Selamat petang dan selamat berpuasa enam kepada kawan-kawan yang berpuasa.Hujung minggu ni tentu ramai yang buat rumah terbuka jadi pastinya sudah ada menu dalam kepala kan?.Rendang ayam dan daging hampir menjadi juadah wajib di pagi raya jadi apa salahnya jika mencuba menu yang agak berbeza dari biasa untuk rumah terbuka?Jom cuba try test masak Kari Kapitan pulak...sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi berperisa seperti nasi minyak atau nasi tomato.
Bahan-bahannya:
A
1 ekor ayam (saiz sedang) potong kecil.
Serbuk kunyit.
Garam secukupnya.
B
2 labu bawang besar.
15 biji bawang merah.
15 biji cili kering.
3 ulas bawang putih.
1 biji kelapa-ambil satu cawan santan pekat.
5 biji buah keras,
2 inci halia.
2 inci kunyit hidup.
2 inci lengkuas.
1 keping asam gelugur.
Garam secukup rasa.
Gula melaka secukup rasa.
1 ketul kecil belacan(agak-agak sebesar ibu jari )
5 helai daun limau purut-mayang halus.
3 batang serai.
Psstt:)..sila abaikan back drops tu ya sebab penggambaran dilakukan di luar rumah untuk dapat cahaya yang terang hik hik:)
Cara-caranya:
A
- Perap ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
- Goreng ayam hingga perang-ketepikan.
B
- Bawang merah,bawang besar,serai,cili kering,buah keras,belacan,halia,bawang putih,kunyit dan lengkuas di kisar halus.
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam dan gaul hingga sebati.
- Masukkan garam,hirisan daun limau purut,gula merah dan asam keping.Kacau rata.
- Akhir sekali masukkan santan dan biarkan mendidih dan kuahnya agak pekat.
- Siap.Sedap dimakan dengan nasi panas:)
Assalamualaikum CM,
ReplyDeletememang nampak sungguh menyelerakan ayam kari kapitan tu... lagilah sedap kalau makan ramai-ramai!
selamat hari raya cm. Menyelerakan kari ayam kapitan tu. Nak cuba jugalah..
ReplyDeleteCik manggis, jiran sy petnah bagi semangkuk kari dulu. Bila mkn rs mcm kari tp knp ada daun limau purut tp seeeeeedappp sgt. Kuah yg pekat. Tak lama sy smbang dgn dia bgtau sedap sgt kari tu rupanya nama nya kari kapitan. Baru sy tau. 1st time mkn :-)
ReplyDeleteWah! tergoda i you... tengok kari kapitan tu.. boleh cuba untuk open house nanti.. terima kasih CM share resipi :-)
ReplyDeleteThankz kongsi resepi ni...
DeleteThankz kongsi resepi ni...
Deletetq chef for sharing great recipe for raya.. :)
ReplyDeletetq chef for sharing great recipe for raya.. :)
ReplyDelete