senang untuk membalutnya.
Cara-cara membalut:

Sendukkan sedikit nasi dengan menggunakan senduk plastik yang tak melekat.Padatkan serta bentukkan lonjong seperti ini.



Gulung dengan kemas dan sematkan dengan pencungkil gigi di hujungnya.

Tekan-tekankan bahagian hujung yang satu lagi agar nasi menjadi lebih padat dan semat dengan lidi.Lakukan proses yang sama sehingga selesai dan rebus selama 1 jam.

Setelah masak toskan airnya dan biarkan sejuk baru di potong.

Wah baunya sungguh harum dan nasinya pun lembut.

Alhamdulillah sedap dimakan dengan sayur lodeh dan sambal ikan bilis.Raya tahun ini nampak gayanya Cm akan ucapkan selamat tinggal pada nasi himpit segera yang menggunakan plastik :)

Friday, June 14, 2013

Kebab Ayam Berkeju

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pagi tadi Cm ada temujanji dengan fisio dan tengahari pulak ada urusan di bank jadi makan tengahari kami anak beranak hanyalah kebab ayam yang sungguh ringkas tetapi berkhasiat serta seimbang...

Jika anda nak cepat atau  tidak cukup masa untuk menyediakan hidangan untuk keluarga dan tak suka tapau makanan dari luar ..bolehlah cuba resipi ini :)

Bahan-bahannya:

1 peket capati segera.
2 dahan daun salad.
1 biji buah tomato.-dadu
2 keping dada ayam-ambil isinya.
1 labu bawang besar-cincang.
Sedikit parutan  keju mozarella
Sedikit minyak zaitun.
Sedikit sos cili.
Sedikit sos tomato.
Sedikit mayonis.
Sedikit lada sulah.
Sedikit garam.

Cara-caranya:


  • Ayamn di rebus dan di siat siat isinya.
  • Panaskan sedikit minyak  zaitun dan tumis bawang besar hingga wangi.
  • Masukkan isi ayam,garam,lada sulah  dan buah tomato.
  • Gaul sehingga rata.-ketepikan.
  • Sementara itu panaskan capati sekejap agar lembut dan senang untuk di gulung.
  • Isikan ayam dan letakkan sedikit sos tomato,sos cili dan mayonis.
  • Taburkan dengan sedikit parutan keju dan gulung hingga kemas.
  • Ikat dengan tali agar tidak terburai semasa membakarnya nanti..Lakukan proses yang sama sehingga selesai.
  • Aturkan ke atas dulang dan taburkan dengan sedikit keju parut.
  • Renjiskan dengan sedikit minya zaitun.
  • Masukkan ke dalam oven dan bakar sehingga perang.
  • Hidangkan bersama potongan daun salad.
  • Sedap di makan ketika masih panas.

Selamat berhujung minggu  :)

Friday, April 12, 2013

Solok Lada.




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cili solok yang Cm beli pada hari selasa lepas nampak sudah mula nak kecut walaupun disimpan dalam peti sejuk.Niat di hati nak masak solok lada tapi asyik tertangguh je ..kerja bertangguh tak   menjadi.(Peribahasa)...Jadi semalam Cm nekadkan hati dan kumpulkan kerajinan untuk buat solok lada.Memang kemalasan yang teruk:)

Bahan-bahanya:

6 biji Cili hijau.(Cm panggil cili Kelantan)
1 ulas bawang putih.
1 batang serai.
5 ekor ikan kembung-rebus atau panggang dan di ambil isinya sahaja.
5 ulas bawang merah.
1 /2 tsp lada hitam (biji)
1/2 cawan kelapa parut.
1/2 tbsp kerisik.
1/3 cawan santan pekat.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Bersihkan cili dan toskan. .Belah  cili  tapi jangan putus dan buangkan bijinya.Ketepikan.
  • Masukkan bawang merah,bawang putih,serai , isi ikan,lada hitam dan kelapa parut dalam food processor.Kisar hingga sebati.
  • Keluarkan dan campurkan keisik,gula dan garam.Lebihkan sedikit gula kerana rasa solok memang manis sedikit baru sedap.Tapi boleh sesuaikan dengan selera masing masing.Jika tak suka manis kurangkan gula.
  • Isikan bahan-bahan kisar kedalam cili belah tadi  dan tekan-tekankan agar padat supaya   tidak terburai semasa memasaknya  nanti.(.Ada orang suka masak dengan santan  dan ada juga  yang suka kukus tanpa santan.)
  • Aturkan solok kedalam periuk dan tuangkan santan pekat.Jangan terlebih santannya ya..agak agak seperti dalam foto diatas.
  • Tutup periuk dan masak sehingga santan kering atau cili layu.


"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets .



Monday, April 1, 2013

Masak Asam Pedas Batang Keladi.

Ayah akan turun ke paya dibelakang rumah untuk mencabut pokok keladi minyak  dan terus menyiang serta membersihkannya  agar tangan mak tidak   pijar terkena  getah keladi.Begitulah perihatinnya arwah ayah setiap kali beliau ingin makan Asam Pedas Batang Keladi.Inilah masakan pertama yang Cm belajar dari emak....

Segalanya hanya tinggal kenangan.Ayah sudah lama tiada.Semoga ayah damai di Sana dan semoga kita dapat berjumpa di Jannah insyallah....dan terima kasih mak kerana perturunkan resipi ini.Semoga mak tabah bukan mudah bila kehilangan orang yang kita cintai,sayangi dan hampir 54 tahun hidup bersama.Doa ku sentiasa  untuk mu  mak....


Bahan-bahannya:

2 batang sayur keladi.
5 tangkai cili kering.
1 inci lengkuas.
1 inci kunyit hidup.
8 ulas bawang merah.
1 keping asam gelugur.
2 tbsp budu.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Keladi disiang dengan menyiat kulitnya.Potong dan dicuci bersih.Celur sekejap dan toskan airnya.
  • Kisar cili kering,lengkuas,kunyit hidup  dan bawang merah.
  • Masukkan 3 cawan air kedalam periuk.Jika nak kuah lebih boleh tambah lagi sedikit air.
  • Campurkan  bahan-bahan kisar,asam keping,gula,garam dan budu.Masak sehingga mendidih.
  • Akhir sekali masukkan batang keladi dan biarkan mendidih sekali lagi  agar kuahnya meresap ke dalam sayur  keladi.
  • Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih,ikan goreng,ikan masin dan budu :)....pengsan hikhik.
Satu resipi yang mudah dengan  bahan-bahan yang minima.Masakan  tradisi  orang Kelantan .Cm nak join Dapur Gert untuk pesta masakan Kelantan :)..."I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets .

Masakan Asam Pedas Batang Keladi ni bertambah sedap jika dibiarkan semalam dan  hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum dihidangkan ...selamat mencuba.:)

Wednesday, March 27, 2013

Burger Ayam....Sendiri Bikin :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari ini tak rasa nak keluar kemana-mana.Jalan pun masih dengkok dengkok lutut yang telah lama menderita menanggung beban yang sungguh berat :),cuaca pun panas.Malas nak mengharung cuaca panas untuk ke pasar.Makan je apa yang ada dalam peti sejuk tu.

Angah selalu usik,katanya peti sejuk mama ni bertahan sebulan jika berlaku peperangan hehe.Minta dijauhi segala mala petaka.Marilah kita berdoa agar Malaysia akan sentiasa aman dan makmur....Moga Allah melindungi Malaysia bumi tercinta ini.Hidup dan mati ku disini...mana lagi nak pergi kan...Kita dilahirkan disini..nenek moyang kita di lahirkan disini.....wah..tetiba rasa patriotik pulak....
Kali ini Cm buat burger sendiri.Burger yang sungguh simple.Hanya isi ayam dan bawang besar serta perisa ayam je....

Bahan-bahannya:

350 gm isi ayam-kisar halus.
1 cawan serbuk roti.
1 ketul kiub pati ayam.(Jika tak suka perisa letak je garam)
1 labu( besar) bawang besar.-cincang halus.

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam food processor kecuali serbuk roti.Kisar sehingga sebati.Keluarkan dari pengisar dan masukkan serbuk roti sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.

Bentukkan bulat seperti burger,Panaskan sedikit minyak jagung dan pan fry sehingga masak.

Burger Ayam ni boleh dihidangkan bersama-sama kentang goreng dan Onion  Relish.Letaklah apa-apa sayur yang digemari dan mengikut kreativiti masing-masing.Tadi tiada roti burger dalam simpanan jadi Cm guna roti biasa dan kepingan cheese .Jom kita lihat bagaimana nak sediakan Onion Relish.

Bahan-bahannya:

Resipi Asal DISINI..(mana pergi budak Tummy ni,lama menghilang.mmkoi ya Tummy)

2 labu bawang besar,-mayang halus.
30 gm butter.9Cm guna 1/2 je)
1 tbsp gula merah.
1 tbsp balsamic vinigar-cm guna apple cider.
Sedikit garam dan lada hitam.
Satukan bawang dan butter kedalam periuk dan masak sehingga bawang layu.

Masukkan gula merah dan masak sehingga bertukar warna perang.Kemudian masukkan garam,lada hitam dan cuka.kacau sehingga nampak biji biji gula seakan kristal.Siap untuk dihidangkan bersama Burger Ayam kita tu :)


Selamat menjamu selera...Alangkan bahagianya apabila melihat orang yang kita sayangi menjamu selera dengan apa yang kita hidangkan dengan penuh kasih sayang ..semoga Allah memberkati segala rezeki yang halal yang kita hidangkan.....Bismillah....