LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, November 11, 2011

Roti Gulung Serunding Daging.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


11.11.2011 satu tarikh yang cantik dan unik sekali.Tetapi pada  diri Cm tiada apa-apa yang menarik pada hari ini.Hanya sekadar angka-angka yang cantik.Hari ini sama saja dengan semalam atau minggu lepas atau bulan lepas.....Cm menjalani kehidupan seperti biasa dengan doa agar sentiasa didalam rahmatNya.Umur yang diberkati,...rezeki yang halal dan sentiasa redha akan ketentuanNya....


Petang tadi Cm masak roti gulung serunding  untuk minum petang .Tetapi kerana saiz roti yang agak besar rasanya besok kami akan bersarapan dengan roti yang sama...Mungkin makan tengahari pun dengan roti juga hehe..pengsan lah orang kat rumah Cm ni kena makan roti:)



Bahan-bahannya:)

195 gm tepung roti.
90 gm tepung gandum.
6 gm yis segera.
30 gm gula halus.
12 gm susu tepung.
60 gm telur.
6 gm garam.
65 gm air.
75 gm water roux
Serunding daging secukupnya.
1tangkai daun bawang-potong kecil
Bijan untuk tabur,
Mayonis untuk sapu.




Cara-caranya:

  1. Satu kan semua bahan-bahan di atas kecuali butter dan bahan-bahan tabur,Uli selama 40 minit.(Cm guna KA selama 25-30  minit)
  2. Bentukkan 4 segi dan letak diatas dulang yang disapu dengan sedikit butter,
  3. Biarkan doh naik selama 30-40 minit.
  4. Cucuk-cucuk dengan garfu dan sapukan dengan sedikit telur.Kemudian taburkan bijan serta  hirisan daun bawang.
  5. Bakar hingga masak.
  6. Keluarkan dari oven .Sapukan dengan sedikit mayonis dan taburkan dengan serunding daging.Kemudian gulung kemas-kemas.
  7. Potong mengikut saiz yang dikehendaki .Sapukan hujung roti dengan mayonis dan celup dengan serunding.Lakukan proses yang sama pada kedua-dua belah hujung roti.(Serunding daging yang Cm guna agak kasar jadi tidak melekat dengan sempurna)
 Komen:Cm memang suka roti yang begini.Bau daun bawang dan bijan sungguh harum apabila dibakar dalam oven.Tetapi saiz yang agak besar agark sukar  untuk menggulungnya.Jika kawan-kawan ingin mencubanya eloklah dibahagikan doh kepada dua bahagian supaya dapat saiz yang sederhana besarnya.

Penghargaan:Terima kasih buat AYIN kerana berkongsi resepi yang enak ini.Jika kawan-kawan inginkan resepi roti atau pau sila lah ke dapur AYIN:)Makasih Ayin:)

    12 comments:

    1. mengancammmmmmmmm lahhh..i likee!!!..

      ReplyDelete
    2. salam kekanda kusss
      mengancam lahhh warna roti ni kelassss gitu gambarnya..hatiku tertawan...dah mcm ita masam manis laaa gaya gmbr nie..emmmm ..cantikkk

      ReplyDelete
    3. wahh, dengar namanya saja dah tahu sedap...amik resepi dulu yer cm...nak gak rasa...

      ReplyDelete
    4. Gebusnya,kenyang sampai ke malam hehehe...

      ReplyDelete
    5. Assalamualaikum kak nah masa tengok kat blog ayin dah cakap macam best aje,akak guna enjin turbo ye hehhhe ,cantik roti akak tu

      ReplyDelete
    6. menariknya rupa roti ni kak....harus dicuba ni:)

      ReplyDelete
    7. salam..
      ermm..daging korban
      tahun nih ke buat serunding
      tu kak..?nampak sedap sekali
      rotinya...

      ReplyDelete
    8. This look special, never eating like this before , I am sure I will like this as I like savory bread

      ReplyDelete
    9. Wah seronoknya dan semangatnye rasa kalau dapat makan roti ni untuk sarapan esok.

      ReplyDelete
    10. Salam KAkCM. Along mmg suka kalau roti ada letak daun bwg.

      ReplyDelete
    11. Mat Gebu...terima kasih Cik Mat kerana sudi singgah ke dapur Cm ni:)


      Ilahjy...wslm..hehe..mana ada(dgn malu-malu)gambar biasa biasa je ni hehe.

      Iza Akma....jika gemar pada roti yang ada daun bawang dan pedas serunding boleh lah cuba ya:)Insyallah takkan menghampakan.


      Zaitun..salam Zai..memang kenyang:)


      Chik Mimi:......Wslm..hehe guna jet pejuang :)



      Nieza...cuba lah Nieza Insyallah sedap.


      Zulkbo..salam Zul..daging korban tak sempat buat serunding.Goreng je:)


      Sonia: Jika gemar roti yang savory ,boleh cuba resepi ni.


      malay Kadazan girl..salam Diana.Memang kenyang kami tiga beranak bersarapan dengan roti pagi tadi.

      HomeKreation..menag wangi bau daun bawangnya.

      ReplyDelete
    12. sedap ni cm... makan dua tiga hari pun takper.

      ReplyDelete