LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, October 12, 2012

Snow Cheese Cake

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selama ini asyik menelan air liur bila nampak snow cheese cake yang kawan-kawan buat .Nak cuba takut tak jadi dan tiada orang yang nak memakannya.maklumlah Cm hanya  tinggal tiga beranak kat rumah ni..Si adik memng tak suka  makan kek selain dari kek coklat....
Hari  ni Cm gagahkan jugak kerana bahan-bahan dah lama beli.Pejamkan mata dan Bismillah....akhirnya terhasil lah kek yang tengan femes sekarang ni.Alhamdulillah memang sedap ..lain dari kek cheese yang pernah Cm makan kerana Snow Cheese kek ni di saluti oleh parutan Cheese Cheddar...lemak-lemak manis gitu...

Sumber: Izahdaut.
              Mamafami.
              Kzai.


Bahan-bahannya:

A

6 biji telur -asingkan  2 putihnya.
100 gm gula halus.
100 gm tepung Hong Kong.
60 gm tepung jagung.
75 gm melted butter.
50 gm air sejuk dari peti ais.
1 tsp baking powder.
1 tbsp ovalette.
Sedikit essen vanilla.

B
Topping:

250 gm cream cheese.
1/2 cawan susu pekat manis.
(Pukul cream cheese dan susu pekat manis hingga kembang.Ketepikan.)

C
Tabur:

Parutan Cheddar Cheese secukupnya.
Cara-caranya:


  • Satukan bahan-bahan A  kedalam mangkuk pengadun kecuali melted butter.Pukul hingga gebu.
  • Kemudian masukkan melted butter dan pukul lagi hingga sebati.
  • Sapukan acuan dengan sedikit butter dan alaskan dengan baking paper.
  • Tuangkan adunan kedalam acuan tadi dan bakar hingga masa.
  • Sejukkan atas redai dan potong kek dengan menggunakan benang seperti kita memotong telur rebus agar kelihatan kemas.
  • Sapukan dengan B dan tutup dengan kek yang sebahagian lagi.
  • Sapukan semua permukaan kek dengan cream cheese dan tabur dengan keju parut.
  • Simpan dalam peti ais selama 2 jam sebelum di potong.

14 comments:

  1. Asslmkum CM.
    Yummy. . Sue hanya mampu memandang ja la. Sue kat rmh berdua ja. Hb lak kompem x minat ni. Tumpang mkn sama boleh? Heheheee

    ReplyDelete
  2. Salam CM.. ya.. Ampun betapa gebus n menariknya kek tu.. erma tang cheese memang x tahan.. ngan muka tak malu nak juga hulur pinggan kosong x mo sepotong tak cukup tu.. he he he rajinnyer, gebu n cantik kejadiannye.. memang terliur.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. salam CM..sedap nya tgk ptg2 ni...lama x buat..

    ReplyDelete
  4. Nak sekeping?
    nampak moist and fluffy...wah sedap.

    ReplyDelete
  5. salam cm,akak dah lama tak buat snow cheese kek ni tergoda lah tengok cm punya tu gebus je kan

    ReplyDelete
  6. Errr.cm seram je nk telan cis berterabur tu kan...tp sedap punya pasal ada mak kisah? Saya pun tensi ni cm semua org dok guda ngan kek glamer ni...uwaaaa

    ReplyDelete
  7. 1 of my favourite cake... dah buat bisnes pon kek ni.. permintaan sentiasa ade sebab kek ni memang sedap dan gebus, cuma atie yang takde masa nak buat... hehe.. raya lepas pon hidangkan kek ni, lom sampai tengah hari dah habis... siap dapat tempahan after raya lagi... hihi

    ReplyDelete
  8. memang sedap tang krim tu sbb manis krim dan lemak masin ceddar cheese tu kan. makan harus lepas di chill dlm peti es baru terangkat2 kening. hehehe...

    gebu kan kek spannya tuu... :-)

    ReplyDelete
  9. saya tengok cake ini air liur pun sudah keluar, hehehe..apa jenis keju tabur diatas cake ini? hari ini saya baru buat cheesecake, tapi light cheddar cheesecake..

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Salam cm...nampak sedap,nak simpan recepi untuk Raya Haji lah.

      Delete
  11. Aslmkum CM.sypun dok telan air liur nengok kwn2 tayang kek snow cheese ni.bilalah nak buat....tumpang jamu mata di dapur CM dulu....

    ReplyDelete
  12. oh CM, makcik pun tengok kat rumah mamafami & nak buat....baru beli cheddar tadi.....project esok la gamaknya....sedap?

    ReplyDelete