Semasa Diana sekeluarga datang menziarahi Cm tempohari ,banyak buah tangan yang dibawanya.Benih pokok buah-buahan serta benih akarsom dan hasil dari Kebun Sungai Buloh.Alhamdulillah.Terima kasih Diana....semuanya dah selamat dah..selamat dimakan ,kecuali bunga telang tu Cm frozenkan.Petang tadi Cm guna sikit untuk mewarnakan kuih Lompang Bunga Telang di atas.Selebihnya sedang dok fikir nak tukar bunga tu jadi apa pulak hehe.....
Resipi kuih lompang ni Cm ambil dari blog Kakwan.Terima kasih KakWan.:)..jika derhaka sikit sikit tu minta dihalalkan ya KakWan :)
Bahan-bahannya:
A
130 gm tepung beras.
20 gm tepung ubi.
120 gm gula pasir.
200 ml santan KARA.
300 ml air.
20-25 kuntum bunga telang.(Resipi asal ditambah sedikit warna biru)
1/2 tsp air kapur cair.
B
1 biji kuning telur.
1/2 tsp tepung beras.
1 tbsp santan pekat.
Secubit serbuk kunyit.(Resipi asal letak pewarna kuning)
1/4 tsp garam.
Kelapa parut secukupnya-kukus.
Sedikit garam.
Cara-caranya:
- Ramaskan bunga telang dengan sedikit air dan tapiskan kedalam A.
- Gaul A hingga sekata sehingga gula larut kemudian tapiskan.
- Panaskan acuan lompang dalam pengukus.Jangan lupa sapukan dengan sedikit minyak masak.
- Tuangkan adunan kedalam acuan dan kukus sehingga masak.
- Bancuhkan adunan B.
- Keluarkan lompang dari pengukus.Korekkan sedikit bahagian tengahnya.Isikan dengan adunan B.
- Kukus sekali lagi sehingga adunan B masak.
- Hidangkan bersama-sama kelapa parut.
Salam CM cayang. Kreatip nya buat kuih lompang bunga telang! CAntik gak biru nya ya!
ReplyDeleteLompang spring colours... love it!!
ReplyDeletexoxo
belum pernah lagi menggunakan bunga telang sebagai pewarna...pewarna semulajadi ni baik utk kesihatan..
ReplyDeleteKreatifnya..i like :)
ReplyDeleteSalam CM,, tak balik kampung ke cuti sekolah ni..mekasih sudi cuba resipi2 kat dapo K1 :)
ReplyDeletehi kak , tak pernah lena nampak kuih lompang warna biru..hehe..quite unique!
ReplyDeletespecialnya, biru Nampak cantik!
ReplyDelete