Kami memang suka makan roti yang disapu dengan kaya.Sarapan yang paling ringkas dan cepat.Stok roti dan kaya sentiasa ada di dalam peti sejuk.Kaya yang dimasak sendiri sentiasa menjadi pilihan kerana ianya kurang manis.Cm masak Kaya ini semalam untuk dimakan bersama pulut tai tai.
Resipi asal Cm ambil dari dapur Sonia tetapi diubah suai mengikut bahan-bahan yang ada kat dapur Cm :) .Terima kasih Sonia.Kaya ni memang sedap dan baunya sungguh wangi.
Bahan-bahannya:
8 biji telur ayam kampung.
500 gm gula pasir.
700 ml santan pekat dari 2 biji kelapa.
3 helai daun pandan-simpul.
Cara-caranya:
- Bancuh 300 gm gula dengan santan.Kacau sehingga larut.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau menggunakan whisk sehingga sebati
- Masak lebihan 200 gm gula sehingga menjadi karamel.(golden syrup)
- Tuangkan karamel kedalam adunan santan dan kacau perlahan-lahan sehingga larut,
- Masukkan adunan kedalam periuk stainless steel jangan lupa masukkan daun pandan.
- Masak menggunakan kaedah double boil.Kacau perlahan-lahan untuk dapatkan adunan kaya yang licin dan cantik.Jika berhenti jangan terlalu lama.(1-2 minit rihat je )
- Apabila masak dan memperolehi kepekatan yang sesuai padamkan api.Keluarkan daun pandan
- Biarkan kaya betul-betul sejuk sebelum di isikan kedalam botol yang sesuai.Simpan didalam peti sejuk.
Keistimewaan Kaya yang di buat sendiri ni kerana tiada bahan pengawit.Makan tanpa was-was tetapi kena simpan di dalam peti ais untuk mengelakkan dari berkulat.Hasil dari resipi di atas Cm dapat satu botol besar.Jika kawan-kawan ingin mencuba buat pertama kalinya eloklah masak 1/2 resipi dah cukup.Oh ya ,jika mahukan kaya yang lebih gelap ,gula hendaklah dimasak sehingga agak gelap sikit warnanya.(Gula hangus)
Selamat mencuba.Semoga kita dapat bekalkan makanan yang terbaik untuk insan-insan yang kita sayangi.
bestnya kan kak..dpt pepagi ni roti bakar..puas hati..buat sendiri dijamin bersih dan ikut selera kita
ReplyDeleteSalam CM,
ReplyDeleteKaya buatan sendiri tentunya lebih sedap dan kena dengan selera kita sekeluarga - terutama bab manis tu. Yang beli punya memang manis sangat. Warna kaya ni macam kaya di White House yang terkenal dengan roti bakar dan telur masak separuhnya di Kota Bharu tu!