LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, November 24, 2012

Nasi Lemak Tumis



Nasi

Bahan-bahannya.

3 cawan beras basmathi.
3  3/4 cawan air.
1/3 cawan santan pekat.(Jika sukakan nasi lebih lemak boleh tambahkan santan )
Garam secukup rasa.
Sedikit serbuk kunyit-jika inginkan nasi berwarna kuning.
2 ulas bawang putih.
4 ulas bawang merah.
1 inci halia.
2 tsp biji halba.
2 helai daun pandan.
1 batang serai-diketuk.
Minyak jagung untuk menumis.

Cara-caranya:


  • Bawang merah,bawang putih dan halia di mayang halus.
  • Beras dicuci dan direndam selama 20 minit.Kemudian di toskan.
  • Panaskan minyak jagung dan tumiskan baha-bahan yang dimayang hingga wangi.Kemudian masukkan halba.
  • Masukkan beras dan digaul hingga rata baru masukkan air,santan,garam,daun pandan,serbuk kunyit  dan serai.Tanak nasi sehingga masak.


Sambal.

Bahan-bahannya:

2 cawan ikan bilis-yang siap dikopek .-goreng hingga garing dan ketepikan.
10 tangkai cili kering-kerat-kerat dan rebus sekejap dan toskan.
15 ulas bawang merah.
1 labu bawang besar-potong dadu.
Sedikit belacan.
Garam secukup rasa.
Gula melaka/gula merah secukup rasa.
1 keping asam gelugur.
Minyak untuk menggoreng  ikan bilis dan menumis.

Timun.-potong nipis.
Kacang tanah- goreng.
Telur.-rebus.

Cara-caranya:

  • Masukkan bawang merah,bawang putih,cili kering  dan belacan serta sedikit air.Blend hingga sebati.
  • Panaskan sedikit lebihan minyak menggoreng ikan bilis tadi dan tumis bawang besar  hingga naik bau.
  • Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga wangi dan pastkan ianya betul masak.Kemudian masukkan asam keping,garam dan gula merah.Jika nampak terlalu kering boleh masukkan sedikit air.
  • Masak sehingga sambal agak pekat.
  • Akhir sekali masukkan 1/2 daripada ikan bilis goreng tadi dan kacau rata.
  • Siap untuk dihidangkan bersama  nasi lemak tumis ...hiaskan besama kacang goreng,potongan timun dan telur.



7 comments:

  1. aduh malam2 ni tengok nasi lemak mmg jadi lapo balik ni CM dah lah akak dok usung bantal dah ni nak titun heeee mengoda lah nasi lemak tumis tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah usung bantal? awalnya...ok...ok pi tido dulu..esok pagi-pagi Cm hantar nasi lemak ya hehe.

      Delete
  2. sedapnya, esok sarapan bolehlah buat nasi lemak he he

    ReplyDelete
  3. Wah! Menariknya resepi Nasi Lemak Tumis.... esok pagi memang cadang nak baut nasi lemak sebab anak-anak buah bermalam di rumah.... minta izin pinjam resepi ye CM....

    ReplyDelete
  4. Salam..lepas subuh tgk nasi lemak cm.. Bau sampai seremban ni..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum CM, wah! sedapnya nasi lemak dia buat..color dia pun menarik,mesti naik lagi selera nak makan dgn color kuning camtu..

    ReplyDelete
  6. Bestnya kalau dapat home-made nasi lemak. Kami seminggu asyik breakfast tapau gerai nasi lemak jalan utama kampung kubu gajah ni sahaja.

    ReplyDelete