Selamat pagi.Cm baru selesai mengemas keliling rumah,melihat pokok pokok yang hampir kering kerana tidak disiram beberapa hari.Seperti biasa jika Cm berkebun dikeliling rumah ni mesti teringatkan arwah Wan iaitu ayah Cm.Alfatehah buat Wan semoga rohnya bersama roh orang orang yang dijanjikan syurga olehNya....
Wan sangat suka berkebun dan apa saja yang ditanam ,menjadi dan hidup subur..mak selalu cakap Cm ni seperti wan yang suka berkebun dan tangan Cm sejuk macam tangan wan...alahai rindu yang sungguh sungguh pada arwan wan dan juga mak di kampung......semoga mak sentiasa sihat dan memperolehi ketenangan setelah kehilangan orang yang disayangi.....Semoga mak tabah...
Pokok anggur yg kami tanam telah berbuah buat kali ke 2
Semalam Cm terima kiriman benih benih sayur dari Diana ..terima kasih Diana dan Dany dari kebun Sungai Buloh..Semoga benih yang Diana kirim ini akan menghasilkan benih yang berlipat kali ganda dan akan Cm kongsi dengan rakan-rakan yang berminat nanti...dan sedekah dari Diana akan Cm panjangkan....Insyallah.
Tapak untuk tanaman sayur telah lama Cm siapkan.insyallah petang nanti kami akan mula berkebun di ladang kami yang luasnya hanya sekangkang kera:) ini.
Pokok Markisa yang kami tanam menjalar hingga ke tingkat atas.
Pokok kailan pemberian Puan Neo hidup subur bersama pokok selasih yg Liza kasi.
Akhir sekali Cm nak letakkan ambar terbaru Cucu Cm Aqeel yang telah beransur sihat setelah menjalani satu pembedahan.Alhamdulillah syukur pada Allah...semoga aqeel akan membesar dengan sihatnya selepas ini.Semoga Mommy dan daddy Aqeel tabah.......
Aqeel dan daddynya.
Lebat buah anggurnya tu CM....
ReplyDeleteSalam, CM.. wahhhh, mesti sejuk tangan CM, suka tengok pokok menjalar tu..
ReplyDeletepernah tanam anggur tapi tak pernah berbuah...geram tgk CM punya ni.
ReplyDeleteSalam makcik manissss!! besttttttnyaaaaaaa! kalau kita ada sekangkang kera tanah pun kalau dah namanya tangan kita ni mmgnya pembunuh mmg tak akn hidup lerr pokok2 yg kita tanam huhu.. besar berhektar hektar kalau tgn kita yg siram alamattt mmg sakit nak mati lerr pokok yg kita siram tuu ehehe... tgn kita tak serasi tanam pokok tapi kita suke sgt nak bercucuk tanam huhu.. bb comellllllll! geram tgk!
ReplyDeleteWah CM bila dah banyak buah anggur tu boleh panjangkan sedekah kat saya pula ye... :D
ReplyDeleteMemang jeles sangat tengok orang tangan sejuk ni.. saya jenis tak berapa menjadi nak tanam menanam ni... bunuh membunuh jadi hehehe :P
wah..anggur..bestnye tgk pokok anggur tu dah berbuah..
ReplyDeleteSalam CM.. wah terujanyer erma tgk anggur tu.. bukan senang nak menjaga sehingga mengeluarkan hasil.. katanya mengikut iklim.. memang tabik kat CM.. selalu sayur2 lain tapi kalini.. cam nak tolong petik ha ha ha.. Alhamdulillah Aqeel dah sihat.. semoga terus sihat n kuat he he he
ReplyDeleteassalamualaikum Cm... :)
ReplyDeletebest nye nampak anggur dah berbuah.. sekangkang kera pun tak per la.. janji ada hasil.. kan.. :)
siannye baby.. operate apa tu.. ape pun semoga baby cepat2 sihat dan membesar dgn baik ye.. :) insyaALLAH..
salam k.nah, kenapa dgn aqeel ya.. kesiannyer kecik2 dh kena opp.. smoga aqeel segera sembuh ya..
ReplyDeletegeram tengok anggur tu k.nah.. kat sini sentias hujan, kalau tanam masam jer kut...
wah3x... anggur nampak cam sedap je... eerrrmmm, bestnye kalo dpt petik n terus makan.. hihihi
ReplyDeleteAbby panggil Aqeel nanti kita main sama-sama ya.
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah benih dah selamat sampat.
Whoa, bertuah betul CM! Your grandchild looks strong & healthy. So is your home grown grapes. I am so jealous looking at them.lol. haha.....
ReplyDeleteHope you're having a great week ahead.
Kristy