Assalamualaikum,
Saya memang suka berkebun walaupun tanah sekangkang kera,saya menanam pokok-pokok herba keperluan dapur sendiri seperti serai,kunyit,lengkuas,halia,kaduk,basil,bunga telang ,pokok kantan dan banyak lagi.Gambar di bawah ini ketika saya baru mula dirikan para untuk tanaman labu dan timun tetapi sekarang para ini telah di gantikan dengan buluh kerana besi lama tu telah berkarat.
Beberapa minggu lepas suami saya terjumps seekor burung Tekukur yang telah mati dan kami tanam dibawah pokok buluh di kebun mini saya.Semalam ada seekor lagi burung Tekukur di atas para pokok labu yang nampaknya sungguh uzur.Jika tidak silap saya di kebun mini ini ada sepasang burung Tekukur yang selalu turun minum di kolam ikan saya.Terlintas di fikiran adakah burung ini pasangan kepada burung yang telah mati tempohari?Jika benar,sungguh setia betul, kata orang hanya maut yang dapat memisahkan mereka....pagi tadi tiada lagi kedengaran bunyi suara burung tekukur seperti biasa..sedihnya....saya cuba mencari bangkai burung ini tetapi gagal.
Setiap yang hidup pasti akan mati.Jangan bersedih...saya cuba memujuk hati sendiri.Banyak pengajaran yang dapat kita kutip dari kehidupan seekor burung ini umpamanya tentang rezeki. Ada sebuah hadis yang di kaitkan dengan burung....
"Seandainya kalian sungguh-sungguh bertawakal pada Allah,Sungguh Aliah akan memberi kalian rezeki sebagaimana Allah memberi rezeki kepada seekor burung yang pergi dalam keadaan lapar dan kembali dalam keadaan kenyang. (HR.Tirmidzi ,hasan shahih)
Memang nampak uzur burung tu
ReplyDeleteบริการ สล็อต slot ด้วยระบบเกมใหม่ปัจจุบันของพวกเรา ได้ปรับปรุงแก้ไขให้มีความเสถียรภาพมากยิ่งขึ้น PG SLOT เล่นสล็อตผ่านมือถือ ก็ไม่มีหลุด เล่นได้ทุกระบบปฏิบัติการ จะเล่นโทรศัพท์มือถือเครื่องไหน คอมจำพวกใด
ReplyDelete