LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, July 23, 2013

Kek Coklat Kukus II



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Setiap kali Cm nak menghias kek setiap kali terasa tangan ni kaku dan keras.Segala yang di buat nampak tak kena je..tak cantik.Anak Cm Along tergelak apabila melihat Cm keletihan dan kecewa dengan hiasan yang tak menjadi ".Frust betul la...tapi tahun ni mama tak mau kek dari kedai :( "....so Along bawa Cm  ke Cold Storage Alamanda untuk beli buah strawberi nak  make upkan  kek coklat yang seakan-akan  kepala "Bozo The Clown" dari pandangan atas hikhik.


Nama asal kek ni adalah Russian Black And White Chocolate Cake yang Cm ambil dari dapur Hana.Tetapi rasanya namanya nak  kena tukar sebab rupa kek dah jadi lain" bebenor" :) .....Terima kasih Hana dan mohon kemaafan  kerana telah menderhaka secara tak sengaja... kek yang sepatutnya  "kiut miut" seperti yang Hana buat tu  telah jadi besar "gedabak" ...tentang rasanya Insyallah mesti sedap ni walaupun Cm belum makan lagi kerana berpuasa.Petang nanti baru tahu rasa yang sebenarnya.
Resipi Kek Coklat.

Bahan-bahannya:

170 gm tepung superfine *
1 tsp baking powder *
1 tsp soda bikarbonat *
1 tin susu cair (400gm)
100 gm serbuk koko.
200 gm minyak jagung.
250 gm susu pekat manis.
250 gm gula halus.
5 biji telur-blend selama  5 minit.

Cara-caranya:


  • Ayak bahan-bahan yang bertanda *.
  • Guna periuk nonstick-satukan minyak masak,serbuk koko,gula,susu cair,susu pekat manis atas api yang kecil.kacau hingga larut dan tak perlu tunggu hingga mendidih.Angkat.
  • Kemudian masukkan telur yang di blend tadi dan kacau hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi.Kacau hingga rata dengan menggunakan whisk.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit butter dan alaskan dengan kertas minyak.
  • Kukus selama 1 jam.
Resipi Coklat Ganache.

Bahan-bahannya:

200 ml whipping cream (dairy)
500 gm coklat masakan.(lebih elok di gunakan coklat compound)
1 tbsp air 
2 tbsp sirap glukos.
2 tbsp soft butter.

Cara-caranya:

  • Panaskan whipping cream tak perlu mendidih.Masukkan air,butter dan sirap glukos..
  • Kacau hingga rata.Angkat.
  • Masukkan coklat masakan dan kacau hingga sebati.Sejukkan.
  • Apabila sejuk simpan dalam peti sejuk sekejap.Sedia untuk di gunakan.

Resipi Coffee Cream Cheese.

Bahan-bahannya:

500 gm cream cheese.
1 cawan butter lembut.
1 cawan gula asing.
1 peket coffee 3 in one.


Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan di atas dan pukul sehingga kembang.Siap untuk di gunakan.


Cara-cara penyediaannya /Hiasan.

  • Potong kek kepada 3  lapisan.
  • Isikan Coklat Ganache  dan Coffee Cream Cheese ke dalam dua piping beg .
  • Letak se keping kek ke atas papan kek dan paipkan coklat ke atas permukaan kek secara bulatan.
  • Kemudian di selang seli dengan Coffee Cream Cheese.Lakukan sehingga selesai.
  • Letakkan kepingan kek yang seterusnya ke atas lapisan yang pertama tadi dan lakukan proses yang sama.
  • Last sekali tutup dengan lapisan yang terakhir.
  • Sapukan seluruh permukaan kek dengan coffee Cream Cheese.
  • Akhir sekali tuangkan Coklat Ganache ke atas kek.Jika Coklat mula mengeras panaskan sekejap denga kaedah double boil.
  • Simpan kek dalam peti sejuk sebelum di potong.
*** Untuk hisan terpulang pada kreativiti masing-masing.






Setelah melalui 3/4 dari perjalanan hidup  ini ...Cm hanya memohon kepadaNya agar di kurniakan kesihatan yang baik dan ditambahkan iman .Mudah-mudahan sisa sisa usia yang tinggal ini penuh dengan keberkatan....Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah beri....

18 comments:

  1. nice job!

    cantik dah tu...sbb tu omputih kata praktis make perfek!
    hihihihi...

    ReplyDelete
  2. CM, cantik kek tu! Mesti sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik?eerr hehe.Sedap insyallah sedap ph tp kita blom mkn lg ni.Nk buat berbuka ptg nnt

      Delete
  3. dah boleh jual dah kek tu, cantikk...

    ReplyDelete
  4. CMnya birthday hari ni ke 23/7?
    Sama-sama kita tambah lagi satu angka hari ni kalau macam tu...hehehe....Happy Birthday.
    Cantik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Diana.Angka yg telah bertambah tambah banyak ni.Jika dulu dulu dah mula berpencen tp kerja Makcik tk berpencen kerja hingga akhir kudrat.
      Bday Diana bln ni juga ke?

      Delete
    2. Kak bah selamat hari kahir ya kak cyg... cantik dan kemas kek ni.. tabik spring tau...

      Delete
    3. Diana pun tambah satu tahun on 23july.

      Delete
  5. Assalam CM, Ummi tengok ok cantik jer kek tu..apa yg x cantiknyaaa...janji rasanya sedap kan...kan. Deko pun ok jer tu... ^__^

    ReplyDelete
  6. wahhhh...cantikknya kek..
    siap berstrawberi lagi....yumm..yummmm

    ReplyDelete
  7. salam cm...
    cantik dan sedap tu...

    ReplyDelete
  8. Sedapnye nampak kek tu... Nanti sy try buat..

    ReplyDelete
  9. Nak follow blog ni tp xleh lak :( btw kek tu nmpak cantik n sedap:)

    ReplyDelete