LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, June 28, 2022

Apom Lenggang.

Apom Lenggang. Bancuh malam tadi, pagi ini melenggang.


Bahan2nya:


1 1/2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan nasi sejuk*

1 1/2 cawan air*

1/2 cawan gula

1 sudu teh yis 

1 sudu teh garam

1 biji telur

1 cawan santan


Kisar bahan yang bertanda *sehingga halus.

Masukkan semua bahan -bahan di atas kecuali santan. Gaul sehingga sebati. Simpan dalam peti sejuk.


Esok pagi keluarkan adunan apom dari peti sejuk. Masukkan santan dan biarkan sekejap.


Bolehlah melenggang Apom kita. Saya guna kuali non stick saiz kecil.


Semoga bermanafaat.

2 comments:

  1. Gluppp!!! telan ailio tengok apam lenggang ni, nak buat tak rajin pulaknya..

    ReplyDelete
  2. Nak kena rajin baru ada apam lenggang ni kat umah kita kak hihii sedapnya

    ReplyDelete