Salam Ramadhan pada semua muslimin dan muslimat yang dikasihi.Berpuasalah nescaya kamu sihat ...salah satu hadis nabi berkaitan dengan puasa.Jadi jangan jadikan alasan takut jatuh sakit jika berpuasa ya :)
Jika tak mahu makan nasi hari ini ,Cm ada resipi Roti Kerca untuk di sajikan pada keluarga tercinta.Alhamdulillah anak dan suami Cm dapat menerimanya tanpa banyak komen lagi pun mereka tidak cerewet tentang makanan.Apa yang Cm hidang mereka makan dengan berseleranya .Cm akan pastikan tidak pedas,masam dan terlalu beminyak.
Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum.
1 biji telur.
1/2 tsp serbuk kunyit (optional)
2 tbsp minyak masak.
1 tsp garam.
3 cawan susu segar.
Cara-caranya:
- Masukkan semua bahan-bahan diatas ke dalam blender.
- Kisar sehingga sebati jika adunan terlalu pekat boleh tambah sedikit air.Sesuaikan dengan jenis tepung yang di gunakan.
- Perap selama 10 minit.
- Panaskan kuali nonstick tuangkan sesenduk kecil adunan dan gerak-gerakkan kuali agar tebalnya sekata.Lakukan seperti membuat kuih dadar.
- Bila masak gulungkan .Potong mengikut selera masing-masing.
Kari Ayam:
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam kampung (saiz kecil)-potong kecil.
1 1/2 tbsp serbuk kari.
2 biji ubi kentang.-belah empat.
3 cawan susu segar.
1/2 tbsp plain yogurt.
1 biji buah tomato-belah empat.
2 kuntum bunga lawang.
2 biji buah pelaga.
2 kuntum bunga cengkih.
2 inci kulit kayu manis.
1 labu bawang besar-cincang.
2 inci halia-mayang halus.
1 biji cili hijau-tumbuk kasar.
2 ulas bawang putih-cincang halus.
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit minyak jagung untuk menumis.
Cara-caranya:
- Bancuh rempah kari dengan sedikit air.Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak jagung dan tumis bunga cengkih, bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga.
- Kemudian masukkan cili hijau, halia,bawang merah dan bawang putih.Tumis sehingga naik baunya.Masukkan rempah kari.Gaul rata.
- Masukkan ayam dan kacau hingga mesra.Apabila air ayam hampir kering masukkan susu segar,buah tomato,kentang,yogurt dan garam serta gula secukup rasa.
- Jika kuahnya terlalu pekat adjustlah mengikut selera sendiri.Boleh tambah sedikit air atau susu segar.
- Hidang bersama roti kerca :)
Aslmkm CM cayang. Lama nya Along tak bw kemana2. Cantik & good idea gulung2 camtu. Selamat Berpuasa CM & keluarga!
ReplyDeleteSalam kak CM..klu dah cantik trgulung camtu..anak2 pon tak sabar nak cicah ngan kari tu :)
ReplyDeletenampak iras2 mcm laksam....
ReplyDeletekuah kari tu menggoda ooo