LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, November 20, 2012

Lempeng Bawang


Bahan-bahannya: Sumber Mamafami.

1 cawan tepung gandum.
1/2 cawan susu segar.
3/4 cawan air.
1/3 tsp baking powder.
1 biji telur.
1/2 labu kecil bawang besar(Holland)-cincang kasar.
1/2 tsp garam.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahannya ke dalam bekas yang sesuai.Kacau hingga rata agar tiada ketulan kecil pada adunan.
  • Panaskan kuali nonstick dan tuangkan 2 senduk kecil adunan .Lenggang-lenggangkan kuali agar adunan sekata.Masak dengan api yang perlahan.
  • Sedap dimakan bersama sambal ikan bilis,sambal sardin atau kuah kari.


Satu adunan ini boleh dapat 5 biji lempeng.Terima kasih Mamafami :) dan selamat bersarapan semua!

12 comments:

  1. lawa plak lempeng bawang ni.. sesuai sangat dgn sambal sardin tu.. smlm dinner makan sambal sardin ngan nasi je.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Jas.sambal sardin ni lebihan hari sebelumnya hehe.Hangatkan dapat cicah lempeng.

      Delete
  2. Salaam CikManggis...

    Alaaaa lambat pulak sampai. Mesti dah habis ni. Dah tu, 5 keping je.. huhuhu... Aiyoyo.. itu sambal sangat memanggil qolbu ku... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm Mama:)

      memang licin menjilat jari.terima kasih kerana berkongsi resipi yang best ni.Lempengnya sungguh lembut sekali.Cm akan guna resipi ni lg dan lg hehe.

      Delete
  3. slm kak cm ^^ tun suka mkn lempeng cicah kari ikan.. xpenah nk sukat2 sbb biasa campak2 je. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Tun...selalunya akak main campak campak jugak..untung batu tenggelam..untung sabut timbul hehe..tp kali ini guna resipi mamafami ni mmg best.Lembut sangat sangat.

      Delete
  4. Aslmkum CM.sy suka lempeng cicah sardin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm mamasya...akak pun mmg suka sangat..tak jemu-jemu:)

      Delete
  5. Replies
    1. Ya betul Sonia..makan petang petang..dan mengenyangkan.

      Delete
  6. Cantik lempeng bawang CM... warnanya lembut & menggoda selera!

    ReplyDelete
  7. Selalu buat lempeng kampung je..tambah air&garam..mesti cuba yg ni pula

    ReplyDelete