LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, August 29, 2012

Rendang Tok Manggis :)p


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Selamat tengahari dan salam  buat semua kawan-kawan yang dikasihi.......masih dalam mood raya?atau mood open house?Semasa Cm kanak kanak dulu raya hanya sehari saja .Lepas tu masing masing berpuasa enam.Bila dah tua tua begini dan berhijrah ke KL ,raya sehingga sebulan hehe...tapi Cm macam biasa saja.Tak pernah "over-over"Bersederhana sebaik baiknya dalam apa jua perbuatan yang kita lakukan.

Semalam Cm beli 1 kg daging batang pinang dan hari ini Cm tambah dengan 1/2 kg hati lembu.Cm dah lama tak makan daging atau hati (tak pernah makan hati sb Cm orang yang sgt ceria)     disebabkan masalah kesihatan tetapi Cm masak rendang tok untuk anak anak dan niat dihati nak sejuk bekukan separuh .Mana lah tahu jika ada tetamu yang singgah tanpa notis hehe.Dapat lah Cm tanakkan nasi dan panaskan rendang Tok.Jika dapat bagi tetamu makan terasa sangat berpuas hati dan seronok...tetapi Angah dah warning..katanya rendang ni tak kan sempat nak di frozenkan hehe.

Bahan-bahannya:

1 kg daging batang pinag -potong kiub sederhana saiznya.
1/2 kg hati lembu-potong kiub.
20 tangkai cili kering.
3 labu bawang besar.
20 biji bawang merah.
5 hirisan/keping lengkuas.
5 hirisan/keping halia.
1 ketul sedang  kunyit hidup.
2 tbsp rempah kari.
1 keping asam gelugur.
1/2 biji kerisik.
1 tbsp ketumbar biji.
1 tbsp jintan manis.
1 tbsp jintan putih.
2 biji santan pekat.-anggaran 2 1/2 cawan.
6 batang serai.-ambil bahagian bawah untuk dikisar dan 2 batang bahagian atas dititik.
3 helai daun limau purut-mayang halus.
1/2 helai daun kunyit-mayang halus.
Gula melaka secukup rasa.
Garam secukup rasa.


Cara-caranya:


  • Bawang besar,bawang kecil.cili kering,halia,lengkuas dan kunyit dikisar halus.
  • Jintan manis,jintan putih dan ketumbar di goreng tanpa minyak hingga wangi.kemudian dikisar kasar.
  • Masukkan daging dan hati kedalam kuali dan tuangkan bahan-bahan kisar dan rempah jintan manis,jintan putih,ketumbar dan serbuk kari.Gaulkan hingga sebati.
  • Masak dengan api perlahan sehingga daging empuk.Jika perlu tambahkan sedikit air.
  • Bila daging dan empuk boleh lah masukkan santan,hirisan daun limau purut,daun kunyit,serai ketuk ,asam keping,kerisik ,gula melaka dan garam secukup rasa.Seimbangkan rasa masin,manis dan masam.
  • Akhir sekali masukkan kerisik.Masak dengan api yang sederhana dan sentiasa mengacaunya agar rendang tidak cepat hangus.
  • Masak sehingga rendang kering.Mengambil masa agak-agak 2 1/2 jam atau lebih.Kena banyak bersabar ya:)




4 comments:

  1. nampak sedap sangat rendang tu, saya percaya memang tak sempat difrozenkan pun, hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri kak CM...

    Patutlah angah dah warning awal2... tengok pun dah tau.. mesti sekejap je licin rendang tu... memang nampak sedap! terliur pulak bila nampak rendang.. terus teringat kat lemang! hee...

    ReplyDelete
  3. Nampak sedapnya , lain Kali Saya nak Cuba ini .

    ReplyDelete
  4. rendang tok memang sodappp. Kalau ada rendang ni kat majlis kenduri, itu la yang dituju dulu hehe..

    ReplyDelete