LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, October 1, 2012

Masak Lemak Kuning Betik Mengkal Dengan Udang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Alhamdulillah dapat buat satu posting hari ini setelah beberapa ketika dapur maya dan dapur  alam nyata terabai :).......Cikmanggis dah nak berehat panjang dari dok di celah celah dapur hehe.Nak berkebun pulak lepas ini....teruja bila "kebun" anggur berbuah dengan lebatnya.

Semalam sehari suntuk kami berada di rumah kami di Nilai kerana membuat "kira-kira" terakhir untuk tambah  & pasang lampu dan kipas dan lain-lain lagi.Agak lama rumah kami tu terbiar tanpa kasih sayang hehe.Semasa berada di sana seorang kawan yang menetap di Lukut menalipon bagitau yang ada udang segar yang baru di tangkap disebelah paginya Jadi hasilnya Cm beli dua kg udang yang sungguh segar bugar lagi dengan harga rm15 per kg......

Kebetulan kawan Cm tu bagi beberapa biji buah betik mekal jadi terfikir nak masak lemak dengan udang.Semasa masuk dapur Ibundo semalam nampak rendang betik mekal..wah nampak menyelerakan:)...


Bahan-bahannya:

3 potong memanjang betik mekal.-hiris kecil-kecil.
8 ekor udang -buang kulitnya.
1 peket serbuk santan.
1 1/2 cawan air.
5 biji cili padi-jika suka pedas boleh la tambah ya.
3 ulas bawang merah.
1 batang serai ketuk.
1 helai kecil daun kunyit..simpul
1 hirisan kecil lengkuas.
1 hirisan kecil halia.
1 ketul kecil kunyit segar,
1/2 tsp serbuk kunyit..tambah warna kuning.
1/2 keping asam gelugur.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Bawang merah,halia,lengkuas ,kunyit dan cili api di kisar dengan sedikit air hingga halus.
  • Bancuhkan serbuk santan dengan 1 1/2 cawan air hingga larut.
  • Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga mendidih atau betik empuk.
  • Siap:)...



18 comments:

  1. Amboi cik manggis oiii.. sedap betik mengkal tu.. akak tak pernah masak buat gulai.. akak buat jeruk jer betik mengkal ni... Nanti bolehlah akak cuba resepi cik manggis ni pulak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap sb partnernya ikan masin sepat goreng..mak ai..bertambah-tambah..ada resipi jeruk tak?nak cuba jeruk pulak sb ada 1/3 biji lagi tu kat dalam peti sejuk.

      Delete
  2. hmmmmmmmm.. raya lepas nak cari betil muda... x dapat.. mak kata pokok betik dia baru takat kepala lutut.. mane nak dapat buahnye kan.. kalau yg jual biasa betik dah masak.. tak leh la wat bening or masak lemak.. hmmmmm mane nak cari betik muda ni.. uwaaaa nak wat masak lemak ngan goreng ikan kering garing2.. perghhh.. sodapnya.. :) teringin betik kat sini.. ade lagi tak? antar semangkok ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sukar nak dapatkan betik mengkal atau pun yang muda..ni nasib baik kawan kasi..dapat lah merasa..

      pokot takat lutut?eh lambat lagi la gayanya nak dapat betik muda hehe.

      Delete
  3. sedapnya, dah lama tak makan gulai betik macam ni, selalu mak saya masak bening jer taruk lada hitam. Tak sangka sedap juga dimasak dengan udang rupanya... nyum nyum!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya lebih sihat jika masak bening je tetapi terlanjur ada udang Cm buat masak lomak..sekali sekala..jangan kerap makan berlemak lemak ni tak baik untuk kesihatan..hehe pesanan penaja.

      Delete
  4. salam kak CM...
    bestnyer kak sayur tu.. terliur dibuatnya.. lama tak masak betik mengkal.. tp en. abang sy tak berapa suka betik dibuat sayur.. hehe.. sy okay je... udang tu udang kehel ye? murah ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..akak mmg suka betik masak lemak ni..pedaskan sikit baru umpph tapi org kat rumah ni tak boleh makan pedas..

      Udang kehel tu apa madiha?..ya mmg murah udang ni.Jika kat pasar tak dapat dgn harga rm15 se kg.

      Delete
  5. Salam makcik manisssss :-)) eeeeeeeee...kita paling sukeeeeeeeee mkn betik ni mekal2 gituuuu, krup krap krup krap! sedappppp! sini tak de lerrr sume dah lembik2, yg muda pulak yg biasa buat somtam tuuu, sedapnya! yg buat halwa guna betik ni jugak kan? raya itu hari balik kg tak jumpa dah halwa betik teringin sgt nak makan huhu... akak nak buat cipon ya? fightingggggg!!! insyaAllah jadik :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnya...saya tak pernah masak sendiri gulai betik sebab anak2 tak makan tapi kalau kat rumah saudara mara biasa.

      Delete
    2. Salam Adik manisss.Ika..buat somtam mmg sedap,kerabu pun sedap dan buat cicah dgn kicap pun sedap:)..eh ika balik raya ke ari tu?

      Insyallah nak buat cipon kek tp kena kuatkan semangat dulu..buang semangat malas tu jauh jauh dan ambil semangat rajin hehe

      Delete
    3. Salam zai..Cm suka sangan makan betik..dari yang mentah hingga yang masak cam ni...sedap zai..cuba la..

      Delete
  6. Salam,
    BW ptg2 ni tinggal tapak dan join sekaki nak lauk sikit...
    http://my-mintroom.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah..nanti cm buat kunjungan balas ya..

      Delete
  7. betik ada ni kat dlm esbok tu tak tau lah dah mengkal ke belum udang pun ada kot kalau bahan semua ada ingat akak nak cuba jugak pasti sedap teringin sangat tengok gambar kat atas tu adoiiiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika semua dah ada..boleh lah cuba..insyallah sedap tapi best lg jika geng dengan ikan masin tau..selamat mencuba..

      Delete
  8. Oh mama Diana pun mesti suka ni. Mesti nak cuba bila balik tanahair nanti. Kena book mark ni.

    ReplyDelete
  9. cuba lah tapi lagi sedap jika lagi pedas..bila Diana habis belajar?

    ReplyDelete