LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, July 3, 2013

Acar Masak..Ramadhan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Minggu depan umat islam mula berpuasa.Semoga kesihatan kembali normal setelah beberapa hari terbatuk-batuk.Orang lain masa jerebu hari itu batuk dan demam tapi Cm ni selepas jerebu baru lah batuk,selsema melanda.Alhamdulillah Allah bagi sakit yang sungguh minima berbanding dengan orang yang mengidap penyakit kronik yang sukar untuk sembuh.

Menjelang Ramadhan terkenangkan arwah ayah.Beliau orang yang paling sibuk untuk menyambut puasa.Beli lauk pauk dan barang-barang keperluan dapur.Sebelum tidur arwah ayah akan berpesan pada kami agar jangan lupa "pasang" niat...."Sahaja aku berpuasa sebulan,bulan Ramadhan kerana Allah Taala"...ha..ingat tu jangan lupa niat.Masih terngiang-ngiang ditelinga pesanan arwah ayah.

Cm jarang menulis tentang arwah ayah yang Cm panggil Wan,bukan tak ingat tetapi Cm buat-buat lupa agar tidak rasa terlalu sedih /merinduinya.Setiap kali selesai solat tidak pernah lupa untuk   mendoakan agar rohnya  ditempatkan di Syurga bersama-sama para Anbiya dan Syuhada.Semoga Allah ampuni segala dosa-dosanya.Semoga kami di ketemukan di Syurga..Insyallah.

Kami bangga dengan Wan yang buta huruf,tidak pernah besekolah seorang yang yatim piatu sejak umur 8 tahun  tetapi mempunyai pandangan yang jauh tentang pendidikan anak-anak.Walaupun Wan hanya buruh kasar bergaji sekitar  rm 3sehari  pada tahun 1973  tetapi semua anak-anak Wan berjaya dalam pelajaran.Kehidupan kami bertambah baik  sedikit demi sedikit.Wan pula sentiasa berusaha untuk mengubah kehidupannya.

Kami selalu ketawa bila Wan buat lawak bila ada orang bercakap besar tentang kejayaan anak-anak mereka.Wan akan keluar ayat-ayat mautnya...hah Engineer?buleh muat dengan lori..Dokter?belana koknar  kat rumoh nih hehehe.... Begitulah Wan..alfatehah.



Bahan-bahannya:

1 biji timun-buang biji dan potong nipis memanjang.
1 batang karot-potong kecik memanjang.
Sedikit bijan.
5 batang kacang panjang.-potong
6 ulas bawang putih-kupas biarkan sebiji sebiji.
3 tangkai cili kering.
4 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih.
Gula merah secukupnya.
Cuka secukupnya.( Cm guna cuka kurma)
Garam secukup rasa.
2 inci halia.
Secubit kapur sireh.
1 inci kunyit hidup.
Sedikit minyak untuk menumis.


Cara-caranya:


  • Rendam kacang panjang.timun dan karot dengan air kapur sekejap.
  • Kisar bawang merah,cili kering,halia,kunyit dan 3 ulas bawang putih hingga hancur.
  • Panaskan minyak.Tumis bahan-bahan kisar hingga naik baunya.
  • Masukkan gula merah,garam dan cuka.Kacau rata.
  • Kemudian masukkan sayur-sayuran dan 6 ulas bawang putih.
  • Masak sehingga layu.Rasa masam,manis dan masin.Biar seimbang.Taburkan bijan.kacau hingga rata.



6 comments:

  1. Alfatihah buat arwah....
    sy juga masuk ramadhan ni...kali ke 2 tnpa ayah...sama la...teringat dlu2 nak puasa...arwah abah mmg sibuk sediakan brang dapur....yg utamanya dicari...kurma...skrng tnggl mak je lgi...

    klau x ltak cuka x sdap plak kan CM...ada ganti x..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asyifa....marilah kita berdoa untuk org tersayang yg telah pergi buat selama lamanya.

      Jika tk bubuh cuka boleh perah jus limau nipis atau jus lemon.Rasa sedikit berbeza.Selalunya org bubuh cuka makan biasa tp akak letak cuka kurma.Apple cider pun boleh jika alah pada cuka makan biasa tu.

      Delete
  2. CM, sedih ya terkenangkan arwah ayah. PH bersyukur kerana ayah dan mak masih ada lagi tapi atuk kesayangan dah takde. Acar masak ni memang sedap terutama kalau makan dengan lauk nasi minyak. Bulan puasa mesti banyak gerai akan jual makanan yang sedap-sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ph....:( mmg sedih tapi yang pergi tetap pergi dan tak akan kembali.Hidup mesti diteruskan.Hanya doa yang selalu Cm hulurkan.

      Wah dapat rasa kemeriahan bazar ramadhan di Putrajaya ni.Tp di awal bulan puasa memang orang terlalu ramai Ph....

      Delete
  3. Alfatihah. Semuga rohnya tenang di sana.
    cm, acar ni kena ada nasi briyani ni....

    ReplyDelete
  4. Alfatihah. Terliur tengok acar cm. Belum start masak untuk berbuka niAbby minta upah je melekat menyusu. Masak simple tomyam je.

    ReplyDelete