Bahan-bahan yang di perlukan...
Cili api.
Garam.
Gula.
Cuka makan.
Botol kaca yang sesuai.
Kali ini saya ingin berkongsi cara-cara untuk menjeruk cili api agar ia bertahan lama.Selalunya jika kita simpan dalam peti ais dalam tempoh yang lama cili akan reput atau rosak dan jika kita simpan dalam freezer pun cili akan jadi lebam dan akhirnya rosak juga.Jalan paling selamat adalah dengan di jadikan jeruk.
Saya ada menanam 5 pasu pokok cili api dan semuanya berbuah serentak.Alhamdulillah seronok sangat apabila melihat pokok_pokok itu berbuah dengan lebatnya.Tak habis untuk kegunaan harian kerana kami sekeluarga bukan pemakan cili tegar jadi saya mengambil keputusan untuk menjeruk lebihan cili api yang saya petik petang tadi agar bertahan lama.
Inilah hasil tuaian petang tadi.Saya cuci bersih dan keringkan betul-betul sebelum di jeruk.
Cili api yang sudah di keringkan airnya tadi perlu di gaul dengan garam serta gula.
Kemudian cili api tadi di isikan kedalam botol yang telah di rendam dengan air mendidih dan keringkan sebelum di gunakan.Akhir sekali tuangkan cuka makan kedalam botol cili sehingga penuh.
Sekarang jeruk cili api kita sudah siap.Dalam masa empat lima hari lagi boleh lah di makan bersama bihun sup,sup tulang ,mee goreng atau apa-apa saja yang di sukai.Ada juga yang makan dengan nasi panas atau dengan ikan pekasam.Selamat mencuba...
Wow..tq sebab sudi kongsi tips...nanti nak cuba buat...
ReplyDeletejgn tak cuba kak,nanti hantar rumah saya sikit ye
Deletemenariknya...
ReplyDeletePedas tak cili padi padi jeruk
ReplyDeleteMinta izin guna resepi.
ReplyDeletemohon halalkan resepi, saya nk cuba
ReplyDelete