LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, April 1, 2013

Masak Asam Pedas Batang Keladi.

Ayah akan turun ke paya dibelakang rumah untuk mencabut pokok keladi minyak  dan terus menyiang serta membersihkannya  agar tangan mak tidak   pijar terkena  getah keladi.Begitulah perihatinnya arwah ayah setiap kali beliau ingin makan Asam Pedas Batang Keladi.Inilah masakan pertama yang Cm belajar dari emak....

Segalanya hanya tinggal kenangan.Ayah sudah lama tiada.Semoga ayah damai di Sana dan semoga kita dapat berjumpa di Jannah insyallah....dan terima kasih mak kerana perturunkan resipi ini.Semoga mak tabah bukan mudah bila kehilangan orang yang kita cintai,sayangi dan hampir 54 tahun hidup bersama.Doa ku sentiasa  untuk mu  mak....


Bahan-bahannya:

2 batang sayur keladi.
5 tangkai cili kering.
1 inci lengkuas.
1 inci kunyit hidup.
8 ulas bawang merah.
1 keping asam gelugur.
2 tbsp budu.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Keladi disiang dengan menyiat kulitnya.Potong dan dicuci bersih.Celur sekejap dan toskan airnya.
  • Kisar cili kering,lengkuas,kunyit hidup  dan bawang merah.
  • Masukkan 3 cawan air kedalam periuk.Jika nak kuah lebih boleh tambah lagi sedikit air.
  • Campurkan  bahan-bahan kisar,asam keping,gula,garam dan budu.Masak sehingga mendidih.
  • Akhir sekali masukkan batang keladi dan biarkan mendidih sekali lagi  agar kuahnya meresap ke dalam sayur  keladi.
  • Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih,ikan goreng,ikan masin dan budu :)....pengsan hikhik.
Satu resipi yang mudah dengan  bahan-bahan yang minima.Masakan  tradisi  orang Kelantan .Cm nak join Dapur Gert untuk pesta masakan Kelantan :)..."I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets .

Masakan Asam Pedas Batang Keladi ni bertambah sedap jika dibiarkan semalam dan  hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum dihidangkan ...selamat mencuba.:)

7 comments:

  1. Terima kasih Cikmanggis for participating. I pun dah bookmarked satu recipe yang guna batang keladi tapi masak dengan udang. Hope I have the time to try it out.

    ReplyDelete
  2. sedapnya CM lama dah makan keladi masak macam ni lepas nak kena korek keladi lah gamaknya ni hee

    ReplyDelete
  3. Bestnya, CM! Tapi kat mana pulak nak cari batang keladi?

    ReplyDelete
  4. Kak CM,
    Asam pedas Kak CM hampir sama with Nyonya Asam Rebus punya recipe. Rindu masak keladi macam ni.. makan dengan sambal belacan mesti best:)

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak... feberet saya sokmo2 ni kak... kalau ma yg msk mmg meratah dulu sebelum mkn dgn nasi..
    tp skrg dah susah nak jumpa keladi.. pernah juga beli keladi kat pasar tani.. tp bila masak.. keladinya terasa gatal2 sikit kat tekak.. nnt lain kali boleh msk cara akak ni.. ada letak budu... mesti bertambah2 sedap..

    ReplyDelete
  6. Aduh dah lama tak mkn keladi asam rebus ni... kecur air liur tgok... CM

    ReplyDelete