Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar ibu-ibu dan anak-anak semua?sekarang musim cuti sekolah tentu macam macam aktiviti bersama anak anak...aktiviti kat dapur pun tak kurang hebatnya.Anak bongsu Cm tak mahu masuk rumah kerana leka bermain dengan kawan kawannya.Kebetulan semua anak-anak jiran adalah lelaki.lepas main bola ,mereka berlumba basikal dll. Hari ini Cm kasi chance......
Pagi tadi Along ajak Cm temankannya ke Ikea kerana nak beli hadiah perkahwinan kawannya pada hari Sabtu dan Ahad ini.Jadi hari ini "Tutup " dapur setengah hari.Along belanja kami makan tengahari di The Curve.Alhamdulillah.Terima kasih Along....hari ini hari gaji agaknya ...Along siap "hulur" lagi hehe.Thank you:)..Jumlah tak penting tapi ingatan tu membuatkan rasa terharu sangat-sangat.Selalunya duit yang anak anak" hulur" Cm letak dibahagian khas dompet Cm dan takkan digunakan jika tak penting.Rasa tak sampai hati nak gunakannya......Terima kasih juga pada Atiqa:)p..terima kasih pada semua anak-anak yang di kasihi...Angah..Zuhri dan adik:)..ini lah orang penting dalam hidup Cm...selain dari Suami tercinta:)Seperti biasa tidak sah jika ke Ikea kalau tak beli Kuih Koo yang di jual di bahagian food court kat bawah tu..sedap.....Kami sekeluarga memang suka makan Kuih Koo.Suami Cm selalu usik katanya....Mama ni kalahkan orang Cina bila bab-bab kuih Cina ... hehe.memang I love this kuih:)Yum yum.....
Intinya sungguh sedap sebab tak manis dan tak tawar.Kepada kawan-kawan yang ingin mencuba buat sendiri Kuih Koo boleh lihat DISINI dan DISINI.
Kepada anak-anak semua Makcikmanggis ucapkan selamat bercuti :)...kepada ibu-ibu ...ini lah masanya nak cuba resepi resepi baru kerana "tukang makan" bersedia untuk mencubanya hehe...oh ya maaf lah sebab tak sempat nak singgah ke dapur kawan-kawan....sibuk memanjang.....Minggu depan Cm akan ke rumah Maryam selama seminggu....tunggu ya Maryam:)
wah seronok nya kak terima ganjaran dari anak2.. anak sulung ilah baru praktikal..so duit pertama elaun dia kasi semua yg ada kat umah nie merasa...huhuuu..bulan ke 2 dia suruh ilah simpan kat asb...wpun jumlah yg sikit tapi najihah cukup pandai berjimat2 mcm mama dia dulu2..
ReplyDeletealaaaa nak p umah cucukuss maryam ker..mamtok nak ikut tom mama leh tak???? hehehe kim salam windu yaaa...jgn lupa beli jeruk tauuuu
ilahjy..najihah dah praktikal ya..sebenarnya bukan jumlah yang di kira tapi tanda ingatan dan keikhlasan pada orang tua.Jika nak di kira ..kita ni insyallah dah ada duit kan ilah.. tapi bila anak anak ingat tu rasa terharu....
ReplyDeletewow, so many colour of AKK, look lovely!
ReplyDeletesedapnya kuih ang koo tu CM,colourful lagi...pernah mkn kawan kat sini buat tapi belum kesempatan nk buat sendiri lagi..acuan pun lum ada lagi:)
ReplyDeletewahhh! kalerpul! tun x pernah tgk lg kuih koo nih. nnti tun nk usha kt link tu cmner nk buat.
ReplyDeleteselamat petang cm, kak memang dahsyat, kuih angku cina ini pun tahu buat..sungguh menarik sekali! very well done!
ReplyDeleteTak pernah cuba lagi Cik Manggis..tak melekit ke kuih tu..
ReplyDeleteSaya belum pernah makan kuih ni.
ReplyDeleteCm holiday ke penanglah ya.
Warna-warni. Adik cuti sekolah boleh lah duduk lama lagi kat Penang. Mama saya dengan adik baru bertolak ke Sabah sampai new year.
ReplyDeleteWah seronoklah nak pegi jumpa Maryam ye CM... have a great time there :)
ReplyDelete