Hari ini pagi-pagi lagi saya masak kuih Angku keledek Unggu.Dan ada kawan-kawan yang inginkan resipinya.Sebenarnya resipi yang sama dengan Angku labu untuk warna kuning dan kali ini tukar kaler saja.Kuih in memang kegemaran saya dan suami.Saya buat saiz yang agak kecik jadi setakat 5 biji tu sekali hadap je hehe....
Ada kawan yang bertanya katanya nak buat kuih ni mesti susah errkk...Oh tidak jika kita rancang awal-awal iannya sungguh mudah.Sehari sebelumnya saya telah siap sediakan intinya dan saya dah kukus keledek dan simpan dalam peti sejuk.Hari ini tinggal buat doh untuk kulitnya sahaja.Jom kita lihat resipinya.Insyallah kawan-kawan pun boleh buat ni :)p
Kuih Angku Unggu.
Bahan-bahannya:)
Doh Kulitnya.
200m tepung pulut.
2 tbsp minyak jagung.
150gm keledek unggu-kukus dan hancurkan.
1 tbsp gula.
150ml santan-saya guna santan kotak.
Intinya.
150 gm kacang hijau tanpa kulit.
60 gm gula pasir.
4 tbsp minyak jagung.
daun pisang secukupnya.
Cara-caranya:)
- Rendam kacang hijau selama 4 jam dan toskan.
- Kukus sehingga empuk.
- kisar dengan food processor sehingga halus.
- Panaskan 4 tbsp minyak dalam kuali yang tidak melekat dan masukkan kacang kisar tadi serta gula.Masak dengan api perlahan sehingga dapat dibentuk bebola kecil untuk intinya terpulang pada saiz acuan kuih Angku anda.
Kulit.
- Satukan gula,minyak dan keledek serta santan dalam mangkuk dan gaul rata.
- Masukkan tepung dan uli sehingga licin dan sebati.
- Bulat-bulatkan mengikut saiz acuan masing-masing.saiz... acuan kuih saya sangat kecil.
- Balut inti dengan doh dan bulat bulatkan dengan kemas.
- Masukkan kedalam acuan dan tekan perlahan-lahan agar terbentuk coraknya.
- Keluarkan dengan mengetuk perlahan-lahan ke atas daun pisang yang disapu dengan sedikit miyak masak.
- Aturkan dalam pengukus dan kukus selama 3-5 minit dengan api yang kuat.
- Keluarkan kuih dari pengukus dan sapukan dengan miyak pada permukaan nya.
- Trim daun pisang dibahagian bawahnya agar nampak kemas serta menarik.
Tunggu sehingga kuih benar-benar sejuk baru di hidangkan .Enjoy :)
Sedapanyaaaaa...!!
ReplyDeleteAssalamualaikum makcik, apa khabar? Lama sudah tidak dengar khabar, saya pun lama sudah tidak berblog
ReplyDelete