LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, September 2, 2015

Mooncake (Traditional)

Mooncake.

Bahan-bahanya:

150g golden sirap.
60g minyak kacang.(peanut oil)
5g alkali water.
250g tepung kek

Inti.

350g pes kacang merah.
7 biji telur masin .
(Masak dan ambil kuningnya)

Sapuan.

1 biji kuning telur +1 tbsp fresh milk.
Cara-caranya:


  • Satukan air alkali+minyak kacang +golden sirap.
  • Guna whisk dan whisk hingga sebati.
  • Ayakkan tepung dan masukkan ke dalam mangkuk di atas.
  • Kacau hingga sebati tetapi jangan uli ya.
  • Perap selama 1-2 jam.
  • Uli sekejap.
  • Bulat-bulatkan seberat 60g setiap satu.Acuan mooncake saya agak besar jadi hanya dapat 7 biji semuanya.
  • Sementara itu bulat-bulatkan inti kacang merah seberat 50g setiap satu.
  • Jika mahu isikan telur masin pun boleh tapi hanya kuningnya saja ya.Ikut selera masing-masing.
  • Balutkan telur masin dengan pes kacang merah.
  • Kemudian balutkan inti dengan doh kulit mooncake hingga rapi.Perlu hati-hati agar inti tidak terkeluar semasa mencetakkannya nanti.
  • Taburkan acuan mooncake dengan sedikit tepung.
  • Masukkan doh yang di bulatkan tadi ke dalam acuan dan tekan perlahan-lahan agar terbentuk corak-corak mooncake ke atas doh tadi.Tekan terus ke atas dulang yang di sapu dengan sedikit minyak.Boleh juga di alaskan dengan baking paper.
  • Lakukan sehingga selesai.
  • Spray dengan sedikit air pada permukaan mooncake sebelum di masukkan ke dalam oven agar mooncake tidak retak semasa proses membakarnya nanti.
  • Jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu ya.
  • Bakar selama 10 minit.
  • Kemudian keluarkan dari oven.Sejukkan selama lebih kurang 15 minit.
  • Sapukan mooncake dengan bancuhan kuning telur dan susu segar.
  • Akhir sekali masukkan ke dalam oven dan bakar selama 15 -20 minit lagi sehingga kuih masak.Perang keemasan.
Inilah rupanya kuih bulan selepas di cetak dengan acuan sementara menunggu untuk masuk oven.Setiap kali saya buat kuih bulan atau mooncake ni ,perkara yang paling saya risau adalah takut kuih retak selepas di bakar.

Untuk elakkan mooncake dari retak ,perlu di sembur dengan sedikit air sebelum di bakar.Alhamdulillah teknik ini berjaya menghasilkan mooncake yang sempurna bentuknya.Terima kasih pada sahabat blogger saya My kitchen Snippet kerana beri tunjuk ajar...dan saya guna recipe beliau.Sejak pertama kali cuba buat mooncake.

Setelah mooncake masak ,tunggu sehingga sejuk baru di masukkan ke dalam tupperware atau bekas yang sesuai dan kedap udara.Biarkan sehingga 3-4 hari agar mooncake tadi  mengeluarkan minyak dan lembut sebelum di potong dan di hidangkan.

Perlu sabar ya hehe.Tahun lepas saya hadiahkan 2 biji  kuih bulan yang saya buat untuk seorang sahabat saya dan pesan agar tunggu beberapa hari sebelum makan.

Setelah saya sampai di rumah dari menghantar kuih bulan ke rumahnya ,kawan saya called saya katanya dia dah makan kuih tu hahaha...katanya tak dapat tunggu walaupun sehari haha adoi....menguji kesabaran untuk makan kuih bulan ini.Katanya sedap je walaupun tak tunggu seperti yang saya pesan...hehe geli hati betul :)

*Satu adunan ini saya dapat 7 biji mooncake dan ada sedikit lebihan doh seberat lebih kurang 20g.

13 comments:

  1. Salam Kak CM. Wow... hebat ni... suka sgt makan tapi takda yg org melayu buat lak kan.... kalau rajin nanti leh buat ni....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak buat sekali setahun je Along atas permintaan suami.Boleh la try recipe ini.Insyallah jadi.Tak la susah.

      Delete
    2. hye boleh tengok ig mooncakecikpah untuk mooncake halal ye. tq

      Delete
    3. hye boleh tengok ig mooncakecikpah untuk mooncake halal ye. tq

      Delete
  2. Salam... Terliur nampak gambar mooncake... Tak sabar nak buat.. Insyallah tahun depan nak bagi suprice dng famly husbnt nak buat mooncake masa CNY..izinkan saya copy resepi ya.

    ReplyDelete
  3. Salam... Terliur nampak gambar mooncake... Tak sabar nak buat.. Insyallah tahun depan nak bagi suprice dng famly husbnt nak buat mooncake masa CNY..izinkan saya copy resepi ya.

    ReplyDelete
  4. 👍👍👍👍 terima kasih bg tips buat kuih bukan. saya baru nal try esok...

    ReplyDelete
  5. CNY sis...boleh sy tahu utk bakar tu suhu brape yer

    ReplyDelete
  6. CNY sis...boleh sy tahu utk bakar tu suhu brape yer

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. hye boleh tengok ig mooncakecikpah untuk mooncake halal ye. tq

      Delete