Cm nak berkongsi dan abadikan satu resipi mudah dengan kawan-kawan di dapur Makcikmanggis ni.Jika ada kawan-kawan yang berpuasa khamis hari ini, bolehlah masak pemanis mulut ini untuk berbuka puasa.Cepat dan senang,tak sampai 15 minit dah siap.
Bahan-bahannya:
4 biji pisang -Cm guna pisang abu.
1 ketul kecil gula melaka (agak-agak)
1/4 cawan gula pasir.
5 kuntum bunga cengkih.
1 helai daun pandan.
1/2 cawan air.
Secubit kapur.
Cara-caranya:
- Kupas pisang dan dibelah dua.
- Rendam dengan air kapur sekejap dan toskan.
- Masak gula merah,gula pasir,daun pandan,bunga cengkih dengan 1/2 cawan air sehingga larut dan likat.
- Masukkan pisang dan masak sehingga air gula meresap kedalam pisang.
- Guna api yang pelahan untuk mengelakkan dari hangus.
memang mudah resepi ni kan..
ReplyDeletenak balik cari pisang lah.. baru pas wat pisang goreng ahad lepas.. puas makan.. :D
Memang senang.Pisang goreng?puas makan jika masak sendiri kan :)
Deletesedapnya...inilah yg diidamkan sejak minggu lepas..harapnya dptla merasa sebelum bersalin hehe pegi pasar tani selasa lepas lupa pulak nak beli pisang.. adoi!
ReplyDeleteJika tinggal berhampiran dapatlahCm hantar sepiring untuk Wanie.Cm doakan agar Wanie selamat menimang cahaya mata...dan ibu serta anak sihat walafiat.Insyallah.
Deletesuka juga sira pisang ni.. tp kalau style terengganu kami suka pecahkan telur sebiji pastu kacau2 air gula tu... mkn sejuk2 sedapnyerr...
ReplyDeleteooo bubuh telur ya..kena cuba juga cara Madiha ni.Mesti rasa lemak lemak macam serawa kan.
DeleteDiana belum pernah makan sira pisang lagi. Dekat rumah banyak pokok pisang sedang berbuah. Jika murah rezeki boleh mencuba.
ReplyDeleteDiana banyak pisang boleh lah Cuba.Senang sangat cara memasaknya.Eh masih di Sabah?
Deletenor lebih suka sira dr pengat :)
ReplyDeleteBtol Nor,knah pun suka sira.Hari ni atas permintaan si adik,kena masak sira pise lg :)
DeleteWonderful! Thanks for sharing with us.
ReplyDeleteModular Kitchen designs