Cm adalah penggemar masakan Thai.Tak kira lah lauk pauk atau kuih muih.Masakan Thai banyak persamaan dengan masakan Kelantan tanah kelahiran Cm, mungkin kerana berjiran.Atau mungkin juga sebab Kelantan pernah di jajah oleh Siam pada satu ketika dahulu jadi banyak terdapat pengaruh masakan Thai dalam masakan Kelantan.
Salah satu kuih yang di kenali dengan nama Khao Tom Mad.Bila masuk negeri Kelantan nama bertukar jadi Pulut Dakap :)..Untuk melihat resipi asal Thai sila ke SINI.
Bahan-bahannya:
500 gm beras pulut-cuci dan rendam selama 2-3 jam.
2 cawan santan pekat.
1/2 tsp garam.
4 tbsp gula pasir.
6- 7 biji pisang -belah dua.(pisang awak,pisang berangan atau pisang abu)
Kacang merah secukupnya di rebus sehingga empuk,
Tali untuk pengikat.
Daun pisang secukupnya.
Cara-caranya:
- Satukan gula ,garam dan santan dalam periuk nonstick.
- Masak sehingga gula larut.
- Masukkan beras pulut jangan lupa toskan terlebih dahulu ya.
- Dengan api yang perlahan kacau pulut sehingga agak kering.Sejukkan.
- Lapik dua helai dau pisang .Letakkan kacang merah kemudian sudukan sedikit pulut.Lepas itu letakkan pisang dan sekali lagi sudukan sedikit pulut untuk melindungi pisang.Akhirnya letakkan beberapa biji kacang diatasnya.
- Balut seperti membalut kuih lepat .Tangkupkan dua bungkusan pulut dan ikat sehingga kemas.Pastikan balutan kemas agar pulut tidak terkeluar semasa merebusnya nanti.
- Aturkan bungkusan pulut dalam periuk.Isikan air anggaran paras bungkusan pulut tu.Masak sehingga air hampir kering.
- Toskan dalam tapis.Siap untuk dihidang :)
Selamat berhujung minggu :)
yang ni sy tak pernah try...nmpk sedap...pulut mkn ngn pisang n kcg merah
ReplyDeleteTry la sekali pasti tak lupa :)
DeleteAkk. . Sedapnya nampak. Mesti sedap kan.
ReplyDeleteAda rasa lemak,manis dan ada rasa pisang :)
Deletepulut dakap...mak sy dlu slalu buat cm....skrang dia x rajin dah...penat katanya...tp mmg lama dah x mkn ni....huhuhu
ReplyDeleteNi kira kuih orang dulu-dulu :)
Deleteooo nama lainnya pulut dakapnya CM... Amie pun tertanya2 juga mengapa ada bentuk pulut dakap yang sama dengan 'buras' iaitu makanan tradisi masyarakat Bugis di tempat kami...
ReplyDeletePernah dengar nama kuih Buras tetapi tak pernah makan.Ingin juga mencuba jika jumpa resipinya.
DeleteIyalah CM..nekcik ingatkan makanan kegemaran nekcik tadi..burasak...roper sama ...tapi nekcik selalu beli yang ada pisang tu
ReplyDeleteSalam Nekcik.Cadang melancung ke mana pulak kali ini.Seronok bila baca Nekcik ke China.
DeleteOoo buras dan burasak benda sama ya.
Assalammualaikum cik manggis...apa khabar? sihat?cucu sihat? he he he...lama sungguh tidak menjengah...cik manggis suka makanan thai yer...nam prakkkk...ha ha ha...
ReplyDeleteWslm Gearu.Lamanya tak "jumpa" gerau.Ingatkan mana menghilang sunyi sepi,pintu tutup tingkap tutup.Malam tadi pi tengok Jdt main ke hehe.
DeleteAlhamdulillah semuanya sihat dan baik-baik belaka.Ya suka makan masakan Thai..Aroy makk hihi
assalam CM
ReplyDeleteteringat kat arwah tok long nampak pulut ni
bila nak raya rajin arwah buat tp sy x ingat apa namanya
Sb kita Pattani dan dekat ke Kelantan
Wslm.Patani lebih kurang Kelantan je kan..dilek hampir sama,masakan hampir sama cuma Orang patani pandai cakap siam kan ..Sawady Krap :)
DeleteSalam tuan rumah..ronda2 jumpa pulut dakap nii..
ReplyDeletesedapnyer wehh lagi2 kalau pulut dakap pisang :)
Jemput minum :)
DeleteSedap nih CM! PH suka cicah dengan gula.
ReplyDeletePh ..hehe sama la kita.Jika pulut atau lemang suka cicah gula :)
Deletesedapnya kakak..zila suka makan jugak kalau gini tapi buat x reti heehehe..
ReplyDeleteCuba lah buat.Senang.Insyallah jadi.Puas makan jika masak sendiri.
Deleteeh, macam bak chang :) interesting to see bananas in this pulut dakap, looks very good! Tapi lena sekarang ingat balut bak chang pun sudah takut ! hahaha!
ReplyDelete